Macam seronok pulak bila satu kes buli kat sekolah diupload ke Youtube lepas tu orang share ramai-ramai kat Facebook lepas tu ada lagi kes buli sorang lawan lima belas orang gila kaw nak lawan macam mana dan lepas tu lagi yang terbaru ni budak perempuan pulak kena buli.
Aku tengok video tu dua minit je sampai baju kena selak dah tak larat mata mak noks nak tengok. Bukan apa, malu nak tengok sampai dah selak-selak baju dalam tu ish memanglah tak patut kan. What the hell are the students nowadays thinking? Nak buli macam tu tak macho langsung kot pheww~
Aku dulu pembuli jugak. Pernah jugak dibuli dan maybe sebab tu aku jadik pembuli kuikui. Tapi buli zaman dulu tak macam zaman sekarang. Macam tahapehapetah buli zaman sekarang ni. Pasal makwe, pasal pakwe, pasal mak andam eh? Lepas tu rakam, upload,kantoi. Hewhew.
* * * * *
Dipendekkan cerita, masa sekolah rendah aku bukan si pembuli cuma si kaki gaduh. Entah ape sebab tetiba jadik gangster kampung pulak kan. Siap tumbuk-tumbuk dengan budak lelaki lah, jumpa tepi longkang belakang tamanlah sebab tak puas hati, kena tahan tepi jalanlah, pheeww dasat gila aku sekolah rendah tapi alhamdulillah berjaya gak 5A UPSR (tetiba).
Masuk sekolah menengah, first time aku kena buli mase tingkatan satu. Hebat tak? Nak diikutkan mase tu memang sepatutnya aku nerd abislah kan sebab baru masuk. Aku pun tak tau kenapa aku dipanggil dan dibuli. Aku difahamkan sebab nama aku sama macam senior otai kat sekolah tu. Nadia Ishak konon nama yang digeruni la kan so aku dipanggil dan ditorture sebab disangka aku seotai yang senior tu tapi sesungguhnya aku tak bersalah =.="
Dah la sekolah rendah aku kaki gaduh, kena buli sampai nak menangis memang tak lah kan kahkah.
* * * * *
Then, naik tingkatan dua aku kene panggil lagi sebab aku paling mencoba (kuang ajau) pergi kelas prep petang pakai sandal je padahal senior pakai kasut kihkih. Dekat 2 jam aku dinodai dileteri dengan senior sampai berpeluh dan selagi aku tak nangis dieorang tak puas hati kehkeh.
Naik tingkatan tiga dah mula pandai dah nak buli junior pulak kan. Aii pantang salah cakap memang nak kena dengan aku. Rase nak sepak je muke sape yang ade depan mata hewhew. Bila ingat balik macam jilake je perangai aku bhaha. Nak tunjuk samseng konon tapi nasib baik zaman aku takde henfon cecanggih nak rakam-rakam ni kalau tak malu mak noks muka masok internet kihkih.
Hujung tingkatan tiga aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang layak dibuang haha sebab asik nak membuli ke kirojenye. Naik tingkatan empat mohon masuk asrama balik dengan niat dah berubah padahal tak sebenarnya. Memang di dasar hati ade niat yang tak elok siap dah plan dengan member-member sekolah kalau dapat masuk nak panggil junior nak buli kuikui.
Nama memang dah familiar sangat dah kat cekgu disiplin. Sikit-sikit kena panggil lepas perhimpunan. Dan di pertengahan tingkatan empat kalau tak silap aku sekali lagi aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang sama atas sebab yang samelah asik nak buat hal je kan hewhew.
Lepas tu dah tak mohon dah masuk asrama. Aku jadik pelajar luar (outsider) je sebab nak SPM dan nak ke kelas tusyen senang. Alhamdulillah result SPM boleh dibanggakanla masa tu. Agaknya kalau aku tak membuli mesti result aku ok lepas tu aku belajar oversea lepas tu jalan-jalan negara Eropah amik-amik gambar masuk Facebook lepas tu entah ke mana aku kahkah.
* * * * *
Pesanan dari aku si pembuli:
Kepada pembuli di luar sana, hentikanlah perbuatan anda sebab tak membawa ape-ape faedah pon dalam hidup anda. Jangan nanti orang yang anda buli tu lagi hebat dari anda masa tu barulah tahu langit tinggi ke rendah. Dan pastikan kawan-kawan anda tak bawak henfon masa sesi membuli. Lol.
Kepada insan-insan yang pernah dibuli oleh aku dari kita berkenalan, terutamanya junior-juniorku kehkeh sudikanlah memaafkan diri ini sekiranya pembulian itu meninggalkan jasa kesan dalam hidup kalian.
Kepada pembuli yang membuli aku, terima kasih kerana memberi kenangan yang cukup terindah untuk aku kenang di alam persekolahan.
Sekian, sehingga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment