Monday, 10 August 2015

Untitle

"kita kat dunia ni banyak jalan pilihan"
"mane-mane pun ade baik buruknye"

"tapi jalan tu jugak yang aku pilih"
"sekarang hadamla sorang-sorang"

"hidup ni untuk maju ke depan. yang dah lepas tu, biarlah"

"tapi asyik nak toleh ke belakang"
"mencari balik kenangan bahagia lama"
"ke belakang sangat mencari"

"bila dah jumpa, terasa balik bahagia yang lama tu"
"tapi sekarang kat masa depan, rasa tu tertinggal...hanyut...jauh..."

"sampai bila nak macam ni. hidup, gembira, semua hati yang tentukan"

"sapepon pun taknak di takuk yang lama"
"tapi hati macam tak boleh nak terima"

"kufur nikmat ke tandanya"

"kenapa dulu bagi rasa senang lepas tu disakitkan"
"manusia mmg macam tu. dah tak suka, buang"

"kegemaran semua, sebutir yang keluar"
"seribu butir percaya"

"kalau memang salah"
"manusia mmg kejenye buat salah"

"tapi layak ke manusia nak hukum manusia"

"hukum undang-undang ok"
"hukum pandangan?"

"pandangan hina, benci"
"layak ke diri tu"

"jangan fikir negatif. sayang la friendship tu"
"friendship?"

"rambut sama hitam, hati lain-lain"

"tak salah nak kongsi berita gembira"
"ajal maut jodoh bukan kuasa kita"

"ramai manapun kwn keliling kita"

"kalau Dia cakap, bukan jodoh kita"
"kalau Dia cakap, bukan masa kita"

"bukanlah"

"jangan tunding ke lain"

"tau dek tuan badan, tak ke sedih"

"tuan badan tak tau pun, jari yang tunding tu"
"tak sedih jugak ke"

"ape yang mintak dalam doa, dimakbulkan"
"bila dah makbul, susah hati pulak"

"terasa disia-siakan"

"ikhlaskanlah hati tu"
"baru tak susah hati"

"great soul suffer in silent"
[14:02:11]-[10:08:15]

Tuesday, 3 March 2015

Kisah Benar

September 2014.

Aku : Mak, stat bulan ni nurul tak bagi duit kat mak eh. Nak kumpul duit roadtax bulan 1 taon depan. Dah renew nanti sambung bagi.

Mak : Ok.


*          *          *          *         *

Ya. Itu kisah benar yang berlaku. Aku mintak kawtim dengan mak aku untuk saving duit bulanan yang aku asingkan untuk dia dan abah aku konon; kononnya nak buat renew roadtax kereta. 

Dan ya, mak aku tak kesah mungkin disebabkan mak abah aku bekerjaya dan memahami situasi anak mereka yang tak pandai berjimat ni. Pheww.

Namun, realitinya, walaupun aku tak bagi duit yang sepatutnya aku bagi kat mak abah aku, aku masih tak mampu asingkan duit untuk roadtax kereta. Ya, itu realitinya. Entah kenapa duit yang patut aku asingkan tu takde. Ke mana perginya tak pula diberitahu aku.

Lagi aku rasa duit makin tak cukup adalah. Kejap nak beli tu, kejap kena bayar tu. Eh, tiba-tiba ada hutang tak bayar lagi. Lampu kereta terbakar sebelah nak kena tukar. Macam-macam pulak benda jadik masa aku konon nak kumpul duit.

Akhirnya, duit memang tak terkumpul, gaji sebulan ribu-ribu tak cukup. Maka, terhegeh-hegeh, ternanti-nanti bonus hujung tahun juga untuk renew roadtax. Itu pun kalau ada bonus. Kalau takda, dekat mak abah jugakla aku meminjam.


*         *          *          *          *

Januari 2015

Ku terima kiriman gambar melalui aplikasi Whatsapp (ayat nak skema sikit) dari adik aku yang bongsunya tak menjadi. Dijadikan kesimpulan, gambar yang adik aku bagi tu menceritakan perasaan seorang anak yang nak bagi maknya duit tapi segan sebab hanya mampu bagi RM5 saja sebulan.

Nama pun mak, mana kesah amaun yang diberi. Asalkan anaknya bagi tanda ingatan kat dia, dah syukur baq ang, siap pakej doakan dimurahkan rezeki lagi. Katanya dalam cerita tu, lagi banyak dia bagi mak dia, lagi banyak dia dapat.

Sedikit sentap aku di situ. Adik aku yang tengah belajar dah berani sound hakak dia kan haha! Tapi, tulah kebenarannya. Sedikit sebanyak memberi jawapan kenapa duit yang aku patut bagi mak abah aku tapi tak bagi konon nak asing tapi tak dapat pun nak kumpul.

Ya. Itulah jawapannya.


*          *          *          *          *


Dan itulah pengajarannya untuk aku. Janganlah nak berkira sangat dengan family terutamanya mak abah kita. Walaupun aku tau gaji mak abah aku lagi banyak dari gaji aku, setakat yang aku mampu bagi bulanan tu tak boleh nak bayar balik jasa dieorang dok besaukan aku sampai la sekarang ni.

Kalaulah mak abah aku dok berkira dengan aku macam mana aku berkira dengan dieorang, tak tau nak cakap ape weh. Bila aku dah azam tak mau dah berkira dengan mak abah aku, walaupun duit gaji aku tinggal sikit, tapi aku dapat rasa beza hati aku rasa luas.

Dulu asal pegi cucuk duit rasa stress je sebab duit makin sikit (padahal ada duit). Kalut je pikir duit tinggal banyak mana. Sekarang ni perasaan tu dah berkurang. Mana aku ada, aku bagi je. Insyaallah mak abah aku doakan rezeki aku murah lagi. 

Kalau ada lebih lagi, aku belanja adik-adik aku. Mana tau dieorang pon doakan aku jugak nanti (aku harap-harap dieorang baca lah kihkih). Tip yang aku dapat dari kisah RM5 tadi:

1. Tak mampu bagi banyak, bagi sikit.
2. Segan nak bagi duit, beli barang keperluan dapur (gula,beras,etc.)
3. kalau tak mampu jugak, jangan susahkan dan sentiasa niat nak bantu satu hari nanti.


Bukan soal bagi berapa banyak, tapi soalnya, kita bagi ke tak?
It's not about the money, it's about the value of the money.

Wallahualam.,

Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan. 

Tuesday, 22 April 2014

Kisah Aku Yang Gemuk : Episod Perasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Simple je episod kali ni. Episod kali ini yang akan membincangkan faktor / perkara utama yang seratusduapuluhlimaperpuluhanempatsuku peratus akan membantutkan niat anda untuk mula berdiet.

Kenapa? Tak payah panjang lebar cakap. Aku bagi contoh jelah. Yang aku alami dan seharusnya niat aku terbantut. Herher.


*          *           *           *           *


Situasi 1:

Aku : Aku rasa aku gemuklah. Kena diet la macam ni baju semua dah tak muat ni.
Polan : Eh, tak la. Mane ade gemuk. Kau okay je. Seriously.Cube pakai baju yang baru beli haritu.
Aku : Ok aku dah pakai. Camne? Ok?
Polan : Laaa... okay sangat doe. Tak nampak gemuk pown. Dah2, takyah diet. Ok je ni.
Aku : Serius eh ok. Tak nampak gemuk kan. ( dah perasan dah )

--> Nampak tak permainan di situ? Penafian secara hormat oleh kawan secara langsung membantutkan niat asal untuk berdiet. Terutama pada ayat "tak nampak gemuk pown". Ya, di situlah penafian secara hormat di mana kita yang dah lebihan berat ni pun rasa syok, konfiden, tak bertempat yang kita ni tak gemuk. Pheww.

Situasi 2:

Polan : Wei nadia! Lame tak jumpe doe. Makin sihat kau skrg!
Aku : Ha-ha biaselah. Makan je mana tak sihat. Eh, aku gemuk eh? Seriusly jujur ok krik3
Polan : Eh, tak la. Mane ade gemuk. Kau okay jelah. Seriusly beb. Berat kau berapa skrg?
Aku : Aku rase dlm 78kg (hamekkau!). Tak gemuk ke weyh?
Polan : Laaa...tak nampak macam 78 doe. Ah, aku tacaye ah berat kau 78.
Aku : Betul..aku baru timbang semalam.
Polan : Tapi like seriously, kau tak nampak pun macam 78. Aku macam tacaye.
Aku : Yeke? Kire ok la ni kan? ( dah perasan dah )
Polan : Okaayy jeee..dah2 tak yah diet2 dah. Comel je macam ni.

--> Situasi kedua di nama kawan secara tak langsung menggalakkan lagi kita untuk makan dan terus makan dan melupakan niat untuk berdiet terutama pada ayat "tak nampak macam 78 doe". 

Tak nampak macam 78? Dah tu nak nampak macam berape baru nak kata kita ni gemuk? Pheeww.


Situasi 3:

Sumber : Google

Disebabkan Situasi 1 dan Situasi 2, membawa kepada Situasi 3. Ya. Perasan cantik. Sebab apa? Sebab dah dipuji 'tak nampak gemuk' dan 'tak nampak macam 78 pown' membawa kepada 'perasan cantik'.

This is the reason why when I looked at others, they will turn back their eyes or turn to the person next to me. 

This is the reason when I feel I'm good at dressing but at my back, others just laughing.

This is the reason why when I had crush to someone, they just even doesn't bother.

This is the reason.

Being confident is good but too confident is pitiful.

Kesimpulannya, janganlah perasan.
Janganlah perasan macam aku. Bukan salah kawan-kawan kita bila dieorang cakap macam tu. Mungkin sebab nak jaga hati tapi tolong jangan perasan macam aku. Sebab perasan lah aku makin menjadi-jadi. Jika anda dah mula rasa tak selesa dengan badan anda sendiri, mulakan. Jangan tanya pendapat orang lain. Ikut kata hati ok!

Sehingga berjumpa lagi!.

"People are not mirrors. They see you completely differently than the way you see yourself"

Wednesday, 9 April 2014

Kisah Aku Yang Gemuk : Episod Treadmill

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Allahuakbar. Pertama kali aku memulakan penulisan aku dengan kata-kata pujian kepada Allah. Betapa aku mendabik dada menulis tentang diri sendiri tanpa aku bersyukur dengan apa yang diberikan kepada aku dengan sesempurna pemberian. Alhamdulillah.


                                              *          *          *          *          *

Kisah aku yang gemuk : Episod Treadmill

Dua bulan. Dua bulan aku tinggalkan sambungan cerita gemuk ni. Baik tak payah cakap ada sambungan kalau dua bulan sekali baru nak cerita. Kehkeh. Okay. Mengimbas kembali kisah nasik lemak seringgit, hari tu aku berkesempatan singgah ke kedai mamak di ofis lama aku. Dapatlah aku mengenang kenangan bersama aku dengan nasik lemak seringgit tu.

Aku ucap terima kasih kat nasik lemak seringgit tu sebab dia lah yang menyedarkan tentang kegemukkan aku sepanjang perhubungan aku dengan dia. Aku turut meminta maaf kat dia sebab terpaksa putuskan hubungan dengan dia setelah dia berusaha menggembirakan perut aku.

Nasik lemak cakap dia tak kesah. Walaupun aku tinggalkan dia, masih ramai yang tergila-gilakan dia. Kenangan bersama dengan dia tak dapat ku lupakan dan aku sempat merakamkan sekeping gambar beliau untuk tatapan kalian semua.


Say 'hi' to nasik lemak seringgit

Inilah nasik lemak comel yang sering menggembirakan perut aku setiap pagi. Namun aku takde jodoh nak berjumpa dengan nasik ayam sebab aku datang pagi, nasik ayam tak siap pakai baju lagi. Datang kerja lambat mungkin. Hewhew. Ingat kawan-kawan, jangan disangka nasik lemak comel tak membahayakan ye.

Ok. Habis cerita nasik lemak. Berbalik kepada tajuk, kisah treadmill.

Bila dah clash dengan nasik lemak, aku mula menggatal nak dating dengan treadmill. High cost tak menjimatkan macam nasik lemak. Berat pulak tu, besar gabak tak comel macam nasik lemak. Nak bawak naik rumah kena guna kuasa kuda eh silap. Kuasa dua tiga orang lelaki. 

Kos mencecah ribuan. Aku tak kaya, sanggup ansuran bulanan kongsi dengan housemate. Nekad dalam hati bila dating dengan treadmill, nak pecahkan semua lemak kegembiraan yang aku dapat mase dating dengan nasik lemak, konon nak menghapus kenangan dengan nasik lemak. Nak bakar semuanya.

Nak dating dengan treadmill ada adab. Haa adab ye kawan-kawan jangan main belasah je sebab tu dia high cost. Pertama kali aku 'try' treadmill ni, aku naik, aku lari. Lari selaju yang boleh. Sebab nak cepat bakau lemak. Laju sangat sampai aku rasa orang jalan kaki sebelah aku pun boleh potong aku. Laju gila kan. Pheww.

Lima sepuluh minit, habis. Terbakau gila dah konon. Berpeluh gila basah kuyup konon. Puas hati konon. Keesokkannya aku sakit kepala. Rasa nak muntah tapi tak keluar. Loya. Aku tanya kawan, mungkin disebabkan aku 'try' treadmill ganas sangat, takde intro, takde warm up terus-terus lompat naik. Aku mungkin alami gegaran otak. Hamik kau. Tak ikut adab tulah makan dia.

Hari-hari seterusnya aku try treadmill dengan adab, jalan dulu, baru lari. Balik kerja, siap-siap terus naik treadmill. Nak kurus cepat. Tu yang housemate tak merasa pun asik aku je yang ganyang =.='. Betul-betul ni aku nekad ni. Tiap hari ni dating dengan treadmill.

Kononnya. Aku je yang nekad.

Tapi treadmill tak nekad pun.

Say 'hi' to treadmill
Sumber: Google




Treadmill tak punya kasih sayang macam nasik lemak. Sikit pun dia tak support aku walaupun aku nekad. Tak tolong pun aku lari laju-laju bila aku naik atas dia. Selalu je ade orang jalan kaki potong sebelah aku. Sebulan dua pertama je aku seronok dating dengan dia. Sebab dia tak bagi aku kegembiraan, aku frust dengan dia. 

Sebenarnya bukan dengan dia aku frust. 

Aku frust dengan diri sendiri. Gemuk. Lari anak lima minit pun tak mampu. Joging sepuluh minit dah pancit. Gigih bangun empat pagi semangat joging konon tapi aku tak mampu. Aku frust dengan diri sendiri pastu aku salahkan treadmill. Aku putuskan hubungan sementara dengan dia. Aku cakap bagi aku masa nak fikir panjang. 

Lama aku tinggalkan treadmill. Tempoh yang aku amik untuk fikir pasal hubungan kiteorang tu, tempoh tulah yang makin menaikkan berat badan aku seiring dengan menambahkan habuk atas treadmill. Maka, terbiarlah treadmill di sudut rumah sendirian tanpa perhatian dari aku. Sebab aku beralih arah kepada diet pemakanan pulak.

Haa.. Macam mane pulak aku tukau diet pemakanan aku nih? Apa yang aku makan? Berkesan ke diet pemakanan bila berkombinasi dengan treadmill? 

Nantikan cerita diet pemakanan dalam kisah aku yang gemuk di episod akan datang. (sebenarnye dah takde idea)

Hehe.

Thursday, 6 February 2014

Kisah Aku Yang Gemuk

Post pertama untuk tahun 2014. Sedih betul ada blog tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Tak dijaga dengan seeloknya. Sedih.

Umpama empunya kereta tapi tidak dibasuhnya sampai setahun. Habis comot.
Umpama empunya kucing tidak dimandikan selalu. Habis berdaki ketiaknya.
Umpama empunya hamster tak dibersihkan langsung. Habis baunya hancing.
Umpama empunya wang beribu tak dikongsi bersama keluarga,habis lagi terasa duitnya tiada.

Umpama mengata diri sendiri aku ni. Habis lari dari tajuknya.

Kisah aku yang gemuk.

Umumnya tahu aku gemuk. Dari dulu aku gemuk. Darjah empat berat aku menjangkau 40kg. Darjah empat = sepuluh tahun. Sekarang aku duapuluhenamtahun. Kalau dikira ikut nisbah berat aku sekarang 104kg.

Dahsyat!

Itu kalau dikira ikut nisbahlah. Tapi realitinya hampirlah. =.=''

2012 - 2013 : Sarapan aku nasi lemak seringgit. Masa tu aku fikir, "alah,nasi lemak seringgit je. Kecik je pun, sikit pulak tu. Takpe kalau makan, tak banyak lemak pun". Setiap kali makan aku akan bermonolog dalaman bagi menyedapkan hati apa yang aku makan tu tak memberi kesan.

Makan tengah hari aku nasi ayam. Nasi ayam singapore memang special. Selalu aku mintak ayam lebih nak bagi lagi kenyang padahal ayam lebih, nasi sekali lebih. Tanpa aku fikir kesan nasi ayam lagi tinggi dari nasi lemak. Maklumlah baru kerja merasa pegang duit sendiri. Nasi ayam sebungkus RM5 setiap hari apa kesah ye dak.

Nasi lemak..Nasik ayam..Nasi lemak..Nasi ayam..

Berlarutan berminggu-minggu-minggu-minggu tanpa rasa bosan kat anak tekak aku. Tanpa rasa sendat baju-baju yang dipakai. Tanpa aku sedar pipi dah mula gelebeh. Tanpa aku sedar perut dah mula membuncit. Makan...makan...dan terus makan...

Makan malam usah dicerita. Pokoknya sama je. Nasi goreng..nasi goreng..nasi goreng..

Sehinggalah rekod berat aku yang paling terbaik aku pernah pegang adalah 80kg. At the age of 25 years old, I'm holding a weight like a monster, I'm holding a weight like a man. Masa tu baru tersedar (konon) dah melebih berat badan. Terus berazam dalam hati dan sanubari 'I will not let my fat goes over 80kg!"

Padahal nak sedapkan hati bagi can 'boleh makan lagi ni belum 80kg' haha

Bersungguh betul ni nak kurangkan berat badan. Nak buat macam program weight loss. Sanggup installment beli threadmill sebab nak joging. Alasan balik keje lambat tak sempat nak joging kat taman. Housemate pun bagi support share installment tiap-tiap bulan padahal die tak selalu pun guna. 

Bagus sangat ke threadmill ni? Membantu ke nak kurangkan berat badan? Nantikan cerita threadmill dalam  Kisah Aku Yang Gemuk di episod akan datang. 

Hehe.


Friday, 1 November 2013

Sarkastik

Last aku update blog aku empat bulan yang lepas. Sebelum hari raya kalau tak silap aku. Fuhh..empat bulan jengah blog sendiri pon tak hingin memang tak ke mana la kan. Kenapa lah aku tak buat blog baru je setiap empat bulan. Konfem orang tak perasan.

Sedikit sarkastik ayat aku di situ. Ayat yang berlandaskan ciri-ciri sarkastik atau manusia yang bersifat sarkastik?


*     *     *     *     *


November sudah sekarang. Dah sampai penghujung tahun. 

'November please be nice to me'
'October please be nice to me'
'September please be nice to me' 'wake me up when september ends'
'August please treat me nicely'
'July please be nice to me'

Ok. Sampai Julai je since last post aku bulan Jun. Dari awal tahun dah mengharap tahun ni tahun yang terbaik. Dari bulan ke bulan pun masih mengharap. Mengharap bulan itu akan melayan kita dengan baik. Dah mengharap setiap bulan kalau tak buat apa-apa anjakan paradigma adakah bulan akan melayan kita dengan baik? Mungkin perlu mengharap setiap hari pulak.

'Isnin please don't me Monday blues to me'
'Tuesday you are so nice. Be nice'
'Wednesday please treat me nice also'
'Thursday will cheer me up'
'yeay Friday come to mama!'
'Saturday be nice weekend ok'
'herecome Sunday but please be nice to tomorrow'

Kalau tak menjadik jugak harapan, perlu buat setiap jam, setiap minit, setiap saat kalau mampu.

Sarkastik.


*     *     *     *     *


Bagi anak-anak main Ipad, main Tab terutama masa makan, masa luang di rumah. Nak bagi anak diam tujuannya. Maklum dah penat kerja mesti malas layan kerenah anak.

"Kenapa tak bawak anak main kat padang, beriadah dari main game je?"
"zaman sekarang tak boleh dah main kat luar nanti kene culik. Macam-macam kes dah sekarang. Bahaya!"

Memanglah. Memang penculik zaman sekarang suka culik budak-budak yang main kat luar walaupun mak ayah ada sekali. Walaupun mak ayah main sekali. Walaupun mak ayah berjaga-jaga. Penculik memang saja nak tunjuk kat mak ayah yang diaorang boleh culik tanpa halangan. Kalau boleh culik mak ayah sekali.

Sarkastik.


*     *     *     *     *


Umur bertambah. Pengalaman kerja selari jajarannya dengan umur maka seharusnya pengalaman juga bertambah so etika bekerja tu haruslah menebal di buah dada kan? Indeed, it is typical Malaysian's thought. Very typical.

"Eh, kau ada kerja tak sekarang? Sibuk tak?"
"adalah sikit aku kena siapkan arini jugak tapi takpe kot sebab bos tak mintak lagi ni so macam tak urgent kot. Aku tunggu bos mintaklah baru aku siapkan."

Memanglah. Memang bos bagi kerja tu dia tak kesah nak siapkan bila. Nak hantar bila. Kalau boleh tunggu bonus dapat baru la hantar mesti bos kagum sebab kau hantar lepas dapat bonus. Lagipun, bos bayar gaji memang untuk kita hantar kerja lambat.

Sarkastik.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

sarkastik ; bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang; kata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tuesday, 18 June 2013

Kata Itu Aku Yang Kata

kadang-kadang aku lupa semuanya dah berubah sedangkan aku masih di takuk lama.. entah berapa lama aku tak berganjak.. termangu-mangu kebodohan sampai nak dimamah bumi? walau sebak di dada sakit hati di hulu, di hilirnya tak bertuan, setitis kekuatan entah dari mana aku mengharap ia datang...

megharap ia mampu membuat aku menggerakkan kaki melangkah.. selangkah dua cukup bermakna mungkin? selangkah dua yang mampu merubah segala benda? oh, sadis bentuk hidup aku..

selagi tidak diuji
selagi nikmat tidak ditarik
selagi belum jatuh,
selagi itulah akan mendabik dada
dada sekeping luas tak seberapa
menjengket kaki tinggi ke mana
semata nak bermegah mendongak ke langit sentiasa

hampir aku lupa langit yang aku dongak, langit yang aku dabikkan sekeping dada aku demi menayang secubit kemegahan punya si matahari

sinaran menyilaukan mata aku
memeritkan kulit aku
memedihkan sekeping dada aku
terjatuh lekas kaki yang aku jengket
terbongkok dada yang aku dabik
terpejam mata aku yang bongkak

terduduk aku menahan pedih si matahari

bila dah jatuh tersungkur, baru aku sedar sebesar mana diri aku.. mula berebut sujud meminta keredhaan Illahi.. baru aku tahu kedudukan diri di dunia..baik aku pilih untuk sujud sentiasa dari mendongak mendabik dada..aku harap sekeping dada aku dapat aku penuhkan dengan ilmu bekalan ke akhir nanti..wallahualam..

Tuesday, 30 April 2013

Aku Si Pembuli

Macam seronok pulak bila satu kes buli kat sekolah diupload ke Youtube lepas tu orang share ramai-ramai kat Facebook lepas tu ada lagi kes buli sorang lawan lima belas orang gila kaw nak lawan macam mana dan lepas tu lagi yang terbaru ni budak perempuan pulak kena buli.

Aku tengok video tu dua minit je sampai baju kena selak dah tak larat mata mak noks nak tengok. Bukan apa, malu nak tengok sampai dah selak-selak baju dalam tu ish memanglah tak patut kan. What the hell are the students nowadays thinking? Nak buli macam tu tak macho langsung kot pheww~

Aku dulu pembuli jugak. Pernah jugak dibuli dan maybe sebab tu aku jadik pembuli kuikui. Tapi buli zaman dulu tak macam zaman sekarang. Macam tahapehapetah buli zaman sekarang ni. Pasal makwe, pasal pakwe, pasal mak andam eh? Lepas tu rakam, upload,kantoi. Hewhew.


