Friday 1 November 2013

Sarkastik

Last aku update blog aku empat bulan yang lepas. Sebelum hari raya kalau tak silap aku. Fuhh..empat bulan jengah blog sendiri pon tak hingin memang tak ke mana la kan. Kenapa lah aku tak buat blog baru je setiap empat bulan. Konfem orang tak perasan.

Sedikit sarkastik ayat aku di situ. Ayat yang berlandaskan ciri-ciri sarkastik atau manusia yang bersifat sarkastik?


*     *     *     *     *


November sudah sekarang. Dah sampai penghujung tahun. 

'November please be nice to me'
'October please be nice to me'
'September please be nice to me' 'wake me up when september ends'
'August please treat me nicely'
'July please be nice to me'

Ok. Sampai Julai je since last post aku bulan Jun. Dari awal tahun dah mengharap tahun ni tahun yang terbaik. Dari bulan ke bulan pun masih mengharap. Mengharap bulan itu akan melayan kita dengan baik. Dah mengharap setiap bulan kalau tak buat apa-apa anjakan paradigma adakah bulan akan melayan kita dengan baik? Mungkin perlu mengharap setiap hari pulak.

'Isnin please don't me Monday blues to me'
'Tuesday you are so nice. Be nice'
'Wednesday please treat me nice also'
'Thursday will cheer me up'
'yeay Friday come to mama!'
'Saturday be nice weekend ok'
'herecome Sunday but please be nice to tomorrow'

Kalau tak menjadik jugak harapan, perlu buat setiap jam, setiap minit, setiap saat kalau mampu.

Sarkastik.


*     *     *     *     *


Bagi anak-anak main Ipad, main Tab terutama masa makan, masa luang di rumah. Nak bagi anak diam tujuannya. Maklum dah penat kerja mesti malas layan kerenah anak.

"Kenapa tak bawak anak main kat padang, beriadah dari main game je?"
"zaman sekarang tak boleh dah main kat luar nanti kene culik. Macam-macam kes dah sekarang. Bahaya!"

Memanglah. Memang penculik zaman sekarang suka culik budak-budak yang main kat luar walaupun mak ayah ada sekali. Walaupun mak ayah main sekali. Walaupun mak ayah berjaga-jaga. Penculik memang saja nak tunjuk kat mak ayah yang diaorang boleh culik tanpa halangan. Kalau boleh culik mak ayah sekali.

Sarkastik.


*     *     *     *     *


Umur bertambah. Pengalaman kerja selari jajarannya dengan umur maka seharusnya pengalaman juga bertambah so etika bekerja tu haruslah menebal di buah dada kan? Indeed, it is typical Malaysian's thought. Very typical.

"Eh, kau ada kerja tak sekarang? Sibuk tak?"
"adalah sikit aku kena siapkan arini jugak tapi takpe kot sebab bos tak mintak lagi ni so macam tak urgent kot. Aku tunggu bos mintaklah baru aku siapkan."

Memanglah. Memang bos bagi kerja tu dia tak kesah nak siapkan bila. Nak hantar bila. Kalau boleh tunggu bonus dapat baru la hantar mesti bos kagum sebab kau hantar lepas dapat bonus. Lagipun, bos bayar gaji memang untuk kita hantar kerja lambat.

Sarkastik.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

sarkastik ; bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang; kata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tuesday 18 June 2013

Kata Itu Aku Yang Kata

kadang-kadang aku lupa semuanya dah berubah sedangkan aku masih di takuk lama.. entah berapa lama aku tak berganjak.. termangu-mangu kebodohan sampai nak dimamah bumi? walau sebak di dada sakit hati di hulu, di hilirnya tak bertuan, setitis kekuatan entah dari mana aku mengharap ia datang...

megharap ia mampu membuat aku menggerakkan kaki melangkah.. selangkah dua cukup bermakna mungkin? selangkah dua yang mampu merubah segala benda? oh, sadis bentuk hidup aku..

