Thursday 27 September 2012

Yellow Brain

Benci ah tak tau nak tulis apa tapi nak tulis gak tak kira. Rasa macam banyak sangat idea membuak-buak, melimpah-ruah, meleleh-leleh, menitik-nitik, menjejes-jejes? Eeuuww geliew titew hewhew. Tapi, bila dah taip panjang-panjang gila khinzir vavi, 

"eh, betul ke apa aku taip ni". 
"eh, macam tak best je jalan cerita".
"eh, panjang sangat la pulak".
"eh, banyak pulak aku punye eh".

Malam tadi aku tidur awal. Pukul 10 dah lelap. Pukul 1.30 pagi aku terbangun, terus masuk toilet. Aahh.. Sedap je aku membuang, eh baru perasaan ada kucing tengah tidur tepi toilet bowl tu. Hakhak. Rezki dia la kan. Pandangan pertama kan rezeki ye dak. Aku kejut buat muka tak puas hati lak masa nak keluar toilet. Betuah punya kucing. Aku check-check ruang tamu. Okay, housemate belum balik lagi sebab hari ni dia ada audit ya. Hewhew.

Lepas tu aku kira kucing. Nak tau cukup ke tak manalah tau kot-kot sekor terlepas keluar pergi clubbing ke kan. Dua ekor bawah ampai ok noted. Sekor yang gemuk macam belon tepi kotak hujung dinding ok noted. Sekor lagi puas aku carik (bukan beria sangat pun carik kehkeh) rupanya bawah ironboard ok tengah tidur gaya nak diva meletops ok noted.

Aku naik tilam (sebab takde katil) sambung tidur. Sempat whatsapp selai dua dengan skandal say goodnight ouch! Mencik aaww >.<

Pukul 5.30 pagi terbangun lagi. Lagi mencik sebab set alarm pukul 5.50 pagi bikin aku panas je terbangun 20 minit awal. Haish..Pandang hujung tilam sekor kucing diva tadi tegur aku. "Meooww.." Comel la konon kan mintak aku usap kapla dia nak manja-manja lettew. Cett. Lemah longlai bangun gosok baju. Hitam aku hari ni. Baju suar tudung semualah hitam. Aku rasa nak gothic hari ni. Grrrr. Gothic sangat gila vaviss.

Siap semua say goodbye to kucing-kucing sekalian, naik motokar. Cilake klasik sungguh ayat aku hewhew. Layan Hotfm ni lagi mencik. Kekdahnye lahai tak dapat jawab soalan RM 4500 padahal jawapan kalendar je. Aku bengang. Aku call tigaratusempatpuluhlapan kali tak pernah dapat masuk line. Ni dah dapat tak dapat jawab. 

"Dah takda rezeki dia nak buat macam mana", driver menenangkan perasaan aku.

Stop by kat Shell isi minyak dulu. Sempat beli Salted Cashew Nuts dengan Vitagen. Aahh rasa sihat pulak pagi-pagi breakfast kacang. Pukul 7.55 pagi sampai dah pejabat. Skema bagai padahal masuk 8.30 oohh pekerja contoh la kononnya aku ni. Sebelum naik ofis, bermesra dengan kucing jalanan. Ada sekor bunting. TM nama diberi. Mungkin salah masa, aku suruh member main dengan TM tu sebab nanti dia gigit-gigit manja. Sekali ngap! Habis terbenam taring bawah si TM tu kat tapak tangan member.

Aku gelak. Sebab aku ingat takde apa-apa. Silap sangkaanku. Member dah tacing dah naik ofis basuh tangan darah-darah. Homaigod. Luka rupanya. Ok jom jom pegi klinik. Tak memasal kena cocok untuk kancing gigi punya hewhew. Kebas sampai ke bahu katanya. Balik kerja petang ni aku lah kena drive kan.

Dah setel klinik, buat oat. Nak kurus la konon sekali ofismate bawak keropok lekor Terengganu mari. Terliuqq la pa lagi. Bantai dalam 6-8 keping. Dah tu susah nak telan oat sebab muak tapi kena habiskan sebab oat mahal woo. Dahlah mak yang belikan. Lap u mak!

Duduk depan pc.

Kacau-kacau oat yang masih panas.

"Nak update blog la hari ni. Nak cerita pasal otak la. Mesti best buntu gila vavi"

Keletak keletuk menari-nari jari-jemari aku la takkan jari-jemari kucing pulak kan atas papan kekunci konon banyak cerita nak kongsi. Taip, padam. taip, padam, taip, padam. Oh dah pukul 12.30 tengah hari ni. Jom lunch dulu. Roasted Chicken Rice Drumstik namanya. Nama sebenar, 'nasi ayam biasa nak paha ya kak!'. Sambil makan sambil ngumpat patut perut buncit =.='

Sempat masuk pasaraya Giant. Nak tengok-tengok barang kata member. Konon ambik sikit je. Nugget, Oligo, daging ayam kiub, daging ayam fillet, Prodiet (makanan kucing ye bukan makanan diet untuk orang yang shake-shake tu ye) last-last bayar RM 49.90. Psikologi betullah. Ace cakap je limapuluhringgit kan senang cett.

Masuk kereta, "eh! eh! Lupa nak ambik free gift cawan beli Oligo tadi", member aku lah kan cakap. Boleh pulak dia lupa dah jalan dah pun dah nak sampai ofis dah pun ok yang tu tipu kehkeh. Ok, akak ofis paking tepi jalan. Aku lah kena masuk Giant balik. "Kak, jangan expect saya cepat tau kak. Maklumlah baru lepas makan".

Dah dapat cawan, sempat usha dalam kereta Exora Bold baru silver tepi Giant tu. Biasa je aku tengok. Sama je dengan MPv lain. Kekdahnya tambah nama 'Bold' kat situ ye dak? Abang aku cakap seat passanger belakang sama macam seat depan. Kiranya single seat la kan tapi tak puuunnn...Bebel aku sambil jalan pegang cawan Oligo.

Sampai ofis, solat. Duduk depan pc.

"Nak sambung update blog lah. Nak tukar tajuk Yellow Brain"

Keletak keletuk taip padam taip padam. Nilah hasilnya.

Yellow Brain? 
Sumber: Google

Wednesday 12 September 2012

Sejuk Sejuk Keras Kaku

Terpaku.

Ya. Gua terpaku.
Mengeraskan badan memfokuskan mata.
Macam gua hadap sangat nak tenung skrin kompiter ni lama-lama.
Macam lah gua hadap sangat.
Peh. Putih je kalernye.

Mencuba.

Ya sekali lagi di sini. Gua mencuba.
Memputarkan masa lepas merakam balik tingkah laku.
Macamlah otak gua sebagus CCTV.
Badan dah kaku.
Apatah lagi si otak yang sejuk.

Menahan.

Ya. Menahan dengan kata 'ya'. Gua menahan.
Menurunkan bulu roma yang tegak melembikkan tulang tulang yang keras.
Keras sangat dowh.
Mungkin unggun api dapat mencairkan.
Cair?

Kembali.

Gua kembali ke doniawi ini.
Tersentak badan dek hentakan pintu yang dihentak tanpa belas kasihan.
Bergerak anak mata mengalih pandangan.
Suhu di otak naik serentak suhu si bulu roma.
Semua kembali normal.

Oh, gua termenung rupanya.


Friday 7 September 2012

Bogel! Bogelkan!

Aaahh.. 

Seminit dua gua fikir nak taip intro kat atas tu. Mungkin sebab tajuk entry kali ni yang agak.. Aaahh... Macam nilah kalau hari jumaat. Gua setim jeee malas nak buat kerja. Rasa nak bawak kain ela menjahit depan pc ni je mungkin boleh siap sepasang dua baju kurung bahaha. Ok. Tak kelakar pun.

Best kan baca tajuk entry 'bogel'? Bogel / telanjang boleh didefinisikan dari Kamus Pelajar Edisi Kedua sebagai :

~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. pene­lanjangan perbuatan, perihal dsb me­ne­­lanjangi atau menelanjangkan.

Ya. Berdirinya saya di sini pada hari ini adalah kerana tiada kerusi. Lol. Siapa punya status facebook entah gua pernah terbaca kehkeh. Ok. Berduduknya saya di sini (lol?) adalah untuk mem-bogel-kan beberapa isu yang dewasa kini hangat diperkatakan dan dibicarakan serta dihakimi serta merta. 

Mungkin gua nampak macam tak up-to-date isu-isu yang hangat sekarang. Page facebook gua pun entah hapa-hapa entah tak menarik langsung. Tapi, gua ambil tahu sebenarnya. Cuma gua tak berapa gemar untuk memperkatakan isu yang hangat itu tanpa mem-bogel-kan dengan lebih mendalam. Ya. Gua sangat suka dengan ayat mem-bogel-kan itu. Hihihi. Ada dua isu yang gua berminat nak kongsi.

