Friday 19 October 2012

Qiblat Yang Sama

Saat malam mulai larut
Seakan menggugurkan sejuta harapan
Aku terbujur dalam kekakuan
Kerana hati terpasung dalam kesepian
Kesedihan dengan kesendirian

Sepikah aku
Sedihkah aku
Sendirikah aku

Aku terbangun dari panjangnya malam
Pagi datang mengawali hari baru
Sinaran mentari menghempas semua khayalan kepahitan malam
Berpusu nafas menghembus rasa lega

Syukurkah aku
Redhakah aku
Nikmatkah aku

Malam berganti siang
Menjalankan rutin tanpa jemu
Memberi peluang manusia mencorakkan kehidupan

Kadang beri rasa gembira
Berkongsi hanya dengan manusia
Kadang diberi sedih terluka sepanjang masa
Baru menyujud mohon sembuh dariNya

Bukan aku mengawal segala, bukan dengan cara khurafat
Bukan aku pembuka rezeki, rezeki sendiri ku mohon berkat
Bukan aku penentu jodoh, maut juga entahkan bila
Bukan aku tetapkan hukum, diri sendiri tidak sempurna

Aku, engkau, dia, mereka
Hamba kepada Pencipta
Mari bersama mohon keredhaan, penuhi segala tuntutan
Sesempurna yang mungkin

Perbaiki segala kelemahan
Perelok segala keburukkan
Agar hidup penuh barakah

Dengan meminta
Meminta dan berusaha
Meminta berkat orang tua
Dan
Meminta hanya padaNya!

Kerana kita
Sujud pada Qiblat Yang Sama

Sumber : Google

Friday 12 October 2012

Aku Terculik Kau Menculik Dia Diculik?

Ok. Tajuk tak payah nak saspen sangatla nadia. Padahal takde menda pun nak cerita. Jaga-jaga ada yang merati nadia. Hewhew. Ok then, straight to the point, aku layan movie Taken 2 dengan housemate tempoh hari. Di bawah adalah secara terperinci aktiviti yang dijalankan:

Tarikh : 10 Oktober 2012
Lokasi : Alamanda, Putrajaya
Pengangkutan : Proton Saga putih
Masa Tayangan : 9.00 malam
Masa Bertolak : 8.15 malam
Masa Sampai : 8.45 malam
Masa Tamat : 10.30 malam
Cuaca : Hujan suam-suam kuku 
Peserta : Aku, housemate, housemate, kawan housemate, kawan housamate punye kawan
Menu : Chicken Meatball, Karipap, Soft drink, Mash Potato

Fuuuu..Habis detail gila vavi aku bagi ni. Manelah tau kot-kot yang merati tu nak sangat tau detail kan. Then, aku dah bagitau semua dah kat sini takyah main teka-teka dah buat sakit kepala hotak je pikir baik buat kerja ye dop.

*   *   *   *

Liam Neeson yang cool habis!

Ok, back to story line. Cerita Taken 2 bersambungan dari cerita Taken. Kisah culik menculik. Memula anak si Bryan Mills (Liam Neeson) namenye Kim (Maggie Grace) kene culik dalam Taken, so dalam Taken 2 ni ayah kepada penculik Kim yang telah ditembak pow! pow! pow! sampai mati oleh Bryan membalas dendam dengan menculik kesemuanya sekali. Tapi, hanya Bryan dan orang rumahnya Lenore (Famke Janssen) diculik. So kira macam anak dia pulak la yang selamatkan parents dia.

Scene cemas nak kena culik sempat buat fon call.
Penculik pun baik tunggu dan dengar kehkeh.


Orang rumah yang suka pengsan dan menyampuk.
Bestla watak pengsan je. Huehue.


Part paling best dengan guna peta dan bom,
abahnye boleh tau di mana lokasi dia dikurung.


Ok. Ni watak paling penting. Keluar masa awal cerita
dan akhir. Pakwe kepada Kim. Peranan: Cium-cium pastu cuak sebab 
kantoi dengan bakal apak mentua hihi.