selagi tidak diuji
selagi nikmat tidak ditarik
selagi belum jatuh,
selagi itulah akan mendabik dada
dada sekeping luas tak seberapa
menjengket kaki tinggi ke mana
semata nak bermegah mendongak ke langit sentiasa

hampir aku lupa langit yang aku dongak, langit yang aku dabikkan sekeping dada aku demi menayang secubit kemegahan punya si matahari

sinaran menyilaukan mata aku
memeritkan kulit aku
memedihkan sekeping dada aku
terjatuh lekas kaki yang aku jengket
terbongkok dada yang aku dabik
terpejam mata aku yang bongkak

terduduk aku menahan pedih si matahari

bila dah jatuh tersungkur, baru aku sedar sebesar mana diri aku.. mula berebut sujud meminta keredhaan Illahi.. baru aku tahu kedudukan diri di dunia..baik aku pilih untuk sujud sentiasa dari mendongak mendabik dada..aku harap sekeping dada aku dapat aku penuhkan dengan ilmu bekalan ke akhir nanti..wallahualam..

Tuesday 30 April 2013

Aku Si Pembuli

Macam seronok pulak bila satu kes buli kat sekolah diupload ke Youtube lepas tu orang share ramai-ramai kat Facebook lepas tu ada lagi kes buli sorang lawan lima belas orang gila kaw nak lawan macam mana dan lepas tu lagi yang terbaru ni budak perempuan pulak kena buli.

Aku tengok video tu dua minit je sampai baju kena selak dah tak larat mata mak noks nak tengok. Bukan apa, malu nak tengok sampai dah selak-selak baju dalam tu ish memanglah tak patut kan. What the hell are the students nowadays thinking? Nak buli macam tu tak macho langsung kot pheww~

Aku dulu pembuli jugak. Pernah jugak dibuli dan maybe sebab tu aku jadik pembuli kuikui. Tapi buli zaman dulu tak macam zaman sekarang. Macam tahapehapetah buli zaman sekarang ni. Pasal makwe, pasal pakwe, pasal mak andam eh? Lepas tu rakam, upload,kantoi. Hewhew.


*      *      *      *      *


Dipendekkan cerita, masa sekolah rendah aku bukan si pembuli cuma si kaki gaduh. Entah ape sebab tetiba jadik gangster kampung pulak kan. Siap tumbuk-tumbuk dengan budak lelaki lah, jumpa tepi longkang belakang tamanlah sebab tak puas hati, kena tahan tepi jalanlah, pheeww dasat gila aku sekolah rendah tapi alhamdulillah berjaya gak 5A UPSR (tetiba).

Masuk sekolah menengah, first time aku kena buli mase tingkatan satu. Hebat tak? Nak diikutkan mase tu memang sepatutnya aku nerd abislah kan sebab baru masuk. Aku pun tak tau kenapa aku dipanggil dan dibuli. Aku difahamkan sebab nama aku sama macam senior otai kat sekolah tu. Nadia Ishak konon nama yang digeruni la kan so aku dipanggil dan ditorture sebab disangka aku seotai yang senior tu tapi sesungguhnya aku tak bersalah  =.="

Dah la sekolah rendah aku kaki gaduh, kena buli sampai nak menangis memang tak lah kan kahkah.


*      *      *      *      *


Then, naik tingkatan dua aku kene panggil lagi sebab aku paling mencoba (kuang ajau) pergi kelas prep petang pakai sandal je padahal senior pakai kasut kihkih. Dekat 2 jam aku dinodai dileteri dengan senior sampai berpeluh dan selagi aku tak nangis dieorang tak puas hati kehkeh.

Naik tingkatan tiga dah mula pandai dah nak buli junior pulak kan. Aii pantang salah cakap memang nak kena dengan aku. Rase nak sepak je muke sape yang ade depan mata hewhew. Bila ingat balik macam jilake je perangai aku bhaha. Nak tunjuk samseng konon tapi nasib baik zaman aku takde henfon cecanggih nak rakam-rakam ni kalau tak malu mak noks muka masok internet kihkih.

