Friday 13 January 2012

Threesome. Eh, halal ke?

Minggu yang sibuk. Aaahhh..bukan sibuk dengan kerjaya. Tapi sibuk-sibuk hal orang. Haha. Boleh? Gua update sikit pasal current issues nowadays. Gua pasti lu orang semua tahu tentang situasi politik sekarang. Rimas weh. Berjuang untuk apa pun gua pun tak pasti. Yang didakwa pun dah bebas. Yang mahasiswa pun senyap je tiba-tiba. Sekarang apa pulak? Isu air yang semakin teruk lah yang perlu diperjuangkan. Ye dak? Bagi gua kalau lu orang nak masuk campur, fikir masak-masak okay. Jangan memudaratkan diri sudah.

Berbalik kepada tajuk entry gua yang lucah penuh dengan persoalan ni, gua khas buat entry ni sempena harijadi gua yang ke 24 tahun ni. 6th January 2012 Im already 24 dude! Harijadi gua jatuh hari Jumaat yang mulia. So, agak tidak sopan untuk menjalankan aktiviti yang lucah penuh dengan persoalan ni. Gua forward ke hujung minggu. Threesome? Yes. Defitnately yes. And its awesome! Gua layan aktiviti ni hari ahad. Kiranya macam hadiah sempena harijadi gua lah kan. Dari tengah hari sampai ke malam, non-stop gua cakap sama lu. Partner gua lagi 2 orang pun steady maa.. Lu layan je gambar ni.


See? Lu orang mesti tak percaya kan gua buat aktiviti lucah seronok ni. Gua bertiga je bhai... Dua gadis dengan seorang jejaka bhai... Lu mampu?Saja gua bagi lu orang saspen letak gambar nampak halkum je. Haha. Inilah aktiviti gua tu. Dah tua-tua bangka pun gua layan. Main kat CosmoWorld Times Square dengan member gua. Yang nampak halkum tu member kepada member gua. Amacam? Saspen sejuk-sejuk cicak dak? Kawan member gua tu datang masuk CosmoWorld masa kitaorang dah nak habis main dah. Tapi sebab nak join, beliau sanggup masuk begitu sahaja walapun main satu dua je.

Gua kemudian lantik beliau jadi tour guide tak bertauliah dan tak berbayar. Beliau bawak kitaorang jalan-jalan K.L naik MiniCopper yellow in colour... Tulah first time gua naik MiniCooper. Jakun gila! Lepas pusing-pusing, beliau bawak kitaorang makan kat Jusco Keramat kalau tak silap gua. Gua susah nak ingat tempat ni. Kalau ingat porno nombor gua senang. Biasalah Jusco, makan sizzling kat foodcourt jelah yang sedap.

Then, beliau bawak kitaorang naik Bukit Ampang (yeke?) nak bagi tengok satu K.L punye view. Siriyes weh. Walaupun gua dah bermastautin kat Bangi hampir 5 tahun, gua tak pernah jejakkan kaki kat situ. Lawa weh... KLCC pun boleh masuk mulut gua! Haha. Lu orang tengok gambar-gambar ni okay.

                   Hah! Nampak tak KLCC dalam mulut gua? Kenyang gua semalaman.

Lu orang nampak benda bercahaya kat tangga tu? Ada tulis kat situ, "Congratulations! You have reach the 50th stairs!". Siriyes time ni gua kaver mengah gua. Haha.

                        Dah sampai kat pintu gerbang puncak kasih. Eh? Puncak bukit.

                                                  KLCC macam pencungkil gigi dah.

              Ada macam skandal? Maaf tak boleh siarkan muka partner threesome. Haha.

                                             Gua berbadan biru sebiru otak gua. Eh?

And the best part is, gua dapat suprise dari member gua. Terharu sobs sobs. Dahla ada orang bawak jalan-jalan, dapat hadiah lagi nyah. Tak sangka gua dapat lagi kek even dah 24 tahun ni. Dan suprise yang gua dapat, memory card 8 gig for my new brand handphone. Siap memory card reader lagi bhai. Nilah suprise harijadi gua yang paling best sekali! Kepada teman-teman threesome seperjuangan gua, thanks a lot for giving me a sweet memory.

                                        Memory card 8 gig for Samsung Galaxy Wonder

                                               Kek pink Minnie Mouse 2 batang lilin.

                                               Moment terbaik!. Terimakasihdaunkeladi

Ada lagi hadiah dari yang tersayang. Nantikan!

Thursday 5 January 2012

Menetek Atas Bawah - 18SG ke 18 SX?

Sebelum lu orang meneruskan pembacaan mengenai topik lucah akademik yang akan gua bentangkan di sini, gua rasa macam nak ucap sepatah gua kata. Tahun sudah baru, hari baru, semua baru. Happy New Year lah kan? Gua tertanya-tanya, apa perlukah azam tahun baru? Post checklist azam tahun baru kat facebook bagi tahu satu dunia padahal yang post tu memang dah tahu itu bukan azam cumalah mencari publisiti murahan.

Terasa? Ini realiti. Sebab? Bagi gua, azam lu orang, lu tahu sendiri sudah apa yang lu orang nak dalam hidup. Itu perjanjian mati antara lu dengan kehidupan lu. Action speaks louder than words am I right? Ciss..gua speaking sudah. 

The next things, bagi gua lagi janganlah sesekali bagitahu orang azam lu yang tinggi sangat nak dicapai. Bukan gua nak memandang remeh tapi dah letak azam, lu orang kena fikir kenapa lu nak azam tu. Macam mana lu nak capai azam tu. Apa lu kena laburkan. Apa kesan kat orang sekeliling lu. Kalau lu orang post kemaen banyak lagi azam tapi at last none of the list you achieve, you are loser. Shame on you. Ciss. Speaking lagi. 

Contohnya, gua ada terbaca sikit checklist siapa entah, salah satunya nak senangkan parents bila dah kerja. Maksudnya nak bagi duit tiap bulan kat mak ayah. Dude, siriyesly, bukan senang nak buat macam tu bila dah pegang duit sendiri. Lu orang akan bergaduh dengan kata hati sendiri. Tak percaya, lu orang tunggu jelah masa tu nanti. 

Macam gua, gua tahu apa gua nak buat tahun ni tapi gua je tahu. Gua akan cuba dan kalau berjaya, gua bangga, kalau tak berjaya gua takdelah malu sangat kan? Azam baru sangat bagus tapi yang penting, how you gonna to achieve it not showing it. Gua benci bila gua speaking =.='

Berbalik kepada topik lucah akademik gua tadi, apa pendapat lu orang tentang menetek? Ya. Gua tahu. Benda pertama yang terlintas di fikiran lu orang mesti perempuan kan? Hooomaigod. Puhleaseee lah uols~. Why perempuan? Sang arjuna tiada empunyakah? Haha. Gua taknak lelebih. Nanti kena ban.

Straight to the point, topik ni gua tujukan kepada Midory Kaspersky. Ini bukan produk antivirus untuk laptop lu orang. Ini adalah kucing. Kucing rebutan manusia. Beliau tengah sarat mengandung dan bakal melahirkan dalam dua minggu lagi. Apa kaitan dengan topik lucah akademik gua? Semakin bunting seseekor kucing betina itu, semakin besar puting teteknya yang adalah lapan jumlah kesemuanya jika dikira. Dan sudah tentu anak-anak beliau nanti akan menetek dari atas ke bawah sebab ada lapan kan? Haha. Tulah info akademik tentang kucing yang kita belajar kali ni.