Friday 23 December 2011

Kenikmatan Malam Jumaat

Lama juga gua tak update blog gua nih. Disebabkan kelambatan itu, gua akan pastikan entry kali ini adalah lucah menarik sekali. Ada apa dengan malam Jumaat? Atau kata lainnya pada waktu malam Khamis jam 10 malam dan ke atas iaitu 2 jam sebelum jam 12 malam nak memasuki pagi Jumaat. Ya. Tulah makna malam Jumaat.

Apa lu orang terfikir bila baca malam Jumaat? As a typical Malaysian, I do believe uols fikir malam ni khas untuk yang dah kahwin. Its ok. Adalah normal untuk kita berfikir macam tu. Tipulah kalau lu orang cakap "Euuww.. Tak terlintas pun taww". Gelieeww la kiteeww nak cakap pasal ni". Ok. Tu memang nampak menipu.

Straight to the point. Gua ada pernah terbaca kat mana entah, ada orang persoalkan kenapa setiap kali Khamis malam Jumaat aje nak dikaitkan dengan aktiviti berumahtangga? Kenapa kalau Jumaat pagi tu nampak penat sikit je, orang akan sound "Berape round malam tadi Kiah ooii letih benau gamaknye". 

Ada sesetengah orang tak berapa setuju dengan fakta macam ni. Ada yang kata tak semestinya macam ni. Tapi bagi gua, ada serba sedikit kebenarannya tentang fakta Khamis malam Jumaat ni. Siriyes. Gua dah buat eksperimen dah. Bukan eksperimen mengaplikasikan aktiviti tersebut ya. Eksperimen kesan-kesan Khamis malam Jumaat ni.


1. Semakin sejuk suhu Khamis malam Jumaat, semakin lengang kondisi trafik pagi Jumaat.

Sebab: Ramai yang menikmati suhu sejuk dengan sepenuhnya menyebabkan lambat bangun pagi.

2. Semakin lengang kondisi trafik pagi Jumaat, semakin dahsyat trafik petang Jumaat.

Sebab: Ramai yang masuk kerja lambat disebabkan kesedapan suhu Khamis malam Jumaat dan terpaksa balik lambat untuk topup masa yang masuk lambat tadi.

3. Semakin orang sibuk dengan suhu Khamis malam Jumaat yang nikmat, semakin yang lupa nak pergi sembahyang Jumaat.

Sebab: Buat-buat lupa la tu. Penat katanya. =.=''


Siriyes. Kalau lu rasa lu tak nak pergi sembahyang Jumaat, lu tak payah pakai baju melayu segak nak bagai padahal orang lain tengah dengar khutbah, lu orang bantai nasi ayam saing-saing gegadis yang lain. 

Friday 9 December 2011

Gua Dah Monopos?

Gua mengalami masalah tumit merekah sejak sekian lamanya. Nak kata gua berkaki ayam masa berjalan-jalan di muka bumi, dah terlalu banyak pasang kasut kat rumah mak gua mahupun rumah sewa dan rumah makcik sebelah rumah sewa gua tu.

Tapi gua hairan, apakah kejadian tumit merekah ini ada kaitan dengan monopos? Adakah mereka yang sudah monopos wajib mempunyai tumit merekah? Atau dengan merekahnya tumit akan menggalakkan percepatan ke-monopos-an?

Solusinya, gua beli pengasah tumit kat Cosway sebagai langkah pertama, tak berkesan. Hari-hari gua asah kasik baik punya. Perlu ke gua guna pengasah pensil adik gua darjah tiga tu? Atau pengasah batu lesung mak gua? Gua buntut buntu. Rasa macam ada duri je kat tapak kaki gua ni. Nak gesek-gesek atas tilam pun tak feeeelll...

Last-last gua ajak member gua carik krim yang lemak dan berkesan untuk tumit gua ni. Ada yang mahal, gua tak nak. Kalau tak berkesan rugi.... Ada yang murahan sangat pun gua tak nak. Nanti takut kaki gua kena gatai-gatai, ulat air, kudis buta. Sadis. Then, gua teringat krim ni. Samantha kalau tak silap. Sedap namanya. Macam cun sangat je rupa krim tu kan.

Masa gua tengah belek-belek, tetiba staf kat situ datang mai. Beliau tanya, 'Carik krim tumit ke kak? Gua pun membalas pantun beliau. 'Ya dik. Dah pegang krim tumit, tak kan nak carik krim anjal buah dada pula. Krim nak hilangkan kerekahan di tumit kakila cik adik. Kalau yang ni, jenama Samantha ni. Bagus tak?' Getus gua bertanya pada beliau.

'Sekarang ni semua sama je kak. Mahal ke, murah ke. Sama je efek dia.' Gua dengan member gua menjawab kagum, 'Oooohhh...' Lantas beliau bertanya lagi, 'Nak beli untuk siapa?' Gua dah ready nak jawab untuk gua. Dah nganga mulut dah nak jawab "Saaaa...'

Belum pun sempat gua jawab, beliau dah mencelah. 'Kalau untuk mak ke, makcik ke, nak lagi senang suruh dia pakai stokin. Lagi cepat berkesan'. Member gua dah pandang gua. Gua pun pandang member gua. Cilake. Krim tumit ni untuk orang tua aje ke??



Monday 5 December 2011

Mencarot Pagi Pagi

Macam biasa. Isnin. Semua orang benci. Baik yang bersekolah mahupun yang dah bekerjaya. Isnin memang fcuk best gila. Dan gua pun tak terkecuali dengan perasaan fcuk best tu. First, gua malas dengan 1001 alasan tak nak masuk kerja hari Isnin ni sebab malam tadi gua tak boleh tidur. Dah pekena Coffemix dua bungkus punya pasal. Bangun pagi takda mood. Padan muka gua.

Kedua, lagi kemalasan gua bertambah bila terkenangkan company gua punya claim projek mencecah 3 juta. Ya. 3 juta lu orang tau. Total projek bernilai puluhan juta. Lu orang mampu? Tapi gaji gua tak masuk lagi. Pekejadah? Hari-hari gua sabar. Macam dah nak lari je sabar gua nih.

Ketiga, hari ni gua rasa semacam. Macam gatal-gatal ke satu badan tapi tak tahu mana punca kegatalan tu. Macam sengal-sengal je badan padahal dah puas gua letup-letup tulang temulang. Gua bengang. Lu orang pernah rasa tak? Rasa macam nak mengamuk bagai tapi gua cool. Dah jumpa tempat gatal dengan tempat sengal tu siaplah gua kerjakan.

Dan yang keempat..






Sape pulak yang pagi-pagi dah breakfast tisu ni? 20 minit gua tinggal toilet tu kejap tisu gemuk gua baru letak dah tinggal batang coklat tu je. Aaahh..gua tahu lah company claim projek juta-juta. Tisu pun mau telan ka? Tak asing dan tak bukan, disebabkan gua berdua je kat ofis pagi ni, gua harus menuduh Aunty Akauntan tu. Memang dia punya kerja!

Wednesday 30 November 2011

Seposen? Dua Posen? Mari Pergi Gim!

Aaaahhh... Susahnya nak update belog nih... Aaaahhh.. Gua rasa nak mengeluh je sepanjang masa. Aaaahhh.. Setiap saat. Aaaahhh.. Setiap detik. Aaaahhh... Sedap pulak kentut dalam ofis yang berekon ni. Lu orang mampu? Huh. Gua nak story sikit sepam dua kata ni. Gua dah nekad!

This month punya gaji, gua nak melabur kat gim. Gim? Gimnastik? No No No. Gimnasuim? Yes! Gim Untuk Wanita sahaja. Kalau lu orang mau tahu dengan lebih lanjut, boleh klik di sini. Gua nak story macam mana pakej yang ditawarkan pun gua tak reti. So kepada wanita-wanita seangkatan dan sekeberatan macam gua ni, jom ramai-ramai bantai ini gim. 