*      *      *      *      *


Dipendekkan cerita, masa sekolah rendah aku bukan si pembuli cuma si kaki gaduh. Entah ape sebab tetiba jadik gangster kampung pulak kan. Siap tumbuk-tumbuk dengan budak lelaki lah, jumpa tepi longkang belakang tamanlah sebab tak puas hati, kena tahan tepi jalanlah, pheeww dasat gila aku sekolah rendah tapi alhamdulillah berjaya gak 5A UPSR (tetiba).

Masuk sekolah menengah, first time aku kena buli mase tingkatan satu. Hebat tak? Nak diikutkan mase tu memang sepatutnya aku nerd abislah kan sebab baru masuk. Aku pun tak tau kenapa aku dipanggil dan dibuli. Aku difahamkan sebab nama aku sama macam senior otai kat sekolah tu. Nadia Ishak konon nama yang digeruni la kan so aku dipanggil dan ditorture sebab disangka aku seotai yang senior tu tapi sesungguhnya aku tak bersalah  =.="

Dah la sekolah rendah aku kaki gaduh, kena buli sampai nak menangis memang tak lah kan kahkah.


*      *      *      *      *


Then, naik tingkatan dua aku kene panggil lagi sebab aku paling mencoba (kuang ajau) pergi kelas prep petang pakai sandal je padahal senior pakai kasut kihkih. Dekat 2 jam aku dinodai dileteri dengan senior sampai berpeluh dan selagi aku tak nangis dieorang tak puas hati kehkeh.

Naik tingkatan tiga dah mula pandai dah nak buli junior pulak kan. Aii pantang salah cakap memang nak kena dengan aku. Rase nak sepak je muke sape yang ade depan mata hewhew. Bila ingat balik macam jilake je perangai aku bhaha. Nak tunjuk samseng konon tapi nasib baik zaman aku takde henfon cecanggih nak rakam-rakam ni kalau tak malu mak noks muka masok internet kihkih.

Hujung tingkatan tiga aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang layak dibuang haha sebab asik nak membuli ke kirojenye. Naik tingkatan empat mohon masuk asrama balik dengan niat dah berubah padahal tak sebenarnya. Memang di dasar hati ade niat yang tak elok siap dah plan dengan member-member sekolah kalau dapat masuk nak panggil junior nak buli kuikui.

Nama memang dah familiar sangat dah kat cekgu disiplin. Sikit-sikit kena panggil lepas perhimpunan. Dan di pertengahan tingkatan empat kalau tak silap aku sekali lagi aku dibuang asrama bersama kawan seangkatan yang sama atas sebab yang samelah asik nak buat hal je kan hewhew.

Lepas tu dah tak mohon dah masuk asrama. Aku jadik pelajar luar (outsider) je sebab nak SPM dan nak ke kelas tusyen senang. Alhamdulillah result SPM boleh dibanggakanla masa tu. Agaknya kalau aku tak membuli mesti result aku ok lepas tu aku belajar oversea lepas tu jalan-jalan negara Eropah amik-amik gambar masuk Facebook lepas tu entah ke mana aku kahkah.


*      *       *      *      *


Pesanan dari aku si pembuli:

Kepada pembuli di luar sana, hentikanlah perbuatan anda sebab tak membawa ape-ape faedah pon dalam hidup anda. Jangan nanti orang yang anda buli tu lagi hebat dari anda masa tu barulah tahu langit tinggi ke rendah. Dan pastikan kawan-kawan anda tak bawak henfon masa sesi membuli. Lol.

Kepada insan-insan yang pernah dibuli oleh aku dari kita berkenalan, terutamanya junior-juniorku kehkeh sudikanlah memaafkan diri ini sekiranya pembulian itu meninggalkan jasa kesan dalam hidup kalian.

Kepada pembuli yang membuli aku, terima kasih kerana memberi kenangan yang cukup terindah untuk aku kenang di alam persekolahan. 

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, 10 April 2013

Terkejut Mak Noks

Aku terkejut sebab aku macam sibuk pulak sejak kebelakangan ni. Betul sibuk. Sibuk fikir nak makan ape hari ni, sibuk pilih baju nak pakai untuk hari esok, sibuk fikir 'eh orang sebelah ni macam lagi gemuk je dari aku', sibuk rancang aktiviti bulan depannya padahal bulan ni tak buat ape pun, sibuk nak tengok diri sendiri lagi bagus dari orang lain, sibuk konon nak buat bisnes. FFuuhh..sibuk gila aku ni.



Aku pun terkejut dalam kesibukkan aku ni sempat juga aku melayari internet untuk tengok isu-isu semasa di masa kini. Macam cilake bagus sangat la aku nak berbahasa baku kan. Ok, isu politik malas la nak cakap banyak. Cakap pun memang takkan abis la. Kang aku dok pung-pang-pung-pang sini sana nanti aku tak mengundi macam maki diri sendiri pulak kan. Memang lul abisss. Sesape yang dah ber-pung-pang pasal politik tu tunaikanlah tanggungjawab mengundi ya. Barulah suara pendapat anda diambil kira sekian terima kasih.




Aku macam terkejut sikitla sampai aku buat blog pun aku dipersalahkan sebab aku tak amik tau hal politik. Katenye, `name je ada blog, blog pasal politik bukan nak baca'. Maaf pada yang komen macam tu. Media maya macam blog ni la antara medium yang mudah nak pengaruh pemikiran orang. Dan ya aku tak baca blog-blog politik sebab aku taknak cemarkan pemikiran aku dengan kata-kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..kosong...




Hari ni aku lagi terkejut dengan video budak sekolah di Penang membelasah ketua tingkatan dengan gaya ala tomoi gittew. Rakyat mesia ni semua berbakat. Sekali dah buat salah memang mereka akan siasat sampai ke lubang hidung cacing. Memang stalk gila punya beb wa cakap sama lu. Video tu aku tak terkejut pun tengok cuma aku terkejut dengan kehidupan budak-budak sekolah tu bila penyiasat dah bongkarkan segala maklumat peribadi yang tertuduh.