*   *   *   *

Memang ohsem cerita ni sebab aku dah tengok yang sebelum ni tapi kalau tak tengok lagi yang sebelum ni pon boleh je layan Taken 2 ni. Jalan cerita ringan tapi padat. Boleh faham jugak la tak macam Resident Evil. Kalau tak tengok previous movie, susah sikitlah nak faham. Mungkin kena buat ulangkaji atau baca sinopsis kat mana-mana kedai buku dulu sebelum masuk supaya tak terkial-kial di dalam punggung eh panggung.

Tapi kalau dinilai dari sudut lain, setelah berbincang dengan peserta lain yang tengok dengan aku, cerita ni ada sedikit kontroversi sebab macam cuba nak menyampaikan yang orang Islam ni jahatlah sanggup culik  satu keluarga lepas tu siap panggil geng semua untuk balas dendam. Tapi disebabkan si Liam Neeson ni pernah admit terpesona dengan laungan Azan mase shoot kat Istanbul, takdelah nak kontroversi sangat cerita ni kan. Hewhew.

Aku nak letak gambar semua peserta masa aktiviti berlangsung tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak share kat sini. Betul nak sangat letak gambar. Siriyes gila vavi nak letak eh? Why so serious? Huehue. Like I said before.. Jaga-jaga ada yang merati! 

Tuesday 9 October 2012

Manusia vs Manusia

╮(╯▽╰)╭  Aahhh.. Minggu lepas minggu yang amat sibuk. Ke sana, ke sini, ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang. Mencari-cari tanpa pasti penghujung kehidupan. Chooy!! Seriously, memang penuh tentatif perjalanan aku minggu lepas. Tapi.. Why so serious? Hewhew.

Aku saja nak cerita pengalaman perjalanan aku minggu lepas. Baru aku sedar dah lama rupanya aku tak mengenali manusia-manusia di muka bumi ni. Adakah aku semakin mengecil memencil dari komuniti masyarakat di Malaysia ini? Adakah aku terlalu sibuk bekerja maka nikmat kelapangan masa aku telah ditarik? Dan apa pula kaitan aku dengan masyarakat Mesia?? Saya pilih mengundi. Takde kaitan pun okbai.

Aku ada terserempak dengan orang yang aku kenal, yang aku tak kenal lagi la ramai aku tersepak terserempak. Cuma bila terserempak tu, bagi aku satu peluang yang tak terduga so aku mesti ceria. Dan hati berbunga-bunga macam dah berpuluh tahun tak jumpa walaupun! walaupun aku tak berapa ngam dengan orang tu. You know, just be happy, keep smiling and let people smiling too then the world would be soooo damn nice! Compared to if you 'make faces', automatically people will soooo demmit! Dan wujudlah perasaan tidak elok di situ.

Sumber: Google


Then, aku perasan, permulaan hari kerja iaitu waktu pagi perlu disusun dengan tertib supaya tak terkesan produktiviti masa kerja. Paham tak? Hewhew. Maksud aku, dulu aku pergi kerja naik ketapi. Well, for some people it is a good way because you can save money as well as you save the environment sebab tak pakai petrol kan. Tapi bila dah kerja jauh dan carpool dengan member, tiba-tiba naik ketapi pagi-pagi, aku tengok manusia-manusia dalam ketapi tu lemau, tidur, bosan, letih then aku perasan di mana:

1. Masa aku pergi kerja naik ketapi aku lagi lemau sebab mengantuk dalam ketapi lepas tu jauh pulak memang bantai tidurlah pagi-pagi dan aku akan mengantuk sepanjang hari sampailah ke petang balik kerja memang takde mood puih! Punca dari mengantuk dalam ketapi tadi.