Gim ni bagus bagi gua. Khas untuk wanita. Gua pergi site visit kat gim ni tempoh hari, gua tengok majoriti body macam gua. Muda pun macam gua. Maknanya wanita-wanita tersebut telah mendapat kesedaran kesihatan yang lagi awal dari gua. Macam gua je yang lambat. Berdehem gua sikit. Pffftt.. =.=

Semua memang komited dengan diri masing-masing. Maklumlah, gim untuk wanita sahaja. So, takdelah lelaki-lelaki yang tumpang sekaki mencuci mata dengan keindahan gunung dan ganang yang diciptakan-Nya ye dop? Kikikiki.. Lu orang nak pakai bra and spender pun tade hal punya. Siriyes. Gua dah tanya akak gim tu dah. Betul gua tak tipu. Pakej yang ditawarkan secara kasarnya mengikut pengetahuan gua adalah :


Pakej No.1 - Trial Sebulan RM120 - 10 kali datang. Berbaloi? Fikirkan...

Pakej No. 2 - Ahli 3 Bulan Pertama RM 350 - Free T-shirt, Locker.

Pakej No. 3 - Ahli 6 Bulan Pertama RM 600 - Free T-shirt, Locker. 
                        (kalau tak silap gua)

Pakej No. 4 - Ahli Setahun Jagung RM 1000 - Free T-shirt, Locker. 
                       (kalau tak silap gua lagi lah HAHA)


See? Pakej No. 2 je yang gua yakin gila nak bagitau sebab gua nak angkat pakej tu. Kahkah. Ok la bhaaii.. Lu bayar RM350 je..3 bulan lu datang la sesuki hati lu tak payah bayar apa-apa dah.. Bantai gim tu kasi roboh pun gua takde hal punya. 

Inilah keputusan gua untuk pelaburan sepanjang hayat. Cewah! Maklumlah, seru nak mendirikan masjid dah dekat. Gua kenalah ambil tindakan. Ya.. Gua nekad. Tapi kan.. Incik Bos......

Mana gaji gua??





Tekanan mental dan fizikal yang gua hadapi. Dah nak masuk bulan baru, gaji tak masuk lagi. Gua tengah bersemangat boleh Incik Bos buat hal. Takpe, gua cool.. Gua boleh tunggu. Gua dah register gim tu nanti gua update hari-hari perkembangan body dan kesihatan gua boleh? Gua sekarang extra punya saiz. Gua pun nak tengok apa berkesannya pergi gim ni. Lu orang cool, jom join gua sahut cabaran!

Till then~

Thursday 24 November 2011

Kemaluan

Aaahh...maaf dengan tajuk entry gua yang agak kuning pagi-pagi hari ni. Semenjak dua menjak tiga menjak ni gua kedekut masa untuk jengah blog gua yang baru setahun jagung rebus mayonis ni. Bukan apa, lu orang mesti ingat sebelum ni gua cerita gua takde kerja 3 bulan. Yang ada hanyalah ngangaan mulut gua di depan pc semata-mata. Nowadays, the time for me to be busy is coming. Nak korek hidung depan pc pun gua kena lupakan sementara waktu. Maafkan gua tahi hidung. Lu grow up la banyak-banyak sikit. Dah full nanti kita jumpa.

                                                                           * * *

Housemate gua buat hal. Streamyx lu takde bayar, gua bengang dah. Dengan lu punya family lu bagi guna. Apa kes? Nak guna, bayarlah dey! Lu pikir gua bayar guna tahi mata je ke? Gua dah la hari-hari bangun awal jam 5.50 pagi mencari sesuap rezeki nak bayar streamyx tu lu tau ke tak? Masuk je toilet, baldi kosong. Mana air dey? Lu dah guna lu tadahla. Lu pikir gua ni orang gaji ke mau tadah air untuk lu? Sekali gua hambat minah ni kang baru puas hati sikit. Geram je hati gua kat minah ni tapi belum full lagi la sebab dah cover sikit dengan cool gua nih. Puih!

                                                                          * * *

Dah habis kes tu, gua malas nak pikir panjang. Gua cool balik macam biasa pergi kerja. Tapi hari ni gua pelik. Kenapa rakyat jelata dalam tren yang gua tunggang hari ni pandang gua semacam. Elok-elok dah gua cool tadi. Gua hangin balik. Apa kes lu orang nak pandag-pandang gua semacam ni wahai rakyat jelata? Aaaahh... Gua persetankan semua itu. Gua lelap mata sepam dua tepi pintu.


                                                                          * * *

Sampai Masjid Jamek, gua dapat seat. Lega sikit kaki gua. Kakak depan gua pandang-pandang gua semacam lagi. Tetiba ada uncle datang mai nak duduk. Seat depan gua sikit punya kosong dia boleh duduk sebelah gua. Gua tertanya-tanya, cantik cool sangatkah gua hari Khamis ni? Siap gua berangan uncle tu nak ambik kesempatan kat gua pastu gua pertahankan diri gua pastu siap ada fight-fight sikit. Sangat celaka gua berangan.

                                                                          * * *

Sepanjang perjalanan gua ke ofis, gua masih memikirin kenapa hari ni gua jadi bahan perhatian. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa sejuknya lain sikit dari biasa. Tempat pertama gua singgah lepas letak beg kat meja gua adalah toilet. Hobi. Eh, bukan. Habit. Dah terbiasa. Syok-syok gua baru nak landing, ok fine. Zip seluar gua tak tutup. Fine. Fine. Fine. Dari Bangi sampai Titiwangsa ok. Lu orang mampu? Patutlah uncle tu horny semacam pandang gua tadi.




                                

Thursday 17 November 2011

Aaahh...Sedapnya

Susah rupanya nak update blog nih. Gua ingatkan buat blog idea datang terus menerus bagai air yang deras. Ah! Ayat gua macam lagu nasyid sekolah gua dulu kala "airmu mengalir dari gunung jauh di sana..tak berhenti-henti (tak berhenti-backup singer) hingga sampai ke hujung nanti". Gua tak tahulah betul ke tak lirik gua nyanyi ni. Kah Kah. 

Hati gua yang cool begitu tersentuh dan tertarik hari ni nak story sikit sepam dua kata pasal ke-gentleman-an. Memang dah lumrah, gentleman untuk man lah kan. Gua tak pernah dengar lagi gentlewoman. Kah Kah. Buruk gila bunyinya. Bagi bro-bro kat luar sana, jangan terasa. Gua story ni ikut secebis pengalaman gua sebagai seorang perempuan yang cun cool.

Apakah yang dimaksudkan dengan gentleman? Adakah untuk lelaki yang suka di gentel-gentel oleh bonda mereka sebelum tidur? Ataupun lelaki yang geli-geli giteww? Aaahh..gua memang tak pandai merepek. Straight to the point, gua yakin lu orang sendiri tahu apa tu gentleman so gua malas nak explain. Bagi gua, lelaki tidak diwajibkan setiap masa menjadi gentleman tapi diharuskan saja ikut situasi. Tapi! Semua ini bukan alasan untuk wanita-wanita bermaharajalelahahahahaha.


                                                              Ha-Ha-Ha-Ha

Contohnya, ada sekali tu gua keluar lunch dengan akak ofis gua. Kebulur! Gua tunggu makcik kedai upload nasik untuk gua, boleh bro sebelah gua grab pinggan yang makcik tu upload untuk gua tadi? Weh...Gua dah huluq tangan nak sambut kot...Aaahh.. Gua bagi jela. Tak hensem betul bro tu buat gua macam tu. Tapi takpelah, bro tu lapar sangat dari gua agaknya.

Yang jadi tak best, bila turn akak ofis gua pergi ambik nasik, beliau dah ngam-ngam ambik semua lelauk pepauk yang beliau nak. Beliau lagi kebuluq dari gua weh. Gua nampak dengan mata kepala gua sendiri, baru je beliau nak datang kat meja gua, zaasss!! Bro lagi sorang boleh main kepak tangan singgah kat pinggan beliau yang penuh dengan lelauk pepauk tadi. Agaknya tengah cerita kat member apa dia buat atas katil malam tadi kot... Habis semua lauk fall on the ground. Rugi weh....Ikan sekoq tu...Isk Isk


                                                    Cedeynya nacik tite jato yah...


Yang tak bestnya lagi, bro tu buat tak tahu je. Member dia yang say sorry. Hey bro, come on lah. Not even say sorry?? Show some gentleman la....Gua tahu la bro malu tapi kalau bro say sorry, sejuk hati akak ofis gua tadi betul tak? Akak ofis gua bengang gila tapi tahap kelaparan beliau mengatasi segalanya. Beliau gigih dan tak give up. Beliau ambik lauk second round. The nasik that fall? Makcik kedai la tolong sapu... Kedai dia yang kotor kahkahkah. Rugi..rugi..

So, macam gua cakap tadi, gentleman kena seiring dan sejalan dengan situasi yang kita orang tempuhi. Aaahh.. Bunga-bunga ayat gua. Ingat! Ikut situasi. Jangan syok gila nak tunjuk gentleman sampai seat dalam tren yang banyak kosong pun bro-bro taknak duduk sebab ada awek cun padahal destinasi jauh lagi.  =.=' Tak lenguh kaki ke bro? Kejap-kejap kaki kanan tampung, kejap-kejap kaki kiri. tetiba tren break mengejut, dah menggila carik tiang.

Tajuk entry gua memang takde kaitan pun dengan story gua. Gua nak bagitahu yang hari ni gua buat Oligo, Oligo, Oligo Co Co yang pekat-pekat sikit, tak manis tak tawar. Lepas tu gua letak dalam peti sejuk sejam dua dan gua menikmati dengan enaknya. Aaahhh...Sedapnya....




Till then~

Tuesday 15 November 2011

Situasi

As an engineer employer, adalah penting bagi gua untuk menjaga timing kerja. Maksud gua, sampai ofis on time, balik pun on time. Dan sebab itulah gua menjalani rutin harian pekerjaan yang hampir sama setiap hari. Jam 5.50 pagi macam biasa gua bangun, mandi, korek tahi kucing siap-siap semua. Mesti dan harus jam 6.40 pagi dah panaskan enjin kereta dan gerak, dan mesti serta harus jam 7.12 pagi gua naik tren.

Dan harus lagi gua sampai ofis jam 7.40 pagi padahal kerja start jam 8.30 pagi. Amacam? Berdedikasi tak gua? Gua log out time kerja gua tepat jam 6.00 petang. Jam 5.58 petang gua dah mundar-mandir depan mesin punch time tu. Gua tak boleh jalan berlenggang-lenggang sawi mahupun cover-cover cara gua jalan. Tak boleh. Walaupun gua cool, gua harus ketepikan cool gua tu seketika antara jam 6.01 petang hingga jam 6.10 petang. Gua harus kejar tren jam 6.12 petang. Tulah rutin harian gua. Hari-hari macam tu. Minggu-minggu pun macam tu.


                                  Kuda gua tunggang hari-hari pergi mencari rezeki

Dan hari ni gua nak story sikit sepam dua apa gua observe dalam tren yang gua tunggang. Gua sampai je tren pun sampai. Gua kawtim dengan driver tren tu supaya sampai bila gua sms beliau. Alhamdulillah beliau pegang janji. Employer lain dah beratur ikut corak tapak kaki merah belakang garisan kuning tu. Gua baru nak melangkah masuk dengan ikut giliran beratur, tetiba ada kakcik (usia ke-kakak-an nak menuju je usia ke-makcik-an) ni potong line gua. Gua cool tapi dua berdehem sikit bagi hint yang dia tu kuajaq. Kakcik tu pun tak dapat duduk, gua puas hati. Dalam tren ada beberapa situasi gua usha.

Situasi 1:

Bertentangan dengan gua ada budak sekolah lelaki. Mestilah nak pergi sekolah ye dak? Gua observe bebudak sekolah sekarang ni gaya macam nak pegi kerja je. Rambut macam Justin Bibir tutup sampai dahi. Aliran kekanan sikit. Sideburn (betul ke gua eja?) panjang melengkung ke atas ke arah mata. Kuku panjang kalau korek buntut boleh berdarah punya. Dulu boleh ke dressing macam tu? Silap-silap free je gunting rambut tak payah bayar. Gua mengeluh mengenangkan anak bangsa sekarang =.='. Gua dulu sikit punya 'skema', sekarang ni apalah nak jadik.




Situasi 2:

Masih ingat dengan kakcik tadi? Bagi gua beliau memang perangai kuajaq. Tudung labuh dah. Cantik dah. Manis berbaju kurung nak banding dengan gua yang masih tak dapat hidayah dengan unifrom lengan pendek ni. Muka kakcik tadi macam tamak haloba gila nak rebut seat dengan orang lain. Nak duduk sebab apa? Oooo...ada Samsung Galaxy Tab siut..Gua mengeluh lagi mengenangkan keadaan indah luaran hatinya tercemar.


                                             Lu orang mampuuuuuuuuuuuuu.....?

Situasi 3:

Sampai stesen Chan Sow Lin, gua dah nampak awal-awal ada kakak ni dukung anak kecil sambil pegang roti gardenia 70 sen perisa jagung tu. Gua terliur seketika. Kakak tu betul-betul sebelah kakcik yang ada Samsung Galaxy Tab tadi. Macam biasalah perangai puaka ni memang buat tak tahu je. Nasib ada lagi orang prihatin yang wujud, beliau bagilah kakak dengan anak tadi duduk. Takkan gua nak bagi? Gua pun menempel tepi pintu. Apa yang gua observe, orang yang bagi seat tu lagi tua dari kakcik puaka tu. Aissshhh..kakcik..kakcik..


                                                  Gua nak tidur macam ni boleh?


Situasi 4:

Macam biasa rutin harian gua kerja, lepas stesen Masjid Jamek baru gua dapat seat dan! Kebetulan gua duduk sebelah kakcik tadi. Khusyuk betul dia tengok tab dia tuh. Gua tunduk sikit buat-buat tidur, mata gua kekiri sikit usha tab dia. Huh. Dah pertengahan umur pun main Angry Bird! Kejadah? Yang tak boleh gua nak tolak ansur, dia asyik restart je bila dah fail nak robohkan rumah katak babi hijau tu. Gua mengeluh lagi...Apa betulkah kakcik ni sudah berumur? Mungkinkah sebab beliau tension main Angry Bird tak lepas-lepas membuatkan beliau nampak berumur?


     Agaknya macam nilah ekspresi angry bird bila kakcik tu asyik restart je kan.



Nilah dunia. Gua nak cakap banyak pun tak guna. Kadang-kadang gua hati syaiton jugak. Tapi gua ikutla situasi kalau gua nak macam tu. Macam semalam gua balik kerja jalan jem gila, gua buka high beam light bagi orang sakit mata. Tapi setakat lampu Sang Kancil, silau sangatlah kan? Lu orang pun mesti pernah jumpa situasi-situasi macam ni kan. Biasalah, dunia. Jangan dihakimi buku dari kulit luarnya.

Till then~

Sunday 13 November 2011

Kehilangan


Berkaitan dengan entry yang sebelum ni, gua agak sentap sikit. Gua tak sangka sebab gua baru je cerite pasal beliau kat entry gua yang ketiga tu. Malam tu gua rasa biasa je. Takde apa yang beza. Gua buat rutin biasa gua, sebelum keluar gua korek dulu tahi kucing bagi kosong. Pukul 9 malam gua keluar dengan housemate gua. Carik barang sikit...bagi makan kat kucing jalanan sikit...pukul 10 lepak makan sambil tengok Maharajalawak Mega.

Serius guu cakap, terbahak-bahak gua gelak tengok group 3G buat show. Sampai mamat sebelah meja gua tak tertelan asap rokok beliau dengar gua terbahak-bahak. Memang gua dengan housemate gua takde fikir apepun masa tu. Tetiba pukul 11 lebih gitu, housemate II gua call housemate gua yang tengah makan dengan gua tadi. 

Housemate II : Orang nampak anak kucing putih mati kat bawah. Tapi macam bukan Qimba.

Housemate I : Tengok kaler mata sebelah biru sebelah kuning tak.

Housemate II : Orang tak surelah. Mata anak kucing yang ni hitam.

Housemate I : Qimba tak jumpa ke kat rumah??

Housemate II : Macam takda..jap, orang pegi ambil anak kucing tadi.

Housemate I : Ok..ok..we ols ondaway balik ni.


Housemate gua saspen, gua tumpang saspen sekali. Housemate gua cakap kena balik sekarang. Gua bayar makan, beliau bayar otak-otak, gua pecut. Dalam kereta gua bebel. Gua cakap dari bahaya jatuh-jatuh rumah ni baik jual je. Dapat duit. Housemate gua sedih. Lu orang rasa gua kejam ke? Jual dapat RM 400 woo.. Dalam kereta tak banyak cakap. Sepi. Gua terfikir duit tu je kalau jual. 

Sampai rumah, housemate II gua letak anak kucing yang dah mati tu atas sangkar. Housemate I terus tengok. Gua tak banyak cakap, gua ajak hantar klinik. Gua asyik jom-jom tapi housemate I gua diam. Gua jenguk, betul la Qimba. Dah mati dah pun. Mulut berdarah. Gua terdiam, housemate I gua terus masuk bilik, housemate II gua pon terdiam. Suasana sepi lagi. Memang Qimba dah mati. 

Gua terkilan gakla. Baru gua post pasal Qimba, sekelip mata beliau dah mati. Jatuh dari tingkat 4, anak kucing 3 bulan, memang patut mati. Tipula fakta kucing ada 9 nyawa tu. Kalau tak, mesti beliau tak mati. Hari dah malam, tak kan nak korek tanah malam-malam buta nak tanamkan si Qimba tu. Nanti orang ingat apa pulak dua orang gadis ayu cool menggali tengah malam macam tu. Gua cadang pospone lepas subuh esok pagi tanamkan Qimba.

That's it. Pendek macam tu je riwayat hidup Qimba. She's supposed not to die like this. Tapi mungkin gua dengan housemate gua gagal dan leka untuk jaga Qimba tu. Gua tempel sikit gambar-gambar Qimba yang tinggal kenangan sampai beliau mati. Rest in peace Qimba Zuma.










Gambar kat bawah ni gambar terakhir Qimba gua sempat ambik sebelum ditanam. Orang tengah sibuk-sibuk sedih, gua ambik sekeping. Untuk tatapan lu orang semua.


Oh,lupa gua nak bagitau, Qimba mati tarikh keramat yang gua post aritu. 11/11/11. Thanks Qimba bagi gua ingat tarikh keramat yang konon-konon special tu.

Till then~

Friday 11 November 2011

11.11.11

Hari ni gua macam biasa bangun setelah alarm bebunyik pukul 5.50 pagi...tapi gua snooze dulu alarm gua. Kasik lelap mata seminit dua. Tetiba gua sentap! Dah 8 minit gua lelap mata.. Terpisat-pisat gua masuk toilet... Termenung gua 5 minit...mandi sabun sabun 5 minit...lap-lap kasi kering 5 minit. Siap mandi, gua kejut housemate gua mau kasi bangun, dengan sopan beliau cakap, nak lelap mata sepam dua macam gua buat tadi. Aaah~ Gua malas nak layan, gua siap-siap. Gua dah cun cool siap minyak wangi, baru housemate gua bangun. Bangun dengan pesanan ikhlas. "Nanti sementara sy yang ayu mandi, awak yang cool tolong korek tahi kucing ya". 


.....................


Gua sentap! Kenapa tahi kucing? Kenapa bukan tahi hidung mahupun tahi telinga?? Sandiwara apakah ini??Tapi macam biasa gua tetap cool...dengan wangi-wangi, perut pon kosong pagi-pagi, gua baru nak korek tahi kucing, boleh la si penyumbang tahi kucing ni tambah koleksi lagi. Gua cool...bagi can..gua tengok macam sembelit je penyumbang tu. Dah setel, gua korek. Ada dalam 5-6 hasil gua dapat. Gua bungkus macam nasik lemak, gua masuk dalam plastik. Perut gua yang tadi kosong mintak diisi telah pun berisi dengan bau-bauan tahi kucing tadi. Dan ini yang gua rasa hadiah untuk gua sempena dengan tarikh keramat hari ni. 



                    Ini Titi Odey yang sibuk-sibuk 'buang' time gua nak korek tadi


Sementara gua tunggu housemate gua yang tengah pisat-pisat nak siap tu, gua bermain seketika dengan dua lagi makhluk pemyumbang tahi kucing kat rumah tu. Gua cool..gua takdelah suka sangat dengan kucing, takdelah geli sangat. Hilang macho gua. Tapi disebabkan housemate gua suka sangat, sampai kucing takde dalam hidup beliau, beliau mampu kemurungan yang serius, gua ok je. Kire setel dengan gua. Gua layan macam raja punya. Kira kucing-kucing yang kat rumah ni sangatlah untung nak dibandingkan dengan kucing-kucing jalanan yang lain. Macam manusia jugak bro, tuah ayam lu orang bole nampak kat kaki, tuah kucing terselit dicelah-celah bulu mana lu orang nak carik?