Terkejut aku budak sekolah lagi dah minum air syaitonirrajim. Terkejut aku budak sekolah punya fesyen bangga bawak simbol kafirun. Terkejut aku budak sekolah punya bahasa tak melambangkan bahasa. Terkejut aku budak sekolah tu bangsa aku sendiri. Homaigad. Aku dah mula risau.

Apakah aku dah punya anak sendiri nanti akan jadik macam tu? 
- Mintak dijauhkan.

Apakah nak dipersalahkan mak bapak?
- Mak bapak mungkin tau mungkin tak tau.

Apakah mak bapak dah ajar tapi anak masih kurang ajar? 
- Mungkin tak segarang mak bapak dulu-dlu

Apakah nak disalahkan zaman yang makin moden sekarang?
- Mungkin ya, mungkin tidak.




Ya. Aku terkejut. Banyak lagi yang perlu aku terkejutkan cuma itulah isu yang paling aku terkejut. Dalam kesibukkan aku dengan rutin harian, macam tu rupanya gaya budak-budak zaman sekarang. Menakutkan. Sangat menakutkan. Kita tak ambil tahu tapi bila timbul isu macam ni baru terbuka isi mata otak semua siap melatah homakaw tekezut mak noks haaa tapi masih sempatkah nak merubah? Masih sempatkah nak menghalang? 

Dari kau togok air syaitonirrajim tu baik kau main konda kondi, ceper, galah panjang, baling selipar, batu seremban. Huh. Bukan kau tau pun nama mainan yang aku sebut tu. Bukan aku yang katak bawah tempurung sebab tak up-to-date macam kau tapi kau yang menyedihkan sebab tak rasa seronoknya zaman tanpa telefon pintar. 

Dulu aku merayap sampai petang tak balik abah aku carik siap bawak rotan kena sesah depan kawan-kawan. Kalau betul sebab rotan tu mampu betulkan anak-anak, aku akan terapkan nanti. Insyaallah.

Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

Friday, 15 March 2013

Simpulkan Yang Tersimpul. Eh?

Salam Jumaat ya rakan-rakan seperjuangan sekelian. Walaupun kita tak berjuang secara fizikal, perjuangkan apa saja yang boleh di tempat sendiri hewhew. Ada aku jumpa status fb kawan aku, 'kakanda di medan perang, adinda di medan selera'. Itupun dikira berjuang ye dak? Hari ni aku nak ajak bersimpul bahasa sikit. Sebagai pembuka bicara, terimalah sepotong kek pantun dari aku;

Anak Dara Tersenyum Simpul,
Baru Selesai Bersanding Semalam,
Parang Saya Memangnya Tumpul,
Tetak Tak Luka Patah Di Dalam.

Haaa gittew dalam betul maksudnya ya. Mohon jangan sakiti hati sesama manusia di hari Jumaat ni. Ok straight to the point, let me explain a little bit about simpul. Cuba sebut lapan belas kali mungkin rasa tergeliat sikit lidah korang tapi jangan sampai tersimpul ye kehkeh.



Ini Popia Simpul hewhew
Sumber : Google


Simpul :- simpulan ikatan yang dibuat dengan tali dll, ~ hidup ikatan yang mudah diuraikan, ~ mati ikatan yang susah diuraikan - Kamus Pelajar Edisi Kedua.

So maksud simpul ni lebih kepada ikatan. Kalau digabungkan dengan bahasa jadikla simpulan bahasa atau ikatan bahasa. Bila bahasa dah diikat dengan ketat-ketat bukan macam sayang kaw ketat-ketat tu ye, makanya ada maksud yang tersirat dalam bahasa tu jadi kenalah kita menguraikan rambut bahasa yang diikat tadi. Dan apa pula yang jadik kalau simpulan bahasa digabungkan dalam satu masa dan diuraikan?

Mari kita lihat apa yang terjadik kehkeh.

"Kau ni Meon ada hati ke nak jadik ayam tambatan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni kaki bangku. Khabar angin pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan mulut tempayan. Sampai hati diorang serkap jarang pasal kau. Meon, kau buat-buat jela pekak badak ye. 

Ok. Sekarang mari kita menguraikan ikatan bahasa yang nampaknya sangat terikat di situ.

"Kau ni Meon mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan ke nak jadik orang yang menjadi harapan dalam pertandingan pasukan bola sekolah? Semua orang tahu tau kau ni tidak berkebolehan bermain bola. Berita yang belum tahu benarnya pasal kau semua orang dah tau. Maklumlah semua kat sini kan tidak dapat menyimpan rahsia. Tergamak melakukan sesuatu diorang membuat tuduhan tanpa usul periksa pasal kau. Meon, kau buat-buat jela kurang jelas pendengaran ye.

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini adalah simpulan bahasa agak penting terutamanya dalam menjawab karangan Bahasa Melayu SPM. Sebab utama adalah para calon boleh menjimatkan ruang kertas yang ada dan juga menjimatkan dakwat pen.

Kalau guna simpulan bahasa, dalam tiga perenggan je boleh membayangkan satu situasi. Kalau diuraikan maksud simpulan bahasa, sekali ganda perenggannye kau nak kena tulis panjang-panjang masa mana cukup weyh nak jawabnye pun aduii.

Sekian saja pembelajaran kita hari ini. Semoga berjumpa lagi

Friday, 1 March 2013

Menyentuh Buah Itu

Tajuk yang agak menarik untuk hari ini. Hari Jumaat, penghulu segala hari, semalam adalah Khamis malam Jumaat, malam yang penuh keistimewaan ya makanya hari ini hari yang terbaik untuk kita membincangkan isu hari ini. Isu buah. Isu menyentuh buah itu. Buah apakah yang bermain difikiran kita? Buah itu yang perlu dirungkai.

Ok. Agak skema ayat aku di situ kehkeh. Berbalik kepada isu buah yang hendak disentuh hari ni, adakah sama pemikiran korang dengan pemikiran aku? Bila baca je tajuk, buah apakah yang terlintas secara siaran langsung difikiran korang? Hewhewhew.