Hujung tingkatan tiga aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang layak dibuang haha sebab asik nak membuli ke kirojenye. Naik tingkatan empat mohon masuk asrama balik dengan niat dah berubah padahal tak sebenarnya. Memang di dasar hati ade niat yang tak elok siap dah plan dengan member-member sekolah kalau dapat masuk nak panggil junior nak buli kuikui.

Nama memang dah familiar sangat dah kat cekgu disiplin. Sikit-sikit kena panggil lepas perhimpunan. Dan di pertengahan tingkatan empat kalau tak silap aku sekali lagi aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang sama atas sebab yang samelah asik nak buat hal je kan hewhew.

Lepas tu dah tak mohon dah masuk asrama. Aku jadik pelajar luar (outsider) je sebab nak SPM dan nak ke kelas tusyen senang. Alhamdulillah result SPM boleh dibanggakanla masa tu. Agaknya kalau aku tak membuli mesti result aku ok lepas tu aku belajar oversea lepas tu jalan-jalan negara Eropah amik-amik gambar masuk Facebook lepas tu entah ke mana aku kahkah.


*      *       *      *      *


Pesanan dari aku si pembuli:

Kepada pembuli di luar sana, hentikanlah perbuatan anda sebab tak membawa ape-ape faedah pon dalam hidup anda. Jangan nanti orang yang anda buli tu lagi hebat dari anda masa tu barulah tahu langit tinggi ke rendah. Dan pastikan kawan-kawan anda tak bawak henfon masa sesi membuli. Lol.

Kepada insan-insan yang pernah dibuli oleh aku dari kita berkenalan, terutamanya junior-juniorku kehkeh sudikanlah memaafkan diri ini sekiranya pembulian itu meninggalkan jasa kesan dalam hidup kalian.

Kepada pembuli yang membuli aku, terima kasih kerana memberi kenangan yang cukup terindah untuk aku kenang di alam persekolahan. 

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

Wednesday 10 April 2013

Terkejut Mak Noks

Aku terkejut sebab aku macam sibuk pulak sejak kebelakangan ni. Betul sibuk. Sibuk fikir nak makan ape hari ni, sibuk pilih baju nak pakai untuk hari esok, sibuk fikir 'eh orang sebelah ni macam lagi gemuk je dari aku', sibuk rancang aktiviti bulan depannya padahal bulan ni tak buat ape pun, sibuk nak tengok diri sendiri lagi bagus dari orang lain, sibuk konon nak buat bisnes. FFuuhh..sibuk gila aku ni.



Aku pun terkejut dalam kesibukkan aku ni sempat juga aku melayari internet untuk tengok isu-isu semasa di masa kini. Macam cilake bagus sangat la aku nak berbahasa baku kan. Ok, isu politik malas la nak cakap banyak. Cakap pun memang takkan abis la. Kang aku dok pung-pang-pung-pang sini sana nanti aku tak mengundi macam maki diri sendiri pulak kan. Memang lul abisss. Sesape yang dah ber-pung-pang pasal politik tu tunaikanlah tanggungjawab mengundi ya. Barulah suara pendapat anda diambil kira sekian terima kasih.




Aku macam terkejut sikitla sampai aku buat blog pun aku dipersalahkan sebab aku tak amik tau hal politik. Katenye, `name je ada blog, blog pasal politik bukan nak baca'. Maaf pada yang komen macam tu. Media maya macam blog ni la antara medium yang mudah nak pengaruh pemikiran orang. Dan ya aku tak baca blog-blog politik sebab aku taknak cemarkan pemikiran aku dengan kata-kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..kosong...




Hari ni aku lagi terkejut dengan video budak sekolah di Penang membelasah ketua tingkatan dengan gaya ala tomoi gittew. Rakyat mesia ni semua berbakat. Sekali dah buat salah memang mereka akan siasat sampai ke lubang hidung cacing. Memang stalk gila punya beb wa cakap sama lu. Video tu aku tak terkejut pun tengok cuma aku terkejut dengan kehidupan budak-budak sekolah tu bila penyiasat dah bongkarkan segala maklumat peribadi yang tertuduh.




Terkejut aku budak sekolah lagi dah minum air syaitonirrajim. Terkejut aku budak sekolah punya fesyen bangga bawak simbol kafirun. Terkejut aku budak sekolah punya bahasa tak melambangkan bahasa. Terkejut aku budak sekolah tu bangsa aku sendiri. Homaigad. Aku dah mula risau.

Apakah aku dah punya anak sendiri nanti akan jadik macam tu? 
- Mintak dijauhkan.

Apakah nak dipersalahkan mak bapak?
- Mak bapak mungkin tau mungkin tak tau.

Apakah mak bapak dah ajar tapi anak masih kurang ajar? 
- Mungkin tak segarang mak bapak dulu-dlu

Apakah nak disalahkan zaman yang makin moden sekarang?
- Mungkin ya, mungkin tidak.




Ya. Aku terkejut. Banyak lagi yang perlu aku terkejutkan cuma itulah isu yang paling aku terkejut. Dalam kesibukkan aku dengan rutin harian, macam tu rupanya gaya budak-budak zaman sekarang. Menakutkan. Sangat menakutkan. Kita tak ambil tahu tapi bila timbul isu macam ni baru terbuka isi mata otak semua siap melatah homakaw tekezut mak noks haaa tapi masih sempatkah nak merubah? Masih sempatkah nak menghalang? 

Dari kau togok air syaitonirrajim tu baik kau main konda kondi, ceper, galah panjang, baling selipar, batu seremban. Huh. Bukan kau tau pun nama mainan yang aku sebut tu. Bukan aku yang katak bawah tempurung sebab tak up-to-date macam kau tapi kau yang menyedihkan sebab tak rasa seronoknya zaman tanpa telefon pintar. 

Dulu aku merayap sampai petang tak balik abah aku carik siap bawak rotan kena sesah depan kawan-kawan. Kalau betul sebab rotan tu mampu betulkan anak-anak, aku akan terapkan nanti. Insyaallah.

Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

Friday 15 March 2013

Simpulkan Yang Tersimpul. Eh?

Salam Jumaat ya rakan-rakan seperjuangan sekelian. Walaupun kita tak berjuang secara fizikal, perjuangkan apa saja yang boleh di tempat sendiri hewhew. Ada aku jumpa status fb kawan aku, 'kakanda di medan perang, adinda di medan selera'. Itupun dikira berjuang ye dak? Hari ni aku nak ajak bersimpul bahasa sikit. Sebagai pembuka bicara, terimalah sepotong kek pantun dari aku;

Anak Dara Tersenyum Simpul,
Baru Selesai Bersanding Semalam,
Parang Saya Memangnya Tumpul,
Tetak Tak Luka Patah Di Dalam.

Haaa gittew dalam betul maksudnya ya. Mohon jangan sakiti hati sesama manusia di hari Jumaat ni. Ok straight to the point, let me explain a little bit about simpul. Cuba sebut lapan belas kali mungkin rasa tergeliat sikit lidah korang tapi jangan sampai tersimpul ye kehkeh.



Ini Popia Simpul hewhew
Sumber : Google


Simpul :- simpulan ikatan yang dibuat dengan tali dll, ~ hidup ikatan yang mudah diuraikan, ~ mati ikatan yang susah diuraikan - Kamus Pelajar Edisi Kedua.

So maksud simpul ni lebih kepada ikatan. Kalau digabungkan dengan bahasa jadikla simpulan bahasa atau ikatan bahasa. Bila bahasa dah diikat dengan ketat-ketat bukan macam sayang kaw ketat-ketat tu ye, makanya ada maksud yang tersirat dalam bahasa tu jadi kenalah kita menguraikan rambut bahasa yang diikat tadi. Dan apa pula yang jadik kalau simpulan bahasa digabungkan dalam satu masa dan diuraikan?

Mari kita lihat apa yang terjadik kehkeh.

"Kau ni Meon ada hati ke nak jadik ayam tambatan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni kaki bangku. Khabar angin pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan mulut tempayan. Sampai hati diorang serkap jarang pasal kau. Meon, kau buat-buat jela pekak badak ye. 

Ok. Sekarang mari kita menguraikan ikatan bahasa yang nampaknya sangat terikat di situ.

"Kau ni Meon mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan ke nak jadik orang yang menjadi harapan dalam pertandingan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni tidak berkebolehan bermain bola. Berita yang belum tahu benarnya pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan tidak dapat menyimpan rahsia. Tergamak melakukan sesuatu diorang membuat tuduhan tanpa usul periksa pasal kau. Meon, kau buat-buat jela kurang jelas pendengaran ye.

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini adalah simpulan bahasa agak penting terutamanya dalam menjawab karangan Bahasa Melayu SPM. Sebab utama adalah para calon boleh menjimatkan ruang kertas yang ada dan juga menjimatkan dakwat pen.

Kalau guna simpulan bahasa, dalam tiga perenggan je boleh membayangkan satu situasi. Kalau diuraikan maksud simpulan bahasa, sekali ganda perenggannye kau nak kena tulis panjang-panjang masa mana cukup weyh nak jawabnye pun aduii.

Sekian saja pembelajaran kita hari ini. Semoga berjumpa lagi

Friday 1 March 2013

Menyentuh Buah Itu

Tajuk yang agak menarik untuk hari ini. Hari Jumaat, penghulu segala hari, semalam adalah Khamis malam Jumaat, malam yang penuh keistimewaan ya makanya hari ini hari yang terbaik untuk kita membincangkan isu hari ini. Isu buah. Isu menyentuh buah itu. Buah apakah yang bermain difikiran kita? Buah itu yang perlu dirungkai.

Ok. Agak skema ayat aku di situ kehkeh. Berbalik kepada isu buah yang hendak disentuh hari ni, adakah sama pemikiran korang dengan pemikiran aku? Bila baca je tajuk, buah apakah yang terlintas secara siaran langsung difikiran korang? Hewhewhew.


Sumber : Google


Terpulang pada kreativiti masing-masing untuk merungkai buah itu. Tapi, aku nak menyentuh buah itu. Aku teringin nak menyentuh buah itu. Walaupun aku dah ada buah itu tapi aku nak berkongsi dengan korang untuk sama-sama kita menyentuh buah itu.

Ya, aku ingin memberikan buah fikiran untuk disentuh di sini. Buah fikiran aku tentang isu semasa untuk sama-sama kita mengkaji dan membogelkannya. Buah fikiran tulah yang aku nak berkongsi di sini. Walaupun banyak buah lain yang ada, tapi buah dada fikiran nilah yang aku nak sentuh di hari Jumaat ini.

Isu bantuan. Segala macam bantuan yang boleh dapat sekarang ni. Walaupun aku tak layak nak terima mana-mana bantuan dan aku pun tak mencuba untuk menipu bagi memohon bantuan tapi aku syukur bagi  pihak sesiapa yang dapat bantuan tu. Rejeki masing-masing ye dak.

Cuma, yang dalam pemerhatian aku, golongan seperti aku yang tak layak terima bantuan ni bersyukur bagi yang dapat bantuan, tapi bersyukurkah mereka sendiri yang dapat tu? Tergerak hati ni nak kongsi petikan dari kenalan fb (skema syall ayat aku pergh) yang berbunyi:

"Bantuan dah dapat, tapi nak beli itu je dah guna separuh, mana cukup nak beli itu ini yang lain".

Nampak? Ada sedikit ketidaksyukuran di situ. Penerima bantuan perlu memahami bantuan yang diberikan adalah untuk mengurangkan beban bukan untuk menghilangkan beban. So, kira ok la bantuan yang dapat tu at least 30% dari kos untuk menyambung kebelangsungan hidup dah ditanggung.

