Monday 12 November 2012

Menu Bujang : Daging Goreng Kering

Ok. Salam Isnin bagi yang bekerja. Laporan trafik lancar pagi ni disebabkan cuti raya Deepavali + cuti sekolah + cuti midsem untuk budak universitinurhaliza eh? Diharapkan diberi cuti selama mungkin bagi melancarkan perjalanan ke tempat kerja kehkeh.

So, hari ni mari kita beralih topik dari panggung wayang ke dapur ye kawan-kawan. Al-maklumlah nampok beno tak cun aweks asip layan wayang je. Kalu bakal mentua gheti berblog, direct kansel nak hire jadik menantu ye dak? Sekali sekala mari kita mengasah bakat di dapur yang dah lama tak berasap ni. Hewhew. 


Kejadah memasak rasa seksi? Kehkeh.


Menu kita hari ni adalah Daging Goreng Kering. Hari Raya Korban yang lepas mak aku bagi satu plastik daging tapi baru semalam aku menggunakannya. Maafkan saya mak, bukan tak sudi cuma tak berkempatan nak ke dapur macam dapur itu satu kilometer jauhnya =.=

Masak-masak ni kira testing la sebab tak pernah masak lauk daging so kuantiti dia cukup-cukuplah untuk dua orang meratah dan beberapa ekor kucing mengambil bau hewhew. Aku terlupa nak ambik gambar daging sebelum dihiris nipis bila dah masuk kuali baru terfikir 'oh, nak update blog la aktiviti masak-masak arini' bisik hatiku kepada kucing. So bahan-bahannya adalah :

Daging
Bawang merah besar sebijik
Bawang putih seulas
Halia (kalau takda takpe je hihi)
Cili api
Sos tiram
Kicap Jalen
Lada sulah
Minyak masak
Nafsu makan


Ini bebawang dan cili yang telah dipotong.
Daging tak sempat snap le puleks.
Halia pun takda hewhew.

*     *     *     *     *

1. Pertama, hiris daging ikut banyak mana nafsu makan masa tu. Basuh sampai bersih, lepas tu gaul dengan garam dan kunyit sesuka sesedap rasa. Dah sekata, masuk dalam kuali panas tanpa minyak ya kawan-kawan!


Kira macam salai la sebab takde minyak kan.


2. Salailah daging tu sampai masak. Balikkan, golekkan, balingkan ikut gaya masakan anda yang tersendiri. Jangan lupa pastikan daging empuk dan tambah air kalau belum empuk. Kalau dah tambah air tapi tak empuk, sepuk sajalah daging itu ke dinding kehkeh.


Proses mengempukkan daging.


3. Sementara tunggu daging empuk, bolehlah ke pasar malam ataupun tengok wayang bersama kawan-kawan. Situasi ini boleh diamalkan jika gas dirumah habis dan terpaksa tunggu gas delivery sampai pheww. Aku tunggu adalah dalam sejam baru sambung masak balik kehkeh nampak kan dah lama tak masuk dapur kantoi sudeeyy.


Daging yang telah dimasak sampai empuk ya kawan-kawan.


4. Lepas tu, masuk daging tadi dalam kuali yang ada minyak dalam 2,3 sudu besar la kuantitinya. Nak masuk minyak dalam kuali yang sama pun takpe sebab aku tak marah pun kan. Hewhew. Goreng seketika daging dengan minyak tadi. Berapa ketika tu terpulang pada nafsu makan ya. Kalau tak sabar, seminit pun boleh.


Nampak minyak sikit kan? Tapi terbanyak pula maklumlah pertama kali lah sangat.


5. Bila agak-agak daging dah cun melecun, bolehlah masukkan segala bebawang dan cili yang telah dihiris tadi ye. Jangan lupa sos tiram, kicap Jalen, dan lada sulah. Campur dan goreng sampai bawangnya layu gitu.


Nampak tak sos tiram dgn kicap kat tengah tu.
Kuantiti sebati dengan bilangan daging.


6. Lepas tu, kacaulah sampai sebati dan masak secukup rasa dan bolehlah dimakan begitu saja. Tak perlu tambah garam sebab sos tiram dah melengkapkan rasa sekali dengan lada sulah tadi. Lagi sedap makan dengan nasi panas-panas gitu. Tapi aku makan macam tu je sebab malas nak masak nasi kehkeh. So, enjoy the orang bujang menu.


Daging Goreng Kering siap siaga untuk dimakan. Selamat mencuba!

Friday 9 November 2012

Let The Sky Fall Over..Me...

Macam biasalah..Jumaat hari yang paling best nak update blog sebab takde keje hewhew. Well, minggu yang agak pendek aku rasakan tapi padat. Intro pepanjang ni bosan lak so aku story straight to the point lah ye dak?

Isnin aritu aku layan wayang. Dan macam biasa, akan aku perincikan tatacara aktiviti macam yang sebelum ni manalah tau ada yang berminat nak tau tak payah susah-susah nak mengumpat baca je kat sini. Jaga-jaga ada yang merati!