Sumber : Google


Terpulang pada kreativiti masing-masing untuk merungkai buah itu. Tapi, aku nak menyentuh buah itu. Aku teringin nak menyentuh buah itu. Walaupun aku dah ada buah itu tapi aku nak berkongsi dengan korang untuk sama-sama kita menyentuh buah itu.

Ya, aku ingin memberikan buah fikiran untuk disentuh di sini. Buah fikiran aku tentang isu semasa untuk sama-sama kita mengkaji dan membogelkannya. Buah fikiran tulah yang aku nak berkongsi di sini. Walaupun banyak buah lain yang ada, tapi buah dada fikiran nilah yang aku nak sentuh di hari Jumaat ini.

Isu bantuan. Segala macam bantuan yang boleh dapat sekarang ni. Walaupun aku tak layak nak terima mana-mana bantuan dan aku pun tak mencuba untuk menipu bagi memohon bantuan tapi aku syukur bagi  pihak sesiapa yang dapat bantuan tu. Rejeki masing-masing ye dak.

Cuma, yang dalam pemerhatian aku, golongan seperti aku yang tak layak terima bantuan ni bersyukur bagi yang dapat bantuan, tapi bersyukurkah mereka sendiri yang dapat tu? Tergerak hati ni nak kongsi petikan dari kenalan fb (skema syall ayat aku pergh) yang berbunyi:

"Bantuan dah dapat, tapi nak beli itu je dah guna separuh, mana cukup nak beli itu ini yang lain".

Nampak? Ada sedikit ketidaksyukuran di situ. Penerima bantuan perlu memahami bantuan yang diberikan adalah untuk mengurangkan beban bukan untuk menghilangkan beban. So, kira ok la bantuan yang dapat tu at least 30% dari kos untuk menyambung kebelangsungan hidup dah ditanggung.

Dan perlu difahami zaman dulu, ok tak payah pergi jauh sangat ke zaman mak bapak kita. Pergi ke zaman aku belajar dah cukup bagus nak banding dengan zaman sekarang ni. Empat tahun yang lepas dengan pinjaman bukan biasiswa. Aku dengan kawan-kawan boleh je hidup sampai sekarang tanpa bantuan. Bukan kata bantuan, siap ada hutang lagi kau. Seriously, no offense. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sumber : Google


Jangan buat alasan benda simple macam ni. Nanti kemudian hari susah sikit tak boleh nak hadap sebab dah biasa mengharap bantuan je. Aku cuma mengeluarkan buah dada fikiran aku untuk dikongsi je. Mungkin aku salah, mungkin aku betul. Tapi, belajar untuk bersyukur. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Sampai di sini saja. Sehingga berjumpa lagi.

Thursday, 21 February 2013

Tahukah Anda Tahu Ke?

Sumber : Google


Fakta : Tahukah anda bersin yang terlalu kuat akan mematahkan tulang rusuk, memutuskan pembetung darah di kepala atau leher dan boleh mengakibatkan kematian.

Auta : Dan tahukah anda jika bersin berkali-kali tanpa henti dengan kesan bunyi yang kuat akan mematahkan hati jiran sebelah dan boleh memutuskan ikatan silaturrahim.

Fakta : Tahukah anda 90% daripada debu yang terdapat di dalam rumah sendiri yang kita musykil dari mana datangnya debu padahal hari-hari menyapu sebenarnya adalah datang dari sel mati kulit kita sendiri.

Auta : Dan tahukah anda peratusan debu akan meningkat mendadak kepada 168% jika sel kulit mati bersatu padu dengan sel bulu mati dari kucing belaan anda.

Fakta : Tahukah anda badan manusia mempunyai bulu di hampir kesemua bahagian dan bulu yang paling cepat tumbuh adalah bulu hidung dan bulu telinga.

Auta : Dan tahukah anda jika anda menyimpan bulu-bulu tersebut terutama bulu pubis ketiak akan mengakibatkan kawan serumah / pasangan anda berbulu?

Fakta : Tahukah anda mulut yang mempunyai banyak bakteria adalah mulut kucing dan mulut kedua yang mempunyai banyak bakteria adalah mulut manusia.

Auta : Dan tahukah anda walaupun kucing bermulut kotor, sekurangnya mulut kucing tidak sebusuk mulut manusia yang berbau longkang menyampaikan cerita yang tidak sahih.


Sekian saja dari saya. Membawa fakta kepada auta. Sehingga berjumpa lagi.

Monday, 4 February 2013

Tak Perlu

Sebulan jarak masa nak menulis kali ni.

Sebulan bersamaan tiga puluh hari.
Bersamaan tujuh ratus dua puluh jam.
Bersamaan empat puluh tiga ribu dua ratus minit.
Bersamaan dua juta lima ratus sembilan puluh dua ribu saat.

Masa itu emas. Emas itu harta. Harta itu tamak. Eh?

Ok. Tak perlu nak tunjuk pandai.

Tunjuk pandai, orang respek ke?
Tunjuk pandai, orang suka ke?
Tunjuk pandai, pandai sangat ke?

Ok. Tak perlu nak ke-ke sangat.

Kalau sakit, minta cepat sembuh.
Kalau mengada-ngada, minta buat-buat sakit.
Kalau nak buat sakit hati, minta ada-adakan cerita.

Ok. Tak perlu nak ber-propa-ganda.

Nak propa, tengok tempat.
Dah tau tempat, tengok orang.
Dah kenal orang, tengok diri sendiri.
Dalam bilik air ada cermin. Tisu tandas dah habis.

Ok. Tak perlu nak ajar secara perinci.

Takda teman, membatu, membisu.
Dah ada kawan, beramah terlebih mesra.
Untung badan gaji beribu.
Kerja pun tak berat mana.

Macam mengata diri sendiri.
Hai, terasa ke.

Ok. Tak perlu nak lebih-lebih.

Nak cari jodoh, cari yang baik.
Takde jodoh, cari yang lain.
Bukan jodoh, kalau dah kawin.
Urusan jodoh, jangan buat main.

Esok lusa sendiri terkena.
Nak salahkan siapa pulak?