1. Menunjukkan bontot punggung ke gambar pemimpin masa perhimpunan demokrasi di malam ambang kemerdekaan. Eeuww. Shame on you. Satu dunia tengok bontot punggung you? Yang ni memang patut dibogelkan terus kan dah alang-alang tu kehkeh. Nasib baik licin kalau tak.. Double eeuww for you! Ok. Perlakuan yang menampakkan kebodohan si penunjuk bontot punggung. Kemonlah. This is Malaysia. Banyak cara lain nak salurkan ketidakpuashatian. Tak memasal dah menjatuhkan maruah sendiri. Status facebook yang paling butthurt untuk si penunjuk bontot punggung: "Tunjuk punggung tak malu, muka masuk paper tau nak malu".

Malas lah nak bogel isu ni. Gelieww titew hewhew. Selalu budak-budak sekolah je yang main tunjuk-tunjuk bontot punggung ni. So dah boleh samakan level dan dah boleh tahulah kan tahap IQ si penunjuk bontot punggung itu.

2. Isu blogger memperlekehkan kerjaya seorang cikgu. Ok,yang ni memang banyak orang tak puas hati la kan. Yelah, dulu terhegeh-hegeh pergi sekolah, nak masuk sekolah yang bagus-bagus, nak dapat cikgu yang best-best, nak result yang gempak gempita, mintak restu cikgu nangis-nangis bagai sume, then dah pandai, dah berjaya, kutuk pulak kerjaya cikgu. Isk. Isk. Dengar cerita, blogger tu engineer, perempuan. Mesti fresh grad baru konvo dapat kerja best, gaji dapat offer tinggi dari kengkawan yang lain, sibuk pulak tu dengan projek sini sana sebab tu komplen kerjaya cikgu pulak. Konon dia kerja bagus gila vavi la kan. Chooyy!

Satu jela gua upload malas nak upload sume hihi


Well, bagi gua mungkin ada betul, mungkin tak jugak. Kerjaya dia sama dengan gua, dan kerjaya cikgu yang dia kutuk tu kerjaya mak abah gua. For me, to judge something you must first study the matter deeply in your heart and feel it when you were at that place. Peh! Cilake Terel gila gua speaking. Apa yang dia coretkan kat blog dia tu dulu-dulu punya cerita. Dan kalau ada pun sekarang, mungkin dalam 5-10% amongst teacher. Sebab?

Kerjaya cikgu dah advance kau sekarang. Semua rekod nak kene isi online. Takde dah buku tahunan cikgu yang besar gabak dulu tu. Attendance pun online. Silibus pun online. Dah approve silibus baru boleh print for the whole month. Haa. Kau kerja engineer ada macam tu? Dan bagi gua sebab semua nak kene online, tak salah nak buat side income cuma timing kena jagalah kan. Bukan semua cikgu macam tu. And..its kind of trending what to have online business because people love it bebeh! Gua rasa bukan cikgu je yang bisnes online ni tapi nape cikgu yang dipersalahkan?

Dan kalau tak puas hati pasal gaji cikgu cikgi ni, kau jadiklah cikgu. Tak payah nak cemburu buta sangat. Dah kerja swasta tu tak puas hati dengan kerja cikgu apahal? Kau jugak pilih nak jadik engineer kan. Pandai-pandailah hidup bhai... Rezeki masing-masing laa..Dan kau kena tahu cikgu pun balik lambat jugak. Abah gua selalu balik petang. Kalau ada hal, terkejar-kejar beliau nak setelkan kerja dengan hal personal. Orang cuti dia datang sekolah. Rileks je. Kalau kau bos suruh kerja overtime sibuk la nak claim tu, nak claim ni, nak naik gaji ape sume. See? Jangan judge membabi buta. 

Kerja cikgu ni mengajar budak. Kalau budak cuti, takkan cikgu nak ajar kerusi meja. Kenalah cuti sekali. Dah dapat company kena kerja sabtu half day eh, nak kutuk pulak cikgu banyak cuti. Eh awak ni...tak reti pikir ke. Rotan kang. =.=

And the best part is, pandai cakap pandailah tanggung. Kalau kau rasa pendapat kau betul, kemon stand up and defend your rights. No turning back dude. You are an engineer! Yang nak tutup akaun facebook dengan blog kejadahnye?  Lagilah nampak salahahahahaha. Kan dah hilang sumber pendapatan iklan kat blog dari tahun 2009 kihkih. Dengan tindakan anda menutup segala-galanya akaun peribadi anda menunjukkan anda lah yang salah bukan salah cikgu tak ajar anda sampai pandai!

Tunjuk bontot punggung kang!