2. Dibandingkan dengan drive, mestilah tak mengantuk kan kang kubur pulak aku pergi kehkeh. Kalau mengantuk pun, kena carik cara bagi hilang mengantuk. Disamping memaki hamun driver yang lain yang bawak tak senonoh, maka darah terus naik kepala dan segar bugar! Dan aku akan ceria-ceria selalu sepanjang hari. Itu dari pemerhatian aku la kan..

"Tepi! Tepi! Gua nak terberak nih!"
Sumber " Google

Masa jalan-jalan pulak, yang member aku perasan sebab bukan aku yang perasan, manusia zaman sekarang ni 100% memandang pada paras rupa. Bukan...bukan...ini bukan pasal cinta..Hewhew. See? Bukan cinta je pandang paras rupa, nak jenjalan pun orang memandang. Aku jalan dengan member bukan masuk Pavi pun. Standard punya style la, jeans, tshirt, sandal, handbag, dan tidak lupa tudung juga ya kehkeh.

Yang member ni bengang sebab baru nak usha-usha baju, gila promoter pandang sinis lagi hina macam member aku tak punya uang untuk membeli baju. Kemonlah. Promoter kan. Greet la customer nak membeli belah. Nak pandang pun, janganlah nak jegil-jegil mata macamlah weols tak mampu nak beli. Apa pasal? Pakai sandal taboleh shopping ka? Pakai tshirt macam takda duit ka? Grrr..

Ciss..Materialistik betul promoter tu. Perlukah bergaya kemain semata-mata nak usha baju sedangkan dalam dompet kad bank je yang buat tebal? Perlukah memandang luaran sebagai taraf seseorang ituh? Tapi nak buat macam mana, zaman dah berubah. Semua tu tak penting yang penting, gaya mutu dan keunggulan betul tak kehkeh. Tapi, nasib aku tak terpengaruh...sebab..aku memang takde duit pun! Bahahaha. Okbai!

Yang ada hanyalah rama-rama
Sumber : Google


"Manusia - makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yang tinggi sekali antara segala"

Kamus Dewan Edisi Empat

Wednesday 3 October 2012

Dalam Otak Ada Dot Dot Dot

Kelas gitu ada dot dot dot entry aku kali ni. Eh? Macam kekok pulak guna 'aku' sebagai kata ganti diri pertama. Sebab aku dah bosan nak taip gua kat sini. Apa gua gua? Gua Batu Cave ke? Peh! Aku carik maksud gua memang maksudnya gua lah. Macam Gua Musang tu haaa...kehkeh.

Aku tau ramai yang anggap aku ni kotor la, lucah la sebab tajuk-tajuk entry aku semua macam ke arah benda-benda tu kan. Tapi bagi aku, kemonlah. Have some fun dude. A little maybe? Betul tak? Why so serious? Hewhew. Siriyes serious itu perlu tapi janganlah terlalu serious sampai menimbulkan prasangka yang tidak elok kepada orang lain ye. 

Aku bukan nak cakap pasal diri sendiri kat blog sendiri ni tapi simple jela aku senang je. Orang baik dengan aku, aku baik dengan orang. Orang jahat dengan aku, aku baik dengan orang (tapi jangan harap nak baik sangat la haha). Orang berkira dengan aku, aku double berkira dengan orang. Sesape nak kawan dengan aku, aku ok je. Takde nak khianat-khianat bagai umur dah tua bangka dah pun. Tak nak kawan sudah. Aku tak rugi apepon. Kawan, kawan jugak kan...tapi...

Hipotesis yang dapat aku simpulkan kat sini, semakin baik orang dengan anda, semakin anda perlu berhati-hati. Eh? Macam pelik la pulak. Tapi aku rasa ramai dah yang ter'kena' benda macam ni. Bukan benda halus hantu jin bagai tu aww. Benda yang bilamana anda membuat sesuatu yang baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan dibalas dengan sentapan hati yang menikam jiwa. Aku tau mesti ada yang pernah ter'kena' benda nih.

Well, aku taknak la cerita kisah aku yang menikam jiwa kat blog ni nanti ada pula yang merati dan mengata kan cakap aku mintak simpati la pulop hewhew. But then, after the rumours I heard from other people I almost got a heart attack because? Because you know what I mean. Heh.

