Wednesday 15 August 2012

Nak Beli Pantun Aku?

Hari ini hari Rabu
Esok pula hari Khamis
Makin nak raya makin tak tentu
Belanja tak ingat duit pun habis

Haaaa..kelas gua memantun pasal raya. Gua memang suka pantun memantun nih. Nak-nak kalau pantun menyindir. Laju je pembayang nak muat turun ke pantun tu datang. Kalau menyindir dalam bentuk pantun, penyampaian dan konteks luarannya agak sopam tapi konteks dalamannya agak tajam. (Pantun dua kerat hewhew). Kadang-kadang kalau tetiba gua berpantun kat fb ke kat memane ke memang ikhlas gua tujukan kepada sesiapa yang terasa. Siriyes gua ikhlas.

Sesaja gua buang masa google pasal pantun ni dan ada beberapa kerat/buah/rangkap/batang? yang gua berminat dan tertarik untuk berkongsi. Sesiapa yang nak membeli dan menjual pantun yang gua letak kat sini, sila hubungi gua di talian 013-4567890 ok. Insyaallah ada masa gua beli balik pantun lu orang. Silalah jengah di bawah untuk melihat produk pantun yang ada untuk dibeli ye!

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Pagi hari memasak bubur
Takut masam ditambah gula
Suami isteri tidak bertegur
Mulut diam tangan meraba

Mengajak orang untuk berfikir
Supaya orang tidak pandir
Supaya ketiak tidak berlendir
Supaya hidup tak kena cibir

Buah pauh di dalam botol
Rasa sedikit masamnya tidak
Dari jauh ku sangka toyol
Rupanya pakcik kepala botak

Buluh dipotong dibuat rencong
Tidak sesuai menikam jerung
Ada orang suka muncung-muncung
Walaupun sedar hidungnya tak mancung

Jangan dipancung si pokok jering
Biarkan betik naik selari
Mulut muncung mata menjeling
Bagaikan tercekik si tulang pari

Siriyes gua suka pantun yang kedua. Maksudnya macam 'if you know what i mean' kehkeh. Silalah beli pantun gua ni walaupun bukan gua yang cipta. Ada yang terasa? Bagus. Gua memang ikhlas nak bagi sesiapa yang terasa tu terasa. Hewhew. Malas gua nak tacing tacing ah. Tiap-tiap tahun sambut raya kan takyah tacing sangat laa...Gua nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir jelah sebab gua belum kawin. Takde nak batin batin ni. Kehkeh. Moga selamat semuanya. Amin.

Sumber:google

Tuesday 7 August 2012

Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa?


aku tak pinta kau hadir menyakitkan
aku tak mohon kau menyentap seluruh pelusuk rasa
terkadang kau dirasa manis, terlebih dalam keriangan
terkadang rasa kau pahit, sekelat bibir mahu bicara
aku bernyawa mempunyai kau sebagai penghibur
dan aku bertarung tika kau menjadi duka
dihanyut setinggi langit waktu aku masuk ke dunia kau
sepedih bisa duri kala kau menjadi kejam
wajarkah kau bermanis sepanjang usia wahai perasaan?

bukan aku soal kurniaan Ilahi
bukan aku kufur akan nikmat-Nya
perasaan ciptaan terindah dari-Nya
cuma terdetik alangkah sempurna jika ia hanya untuk-Pencipta
pasti aku tak tertagih tercari-cari
perasaan ini milik siapa

sebagai manusia tak lengkap tanpa cela
aku mohon padamu-Pencipta
leraikan perasaan penuh celaru
supaya aku mampu menjadi tuan sahaya
pada perasaan yang dirasa tanpa nyata
biar aku membimbing perasaanku sendiri bersama-sama bersempal di dunia fana..

perasaan Oh perasaan