Tarikh : 5 November 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Masa bertolak : 8.15 malam
Masa sampai : 8.50 malam
Durasi tontonan : 2 jam 30 minit
Lokasi : GSC Alamanda, Putrajaya
Ahli : Aku, Elly, Jaida, Fit
Cuaca : Tenang-tenang aja mbak!
Menu : Chicken meatball campur skali dgn mash potato

Daniel Craig - James Bond 007

*    *    *    *    *

Ok jalan cerita Skyfall ni aku rasa takde kaitan sangat dengan movie yang sebelum ni. Durasi selama 2 jam 30 minit memang terasa lama macam 4 jam sebab jalan cerita agak slow sejam yang pertama. Untuk sinopsis, James Bond (Daniel Craig) memula dalam misi nak menangkap sorang mamat ni tapi disebabkan keadaan memaksa, kawan sekerja dia terpaksa menembak secara rambang untuk jalan terakhir kalau tak dapat tangkap mamat tu dan nasib baik tak baik dia yang kena tembak.

Pastu saspen konon sebab ingat dia mati (tapi takkan senang macam tu ye dak kehkeh). Bond menghilangkan diri sebab frust tacing konon napa orang p tembak sama dia padahal dia dok syok romen comolot dengan aweks mana tah pastu tinggai hihihi.

Lepas tu macam biasalah tengah tacing tacing kenang nasib badan, tertengok berita kat tb3, ada serangan kat bandar sendiri, rasa nak kerja terpanggil balik. Kali ni misi berubah sebab orang yang dia nak tangkap mati jatuh tingkat 40 gamaknye. Misi berubah kepada menyelamatkan ketua jabatan, M (Judi Dench) yang memang tua gila dah weyh mampu berlakon lagi salute ah!


Nilah nenek M tu. Puas nak selamatkan last-last mati katak kehkeh.


Dalam masa yang sama, yang dok sibuk nak bunuh nenek ni anak nenek ni sendiri namanya Silva (Javier Bardem). Agak menarik watak dia ni sebab psiko macam Joker dalam Batman. Dan tak sangka ada orang sependapat dengan aku dah siap mekap lagi tew hewhew. 


Kalau dia jadik Joker memang best ah!


Si Bond ni lak terjatuh hati lak kat aweks Silva ni nama dia Severine (Berenice Marlohe) aku tak kenai pun tapinye.Watak Severine kejap je last-last mati katak gak kene tembak kat kepala lagi tu aisshh rugi je amik aweks cantik berlakon last-last mati kalau nenek tadi takpelah kehkeh.


Watak keluar dalam 10-15 minit cepat betoi mati hewhew.


Ada satu watak yang aku tertarik dalam Skyfall ni. Tengah syok-syok layan tetiba terperasan watak yang ganti nenek M tadi lepas mati adalah Mallory (Ralph Fiennes) dan dia adalah Vondelmort dalam Harry Potter. Pasaipa aku perasan? Sebab gigi dia sama kehkeh mestilah sama kan dah orang yang sama =.="


U-know-who hewhew

So dipendekkan cerita, asalnya nak tangkap Silva sebab dia nak bunuh M tapi M mati dulu sebab dah terkena tembakan sesat dan Silva mati sebab kena tikam dengan Bond last-last semua mati tinggal Bond dengan Voldemort untuk next mission! Macam tu jelah sekiannya...

*    *    *    *    *

Dan pada sebelah paginya dihari yang sama di atas jalan raya Kajang Silk di lorong kanan pada jam sekitar 7 pagi ke 7.30 pagi, Sagatron aku kena cium di bontot. Mungkin begitu seksi seksi sekali dipagi Isnin. Mungkin...Kereta Myvi belakang aku, Kia Forte belakang Myvi. Macam biasa lagi lah kan dah bawak kereta mahal bajet gila nak cucuk-cucuk kereta orang padahal tengah jem gila kan dah langgau dua kereta.

So terhegeh-hegehlah pergi balai kasik repot sama itu incik polis, mau kelim itu Forte punya insurans, mau pusing carik bengkel lagi habis separuh hari baru masuk ofis. Kecederaan Sagatron tak teruk mana mungkin sebab Sagatron nama diberi hewhew.


Ni Kia Forte yang langgau Myvi. Sangat sikit yang calar dalam bulatan merah tu je.


Ni belakang Myvi yang kene dengan Forte tadi. Kesiaann.

He He ni depan Myvi yang cium Sagatron aku. Siap melekat wooo..

Saja mark banyak-banyak konon teruk sangatlah kan kehkeh 
tapi still kena masuk bengkel gak sebab nak cat baru oh my sagatron

Pesanan penaja : Ternyata produk Proton segagah Transformer walaupun tingkap selalu bergegaarrr kehkeh. Jaga-jaga weyh ada je yang merati nih!