Friday 15 March 2013

Simpulkan Yang Tersimpul. Eh?

Salam Jumaat ya rakan-rakan seperjuangan sekelian. Walaupun kita tak berjuang secara fizikal, perjuangkan apa saja yang boleh di tempat sendiri hewhew. Ada aku jumpa status fb kawan aku, 'kakanda di medan perang, adinda di medan selera'. Itupun dikira berjuang ye dak? Hari ni aku nak ajak bersimpul bahasa sikit. Sebagai pembuka bicara, terimalah sepotong kek pantun dari aku;

Anak Dara Tersenyum Simpul,
Baru Selesai Bersanding Semalam,
Parang Saya Memangnya Tumpul,
Tetak Tak Luka Patah Di Dalam.

Haaa gittew dalam betul maksudnya ya. Mohon jangan sakiti hati sesama manusia di hari Jumaat ni. Ok straight to the point, let me explain a little bit about simpul. Cuba sebut lapan belas kali mungkin rasa tergeliat sikit lidah korang tapi jangan sampai tersimpul ye kehkeh.



Ini Popia Simpul hewhew
Sumber : Google


Simpul :- simpulan ikatan yang dibuat dengan tali dll, ~ hidup ikatan yang mudah diuraikan, ~ mati ikatan yang susah diuraikan - Kamus Pelajar Edisi Kedua.

So maksud simpul ni lebih kepada ikatan. Kalau digabungkan dengan bahasa jadikla simpulan bahasa atau ikatan bahasa. Bila bahasa dah diikat dengan ketat-ketat bukan macam sayang kaw ketat-ketat tu ye, makanya ada maksud yang tersirat dalam bahasa tu jadi kenalah kita menguraikan rambut bahasa yang diikat tadi. Dan apa pula yang jadik kalau simpulan bahasa digabungkan dalam satu masa dan diuraikan?

Mari kita lihat apa yang terjadik kehkeh.

"Kau ni Meon ada hati ke nak jadik ayam tambatan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni kaki bangku. Khabar angin pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan mulut tempayan. Sampai hati diorang serkap jarang pasal kau. Meon, kau buat-buat jela pekak badak ye. 

Ok. Sekarang mari kita menguraikan ikatan bahasa yang nampaknya sangat terikat di situ.

"Kau ni Meon mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan ke nak jadik orang yang menjadi harapan dalam pertandingan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni tidak berkebolehan bermain bola. Berita yang belum tahu benarnya pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan tidak dapat menyimpan rahsia. Tergamak melakukan sesuatu diorang membuat tuduhan tanpa usul periksa pasal kau. Meon, kau buat-buat jela kurang jelas pendengaran ye.

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini adalah simpulan bahasa agak penting terutamanya dalam menjawab karangan Bahasa Melayu SPM. Sebab utama adalah para calon boleh menjimatkan ruang kertas yang ada dan juga menjimatkan dakwat pen.

Kalau guna simpulan bahasa, dalam tiga perenggan je boleh membayangkan satu situasi. Kalau diuraikan maksud simpulan bahasa, sekali ganda perenggannye kau nak kena tulis panjang-panjang masa mana cukup weyh nak jawabnye pun aduii.

Sekian saja pembelajaran kita hari ini. Semoga berjumpa lagi

No comments: