Wednesday 10 April 2013

Terkejut Mak Noks

Aku terkejut sebab aku macam sibuk pulak sejak kebelakangan ni. Betul sibuk. Sibuk fikir nak makan ape hari ni, sibuk pilih baju nak pakai untuk hari esok, sibuk fikir 'eh orang sebelah ni macam lagi gemuk je dari aku', sibuk rancang aktiviti bulan depannya padahal bulan ni tak buat ape pun, sibuk nak tengok diri sendiri lagi bagus dari orang lain, sibuk konon nak buat bisnes. FFuuhh..sibuk gila aku ni.



Aku pun terkejut dalam kesibukkan aku ni sempat juga aku melayari internet untuk tengok isu-isu semasa di masa kini. Macam cilake bagus sangat la aku nak berbahasa baku kan. Ok, isu politik malas la nak cakap banyak. Cakap pun memang takkan abis la. Kang aku dok pung-pang-pung-pang sini sana nanti aku tak mengundi macam maki diri sendiri pulak kan. Memang lul abisss. Sesape yang dah ber-pung-pang pasal politik tu tunaikanlah tanggungjawab mengundi ya. Barulah suara pendapat anda diambil kira sekian terima kasih.




Aku macam terkejut sikitla sampai aku buat blog pun aku dipersalahkan sebab aku tak amik tau hal politik. Katenye, `name je ada blog, blog pasal politik bukan nak baca'. Maaf pada yang komen macam tu. Media maya macam blog ni la antara medium yang mudah nak pengaruh pemikiran orang. Dan ya aku tak baca blog-blog politik sebab aku taknak cemarkan pemikiran aku dengan kata-kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..kosong...




Hari ni aku lagi terkejut dengan video budak sekolah di Penang membelasah ketua tingkatan dengan gaya ala tomoi gittew. Rakyat mesia ni semua berbakat. Sekali dah buat salah memang mereka akan siasat sampai ke lubang hidung cacing. Memang stalk gila punya beb wa cakap sama lu. Video tu aku tak terkejut pun tengok cuma aku terkejut dengan kehidupan budak-budak sekolah tu bila penyiasat dah bongkarkan segala maklumat peribadi yang tertuduh.




Terkejut aku budak sekolah lagi dah minum air syaitonirrajim. Terkejut aku budak sekolah punya fesyen bangga bawak simbol kafirun. Terkejut aku budak sekolah punya bahasa tak melambangkan bahasa. Terkejut aku budak sekolah tu bangsa aku sendiri. Homaigad. Aku dah mula risau.

Apakah aku dah punya anak sendiri nanti akan jadik macam tu? 
- Mintak dijauhkan.

Apakah nak dipersalahkan mak bapak?
- Mak bapak mungkin tau mungkin tak tau.

Apakah mak bapak dah ajar tapi anak masih kurang ajar? 
- Mungkin tak segarang mak bapak dulu-dlu

Apakah nak disalahkan zaman yang makin moden sekarang?
- Mungkin ya, mungkin tidak.




Ya. Aku terkejut. Banyak lagi yang perlu aku terkejutkan cuma itulah isu yang paling aku terkejut. Dalam kesibukkan aku dengan rutin harian, macam tu rupanya gaya budak-budak zaman sekarang. Menakutkan. Sangat menakutkan. Kita tak ambil tahu tapi bila timbul isu macam ni baru terbuka isi mata otak semua siap melatah homakaw tekezut mak noks haaa tapi masih sempatkah nak merubah? Masih sempatkah nak menghalang? 

Dari kau togok air syaitonirrajim tu baik kau main konda kondi, ceper, galah panjang, baling selipar, batu seremban. Huh. Bukan kau tau pun nama mainan yang aku sebut tu. Bukan aku yang katak bawah tempurung sebab tak up-to-date macam kau tapi kau yang menyedihkan sebab tak rasa seronoknya zaman tanpa telefon pintar. 

Dulu aku merayap sampai petang tak balik abah aku carik siap bawak rotan kena sesah depan kawan-kawan. Kalau betul sebab rotan tu mampu betulkan anak-anak, aku akan terapkan nanti. Insyaallah.

Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

No comments: