Thursday 24 May 2012

Masuk Dua Keluar Satu?

Oh hey guys. Long time no see. Gila vavi gua perasan. Macamlah ramai sangat yang baca blog gua nih kan. Eh, eh. Macam ramai. Bukan yang baca ikhlas. Tapi nak mempergunakan. Pfffttt~ What a pathetic action for a pathetic person. Right? Kalau nak menimbulkan kekacauan, oh please you bring along all the supported document okay. Don't just you stand up there and point your finger for others mistake that they didn't do?What the fcuk fish is this?? Zaman sekarang mana boleh cakap atas angin je bhai. Semua dah bijak pandai. All prove must in hardcopy understood? 

Macam nak tuntut mansuhkan semua pinjaman belajar. Susah konon dah habis belajar, belum dapat kerja tetap dah tanggung hutang keliling pinggang. (Bak kata abah gua, kalau hutang keliling pinggang,boleh patah pinggang tu. Dah patah,nak keliling mana pulak? Abah oh abah. Notty taw~ kahkah). Ok,berbalik kepada pinjaman. Uols nak mintak pinjaman dimansuhkan, mana segala bagai bukti uols guna duit pinjam tu untuk belajar semata. Semata-mata? Mana? Mana? Mana mata?? @.@

Dapat pinjaman 3k. Yuran 1k - 2k. Baki uols buat apa? Makan steamboat, night movie dgn cinta hati, topup sepam dua untuk kekasih hati, naik Broga Hill, check-in sana, check-in sini..haa apa lagi? Belum bulan kedua duit pinjaman dah habis then mintak mak ayah pulak (gua mengata diri sendiri nih! cilake) Mana boleh uols mintak macam tu. Dah pinjam kena bayar. Perjanjian pun tulis pinjaman bukan bantuan understood? Kalau ada bukti, tunjukla... Jangan tuntut macam tu ajeee ye dak?

Gua peminjam jugak. Gua memberontak jugak. Gua menyalahgunakan duit pinjaman jugak. Gua membazir jugak. Gua mengaku duit pinjaman gua buat bayar yuran je dan selebihnya kegunaan sendiri. Tapi gua takdelah nak mintak dimansuhkan. Gua cuma berharap sepenuh hati akan ada berita baik untuk peminjam-peminjam tegar macam gua nih. Untunglaaa~


Cukup sudah pasal pinjam dan menyalahkan orang lain. Entry gua kali ni uols rasa kotor ke? Blue ke kuning? Merah mungkin. Gua nak tacing sikit ni. Tajuk ni pasal mak abah gua. Kenapa masuk dua keluar satu? Bukan masuk satu keluar dua? Ooohh.. Lagi biru disitu ye. Kahkah.

Baru-baru ni Hari Ibu. Lepas tu Hari Guru. Dan menjelang nanti Hari Raya eh, silap. Hari Bapa. So gua nak konklusikan segala-galanya di sini. Hari Ibu mestilah untuk mak gua kan takkan gua pulak. Ciss. Hari Bapa untuk abah gua dan Hari Guru untuk mereka. Tulah maksud tajuk entry gua. Hari Ibu + Hari Bapa = Hari Guru. See? See the relationship? Told ya!

Gua rasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesuai sangat untuk mak abah gua. Hewhew.

Malaslah nak tulis apa gua rasa kat mak abah gua. Samalah macam uols rasa kat parents uols. Tak tertulis dek tangan,tak tergambar dek lukisan. Dek? What dek? Bahasa dulu kala kan. Gua pun pelik apa itu dek. Kahkah. Ok, bagi gua, mak abah gua adalah guru yang terbaik,terkenal, sepanjang zaman untuk gua dan adik-beradik gua dan kepada anak murid mereka yang lain. Tak percaya?? Datanglah Melaka, kalau abah gua pergi mana-mana, ada je yang tegur. Kalah artis noks! Mak gua low profile sikit,macam gua. Pfftt =.=''


Mak, abah dengan gua. Kecik-kecik muka gua dah berlagak. Patutlah..Kahkah. 
Maaf ekceli gambar abang gua ada kat kiri kanan tapi gua crop sebab gambar asal pun dah tercrop. 


Sweet gila gambar nih. Sepasang noks!


Walaupun gua penah kene rotan 1 meter dengan abah depan classmates sebab pergi raya sampai petang tak bagitau, walaupun gua penah kene rotan dengan mak gua guna hanger sampai patah sebab ponteng sekolah agama, sebab rotan tulah gua berjaya sampai sekarang!