Then, I was just like. Stunning. Crying. Unthinkable. Empty. Why. 

Rasa macam nak berhenti belajar, rasa nak lari jauh-jauh, rasa tak guna pun ada. Bangang pandai gila la aku fikir masa tu kan. Pheeww. Lepas tu, aku fikir. Aku ada silap ke? Takkan semua silap aku? Dah tau aku silap kenapa tak tegur? Kenapa nak judge aku sampai macam ni? Apa hak si dia/mereka nak cakap aku macam tu? Dan banyak lagi persoalan yang tak terjawab. Mungkin memang betul ada salah aku tapi kenapa tak tegur? Kenapa sengaja biarkan aku berterusan buat kesilapan? Apakah supaya dapat kumpul bukti yang secukupnya untuk hukum aku? Kenapa?

Chhuuii! Tacing siak aku bahaha.

Dalam sebulan aku down. Down to the ground bebeh. Siriyes unthinkable situation I had then. Masa tulah aku sedar, kawan bukan semuanya kawan. Mungkin terselit satu dua yang betul-betul kawan tapi itu pun harapan tipis sangat. =.=" Aku bangun semula tanpa kawan yang sekadar nak menjatuhkan dan mengaibkan. Memang kekok semua kena buat sendiri tapi itulah yang terbaik. Aku mampu nak jatuhkan mereka yang pernah menjatuhkan aku dulu tapi aku fikir, apa faedah aku dapat? Dapat menanam perasaan benci orang lain pada mereka? Dapat pengikut yang banyak sebab nak mengikuti perkembangan terbaru?? 

Apa hebat sangat ke ada kawan ramai-ramai keliling tapi hati saling dengki mendengki? Apa fofular sangat ke ada kawan yang paling cepat like status kat facebook tapi dalam hati sebenarnya semua 'terpaksa'? Dan apa hebat sangatkah mengata orang sedangkan diri berpuak-puak?

Ada orang cakap, "Dosa masing-masing, kubur sendiri-sendiri"
Ada orang cakap, "Kalau kubur masing-masing, nanti kapan diri sendiri"

Got the points?

Learn from experience dude. Sit, see, and learn. Grow up please.

What goes around comes around. Heh. Walaupun dah bertahun kisah itu berlaku, of course I can forget but not to forgive. Ikutkan hati, membuak-buak rasa nak menyindir, mengata, mengumpat orang-orang yang jatuhkan aku dulu. Meluap-luap rasa benci tu. Mengharapkan yang mereka akan terkena macam aku. Tapi aku bukan sesiapa nak bagi nasihat atau pandangan yang positif gila as at your ages I know you can think better as an adults.

Aku rasa aku dah tak kacau orang dah. Aku ikut flow kehidupan aku. Menunaikan tanggungjawab yang wajib, berbakti kepada ibu bapa, berbaik-baik dengan yang nak berbaik dengan aku, lepas tu dah. Cukup macam tu je. Kalau ada yang rasa aku bersalah, berhutang or whatsoever please stand up and tell me. Maybe we can solve that. Maybe I can say sorry if that you've been waiting for. Maybe you also can say sorry if you're really meant it.

Then I think to my self, a little servant to Allah who always seek His forgiveness for all my mistakes, who am I to judge all these people? As my pahala dan dosa pun belum ditentukan hukuman macam mana oleh-Nya nanti. Kita ni berkawan, sebolehnya ikhlas.. Kalau dulu mungkin aku salah, aku mampu betulkan semua tu.   Dan kamu yang lain, sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri supaya dapatlah hidup dalam keadaan yang aman damai. Tapi kalau dah tak boleh sangat nak berbaik, tak payah ambik tau langsung. Kau tak sakit hati dan tak tambah dosa dok ngumpat je. Betul? Semoga semua baik-baik hendaknya. Dalam otak ada dot dot dot....


Sumber: Google