                                            Ini adalah Qimba Timothy atas rak kasut



                                    Beliau terlelap seketika sepam dua macam housemate gua



                                                          Beliau mula menunjukkan taring yang kecik



                                                     Ini pula Midory Kasperky bonda kepada Qimba



                      Ni pula mereka tengah bermesra la konon. Tak sama dengan realiti =.='


Kucing-kucing ni lah penghibur hati yang lara. Rasa kosong je hidup kalau beliau-beliau ni takde...tak bermakna... Macam manalah kalau betul-betul takde... Ok, yang tadi ayat housemate gua. Gua cool je. Bagi gua, dah jaga kena jaga betul-betul. Taknak jaga, tak payah kesah. Betul? Entry ni dikhaskan kepada housemate gua sempena dengan tarikh yang keramat konon-konon dengan tatapan gambar kucing-kucing beliau dan gua jaga ni. 

Till then~
                                                        

Thursday 10 November 2011

Teruja

Untuk pengetahuan, gua baru 3 minggu kerja kat tempat gua sekarang. Lu orang tau, 3 minggu tulah masa gua fikir nak buat blog ni. Maknanya sepanjang 3 minggu tulah gua melangok tak tentu hala. Dengan position yang diberikan dalam surat tawaran, gua rasa gua harus buat sesuatu. Gua teruja. Teruja sangat-sangat sebab feel nak buat blog tu datang masa gua baru start kerja. Lu orang mampu ke? Orang lain yang baru kerja sibuk-sibuk tunjuk performance bagus kat bos, gua rilek je buat blog.

Ape yang buat gua teruja? Hari ni gua face to face dengan incik IT Consultant mintak beliau register gua punya ID untuk pc yang gua tengah guna sekarang. Pc gua ni log in guna 'Guest' punya ID so apa-apa kerja yang gua buat, gua kena save terus kat pendrive kalau tak, kompem akan hilang. Lagipun, untuk gua senang nak update blog. Selamba gila gua request padahal order dari bos gua takde pun. Lu orang mampu jadi cool macam gua, gua salute. Pendek cerita, macam ni lah serba sedikit

Gua Yang Cool : Incik IT, gua punya pc boleh tolong upgrade tak. Sebab gua nak buat task dari Incik Bos susah lah tak boleh nak save. Lagi pun gua nak install itu...ini...lecehla Incik IT.

Incik IT : Oh, tak payah ber-incik-incik. Panggil IT je.

Gua Yang Cool : Ok, so IT boleh tak upgrade? Masuk nama gua dalam server and create ID??

IT : I tak terima order dari Incik Bos. I tak boleh nak upgrade. Nanti suruh Incik Bos Bagi arahan kat I, baru I buat.

Gua Yang Cool : Ok. IT jangan risau. Nanti gua cakap dengan Incik Bos suruh IT upgrade PC gua.

Nak kata gua bengang, kompemlah tak kan. Sebab gua cool...gua blah rileks je...kembali ke pc godam-godam apa yang patut. Tiba-tiba IT datang nak upgrade gua punya pc dengan create ID. Lu orang mampu cakap sepatah dua kata lepas tu orang terus ikut arahan? Dan inilah..gua up-up sket gua punya blog setelah diupgrade oleh IT tadi. Baru semangat siket gua nak buat blog kerja lepas ni..

Till then~

Hari Pertama Yang Cool


Well, this it is. blog gua yang dah lama gua nak buat. Kenapa gua bagi nama blog gua cool? Sebab gua rasa tiap kali gua nak bukak blog gua ni, gua akan sesejuk rasa setiap masa. Moga blog gua akan kekal rasa sejuknya. 1st entry yang sejuk untuk blog gua. Lu orang kena ingat..ni blog gua yang cool okeh..bukan cool blog yang ade bijik-bijik hitam tu yang lu orang suke beli minom time sejuk-sejuk tu..kalau lu orang salah tafsir, jumpa gua baru tau gua sejuk mana..till then~