See? Gua berjaya walaupun kene rotan manjang. =.=''

Entry nih untuk mak dengan abah (kalau bacelah) hikhik. Mak, abah, Selamat Hari Ibu Bapa dan Guru. Satu nafas punya wish. Love you both!



Thursday 17 May 2012

Naik Pangkat Dari Bawah Tanah Ke Tepi Jalan

Dulu gua kerja sebagai tukang paip. Sekarang gua dah naik pangkat. Bukan naik darjat. Gua nak mendabik dada pun gua tak sanggup sebab kerja baru gua tak lah tinggi mana. Pereka Jalanan je. Gua just nak bagitahu nama blog gua pun akan berubah seiring dengan kerjaya gua iaitu Pereka Jalanan. Nama baru ni akan ditukar mase next entry gua nanti. By the way....

Kalau gua ditawar menjadi pegawai polis, blog gua akan ditukar 'Seragam Keamanan'. (jilake cantik sungguh tajuk) 

Kalau gua ditawar menjadi guru, blog gua akan ditukar 'Punca Ilmu'.

Kalau gua ditawar menjadi jurutera, blog gua akan ditukar 'Buruh Kasar'.


Dan kalau gua ditawar menjadi isteri, blog gua akan ditukar 'Isteri Mengganas Mithali'. kahkah




Orang dah bayar gaji,kita kerja. Kalau dibayar tak kerja, duduk rumah lakukan 'tugas-tugas' isteri mithali ye.

Monday 7 May 2012

Ahli Kongsi Gelap




Waahh.. Agak lama gua tak jengah blog gua nih. Dashboard berbeza belaka! Mujur gua masih belum buta IT. Okaylah. Kekurangan masa dalam hidup gua semenjak dua menjak ni yang menyebabkan gua tidak memiliki masa hatta sesaat pun untuk bukak blog gua tapi bukak blog orang lain, gua banyak masa. 

Lumrah hidup sebagai orang gelandangan. Mencari ruang dan peluang untuk meneruskan keberlangsungan hidup. Sangat celaka manis gua guna bahasa baku. Macam nilah. Dipendekkan cerita, gua start blog gua ni masa gua kerja di company lama. Biarlah namanya dirahsiakan. Mungkin keberkatan hidup gua takde masa kerja kat situ,lepas gua angkat kereta baru tak sampai 2 bulan,lepas gua berpenat lelah tolong kewangan company tu,lepas keta gua eksiden langgar tak sempat lari, gua diberhentikan. Atas sebab yang...Ah! Memalukan. Lagi sekali ayat gua celaka manis.

Dipendekkan cerita lagi, gua menyalahkan takdir. Kenapa harus gua yang terima padah sebegini. Sungguh gua kufur nikmat masa gua diuji. Even gua tahu kalau kita diuji,tanda-Nya ingat kat kita. Malu gua nak ingat balik yang gua sangat kufur nikmat masa tu.

Seminggu gua menunggu nasib hidup gua yang takde arah. Gua golek ke kiri,ke kanan,ke kiri balik, masih di atas tilam. Dan alhamdulillah,setiap perkara yang jadik,ada hikmahnya. Gua dapat kerja di company yang lebih stabil, lebih memajukan diri gua dan yang penting,bangsa gua sendiri. Alhamdulillah sekali lagi.

Ok. Tajuk takda kaitan dengan intro. Gua nak introduce ahli kongsi gelap gua sebenarnya. Dalam diam gua produce group nih sebab gua tahu, hidup gua takkan lengkap tanpe kumpulan gua nih! Arrgghh.. Gua addict! Kahkah. Bila dah ada group,semangat ke-group-an sangat penting okay. Dan semangat tu gua panggil 'sisterhood'. Bila lu orang kesenangan, semangat inilah yang lu orang lupa dan bila lu orang kesusahan... Paham-paham sendirilah...Gua malas dah nak cakap panjang, nilah ahli kongsi gelap yang gua tubuhkan.

Nilah dua orang ahli kumpulan kongsi gelap gua.

Ada persamaan tak? Kahkah.


Kesimpulannya, gua suka adik adik gua yang suka menyibuk tak tentu hala. Gua harap, adik gua baca kikiki. Kepada adik lelaki gua, jangan terasa, next time gua letak gambar lu besaq besaq. Bangga la weh! Bangga!