Dan perlu difahami zaman dulu, ok tak payah pergi jauh sangat ke zaman mak bapak kita. Pergi ke zaman aku belajar dah cukup bagus nak banding dengan zaman sekarang ni. Empat tahun yang lepas dengan pinjaman bukan biasiswa. Aku dengan kawan-kawan boleh je hidup sampai sekarang tanpa bantuan. Bukan kata bantuan, siap ada hutang lagi kau. Seriously, no offense. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sumber : Google


Jangan buat alasan benda simple macam ni. Nanti kemudian hari susah sikit tak boleh nak hadap sebab dah biasa mengharap bantuan je. Aku cuma mengeluarkan buah dada fikiran aku untuk dikongsi je. Mungkin aku salah, mungkin aku betul. Tapi, belajar untuk bersyukur. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Sampai di sini saja. Sehingga berjumpa lagi.

Thursday 21 February 2013

Tahukah Anda Tahu Ke?

Sumber : Google


Fakta : Tahukah anda bersin yang terlalu kuat akan mematahkan tulang rusuk, memutuskan pembetung darah di kepala atau leher dan boleh mengakibatkan kematian.

Auta : Dan tahukah anda jika bersin berkali-kali tanpa henti dengan kesan bunyi yang kuat akan mematahkan hati jiran sebelah dan boleh memutuskan ikatan silaturrahim.

Fakta : Tahukah anda 90% daripada debu yang terdapat di dalam rumah sendiri yang kita musykil dari mana datangnya debu padahal hari-hari menyapu sebenarnya adalah datang dari sel mati kulit kita sendiri.

Auta : Dan tahukah anda peratusan debu akan meningkat mendadak kepada 168% jika sel kulit mati bersatu padu dengan sel bulu mati dari kucing belaan anda.

Fakta : Tahukah anda badan manusia mempunyai bulu di hampir kesemua bahagian dan bulu yang paling cepat tumbuh adalah bulu hidung dan bulu telinga.

Auta : Dan tahukah anda jika anda menyimpan bulu-bulu tersebut terutama bulu pubis ketiak akan mengakibatkan kawan serumah / pasangan anda berbulu?

Fakta : Tahukah anda mulut yang mempunyai banyak bakteria adalah mulut kucing dan mulut kedua yang mempunyai banyak bakteria adalah mulut manusia.

Auta : Dan tahukah anda walaupun kucing bermulut kotor, sekurangnya mulut kucing tidak sebusuk mulut manusia yang berbau longkang menyampaikan cerita yang tidak sahih.


Sekian saja dari saya. Membawa fakta kepada auta. Sehingga berjumpa lagi.

Monday 4 February 2013

Tak Perlu

Sebulan jarak masa nak menulis kali ni.

Sebulan bersamaan tiga puluh hari.
Bersamaan tujuh ratus dua puluh jam.
Bersamaan empat puluh tiga ribu dua ratus minit.
Bersamaan dua juta lima ratus sembilan puluh dua ribu saat.

Masa itu emas. Emas itu harta. Harta itu tamak. Eh?

Ok. Tak perlu nak tunjuk pandai.

Tunjuk pandai, orang respek ke?
Tunjuk pandai, orang suka ke?
Tunjuk pandai, pandai sangat ke?

Ok. Tak perlu nak ke-ke sangat.

Kalau sakit, minta cepat sembuh.
Kalau mengada-ngada, minta buat-buat sakit.
Kalau nak buat sakit hati, minta ada-adakan cerita.

Ok. Tak perlu nak ber-propa-ganda.

Nak propa, tengok tempat.
Dah tau tempat, tengok orang.
Dah kenal orang, tengok diri sendiri.
Dalam bilik air ada cermin. Tisu tandas dah habis.

Ok. Tak perlu nak ajar secara perinci.

Takda teman, membatu, membisu.
Dah ada kawan, beramah terlebih mesra.
Untung badan gaji beribu.
Kerja pun tak berat mana.

Macam mengata diri sendiri.
Hai, terasa ke.

Ok. Tak perlu nak lebih-lebih.

Nak cari jodoh, cari yang baik.
Takde jodoh, cari yang lain.
Bukan jodoh, kalau dah kawin.
Urusan jodoh, jangan buat main.

Esok lusa sendiri terkena.
Nak salahkan siapa pulak?

Friday 4 January 2013

Pertama..Pertama..Pertama..

Macam pelik pulak kalau sebut pertama tu banyak kali hewhew. Pening kepala pun ada. Apa yang pertama sangat yang aku nak cerita kali ni? Pertama pertama pertama pertama pertama hahaha pelik tak?

Pertama sekali entry aku untuk tahun baru ni. Malas nak buat review pasal tahun lepas.

Pertama sekali review pasal wayang yang aku tengok tanpa maklumat terperinci.

Pertama sekali aku nak cerita pasal wayang yang aku tengok tu lah kan.

Pertama sekali wayang berbahasa cina aku tengok iaitu CZ12 oleh Jackie Chan.

Pertama sekali nak selit pesanan aku bakal 25 tahun lagi dua hari bahahahah.

Sumber : En. Google

Ok. Cukup sampai di situ saja yang sekian pertama sekalinya hewhew. So, sebenarnya nak cerita aku tengok CZ12 tu jela pada hari Rabu yang lalu lalang lepas. Dan baru aku tahu maksod CZ12 tu adalah 12 Chinese Zodiac. 

Bermaksod dalam cerita ni, mengisahkan seorang pencurik handal (Jackie Chan la kan dah cerita dia ye dak), diupah untuk mendapatkan atau mencuri 12 buah patung gangsa berbentuk kepala binatang seperti gambar di bawah yang mewakilkan setiap zodiak.


Sumber : En. Google

Patung-patung ni dibahagikan kepada orang kenamaan mat saleh masa zaman dulu kot lepas perang dengan China gitu gamaknye hewhew. Antara 12 patung ada yang dah dimiliki dan dijual. Ada jugak yang dipalsukan. Masa lelongan dijalankan, ada sorang cucu cicit ondet mat saleh yang terbunuh offer JC untuk tolong dia cari balik kat mana tok nek moyang dia mati. Nak bawak balik tulang temulang katanya.

Nak buat sup tulang mungkin.

JC tolonglah kan tapi dengan niat nak cari patung-patung tu sebenarnya. Kira macam sebagai alasan jela. Then, bila dah sampai tu, tulang temulang tok nek mat saleh tu ditemui dan pepatung tu pun ada tapi dua buah je. Siap bergaduh dengan lanun dari mane ntah muncul layankan aje haha.

Ondaway nak balik tu sempat diaorang bawak balik satu batang pokok balak dalam tu ada berjongkong-jongkong emas. Tarik guna kapal tapi last-last emas semua tenggelam sebab berat sangat. Masa tu kantoi dengan sorang aweks ni Coco namanya yang diaorang ni pencuri barang sejarah.

JC macam malu la sebab curi barang negara sendiri lepas tu jual kat orang lain. Dah sedar diri siketla kan lepas kantoi tu hewhew. Klimaks cerita ni, bila penjual patung ni nak buang kepala naga kat gunung berapi kalau takde siapa nak bida patung tu. Memang takde orang nak beli pun kan adoi haha.

So, JC yang dah sedar diri tadi datanglah selamatkan patung tu sebelum masuk ke dalam gunung berapi tu. Haa..macam mana JC selamatkan? P tengok wayang sana hahahah.

Ni part paling best tunjuk skill JC selamatkan diri dengan baju beroda lepas kantoi mencuri. Semua stunt buat sendiri okaayy. Memang real takde edit-edit punya! Hebak betul JC ni..Hebak!

Sumber : En Google

Ringkasan yang aku buat ni macam tak berapa kena sangat sebab banyak sangat adegan-adegan yang begitu pantas lantas tak mampu untuk aku selitkan dalam ingatan hewhew. Ada orang cakap ni last action movie dari JC. Sebab tu aku beriya tengok. Betul ke tidak, entahla ye dak?

Anyway, Selamat Tahun Baru 2012. Azam aku tahun ni, taknak berazam poyo sangat nanti tahun depan nak berazam lagi kehkeh. Will be 25 years in two days. Jubli Gangsa bak kata orang. Alhamdulillah.