Friday, 4 January 2013

Pertama..Pertama..Pertama..

Macam pelik pulak kalau sebut pertama tu banyak kali hewhew. Pening kepala pun ada. Apa yang pertama sangat yang aku nak cerita kali ni? Pertama pertama pertama pertama pertama hahaha pelik tak?

Pertama sekali entry aku untuk tahun baru ni. Malas nak buat review pasal tahun lepas.

Pertama sekali review pasal wayang yang aku tengok tanpa maklumat terperinci.

Pertama sekali aku nak cerita pasal wayang yang aku tengok tu lah kan.

Pertama sekali wayang berbahasa cina aku tengok iaitu CZ12 oleh Jackie Chan.

Pertama sekali nak selit pesanan aku bakal 25 tahun lagi dua hari bahahahah.

Sumber : En. Google

Ok. Cukup sampai di situ saja yang sekian pertama sekalinya hewhew. So, sebenarnya nak cerita aku tengok CZ12 tu jela pada hari Rabu yang lalu lalang lepas. Dan baru aku tahu maksod CZ12 tu adalah 12 Chinese Zodiac. 

Bermaksod dalam cerita ni, mengisahkan seorang pencurik handal (Jackie Chan la kan dah cerita dia ye dak), diupah untuk mendapatkan atau mencuri 12 buah patung gangsa berbentuk kepala binatang seperti gambar di bawah yang mewakilkan setiap zodiak.


Sumber : En. Google

Patung-patung ni dibahagikan kepada orang kenamaan mat saleh masa zaman dulu kot lepas perang dengan China gitu gamaknye hewhew. Antara 12 patung ada yang dah dimiliki dan dijual. Ada jugak yang dipalsukan. Masa lelongan dijalankan, ada sorang cucu cicit ondet mat saleh yang terbunuh offer JC untuk tolong dia cari balik kat mana tok nek moyang dia mati. Nak bawak balik tulang temulang katanya.

Nak buat sup tulang mungkin.

JC tolonglah kan tapi dengan niat nak cari patung-patung tu sebenarnya. Kira macam sebagai alasan jela. Then, bila dah sampai tu, tulang temulang tok nek mat saleh tu ditemui dan pepatung tu pun ada tapi dua buah je. Siap bergaduh dengan lanun dari mane ntah muncul layankan aje haha.

Ondaway nak balik tu sempat diaorang bawak balik satu batang pokok balak dalam tu ada berjongkong-jongkong emas. Tarik guna kapal tapi last-last emas semua tenggelam sebab berat sangat. Masa tu kantoi dengan sorang aweks ni Coco namanya yang diaorang ni pencuri barang sejarah.

JC macam malu la sebab curi barang negara sendiri lepas tu jual kat orang lain. Dah sedar diri siketla kan lepas kantoi tu hewhew. Klimaks cerita ni, bila penjual patung ni nak buang kepala naga kat gunung berapi kalau takde siapa nak bida patung tu. Memang takde orang nak beli pun kan adoi haha.

So, JC yang dah sedar diri tadi datanglah selamatkan patung tu sebelum masuk ke dalam gunung berapi tu. Haa..macam mana JC selamatkan? P tengok wayang sana hahahah.

Ni part paling best tunjuk skill JC selamatkan diri dengan baju beroda lepas kantoi mencuri. Semua stunt buat sendiri okaayy. Memang real takde edit-edit punya! Hebak betul JC ni..Hebak!

Sumber : En Google

Ringkasan yang aku buat ni macam tak berapa kena sangat sebab banyak sangat adegan-adegan yang begitu pantas lantas tak mampu untuk aku selitkan dalam ingatan hewhew. Ada orang cakap ni last action movie dari JC. Sebab tu aku beriya tengok. Betul ke tidak, entahla ye dak?

Anyway, Selamat Tahun Baru 2012. Azam aku tahun ni, taknak berazam poyo sangat nanti tahun depan nak berazam lagi kehkeh. Will be 25 years in two days. Jubli Gangsa bak kata orang. Alhamdulillah.

Thursday, 20 December 2012

Kupas, Dikupas, Mengupas, Terkupas.

Aku sebenarnya nak mengupas bawang eh, nak mengupas isu magic orang melayu tapi aku mendapati isu yang aku nak kupas secara mengupas hari ni macam lebih menarik je untuk dikupas. Perlukan sesuatu isu itu dikupas? Ataupun isu ini telah terkupas dengan sendirinya?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat:

Kupas :- mengupas 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), 2. mengkaji dan menghuraikan dengan teliti ( karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yang dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi, mengupaskan (...)

Mari kita bincangkan dengan lebih teliti lagi isu yang menjurus kepada vlogger ni. Vlogger adalah blogger video yang menggunakan video sebagai medium ber-blog untuk berkongsi atau menyampaikan maklumat. Vlogging adalah lebih simple you just need to talk or act or sing for about 5 to 10 minutes tanpa perlu taip panjang-panjang macam apa aku tengah buat ni phheww.




Ok. Isu utamanya adalah vlogger muda iaitu Tsara Nabilla yang mendapat kritikan hebat dari komentar-komentar YouTube. Aku tak pasni samada u'olls dah tengok video beliau di YouTube atau tak tapi aku dah tengok, komen-komen pun aku dah baca, feedback dari vlogger lain pun aku dah tengok, dan mari kita kupas mengupas.

*     *     *     *     *

1. Secara umumnya, video dia memang sedih. Dengan jujur dia habaq mai sambil nangis-nangis kat YouTube yang dia buat video tu just for fun sebab kena kutuk dengan komentar-komentar. Yelah, dia pun habaq mai dia takda kawan banyak..and maybe sebab tu dia buat video lepaih tuh upload and maybe dia sendiri yang p tengok video sendiri sebab seronok. Tapi sedih sebab dia tak mendalami apa itu vlogging dan apa itu Youtube dan kesan-kesan sampingannya.

With reference to all her videos uploaded on YouTube whereas the topics included Dunia Masa Kini - Zaman Remaja, Couple, Kawan-Kawan, Cita-cita- Hina, etc., aku rasa dia salah seorang budak sekolah yang nerd tapi kat sekolah banyak budak lain yang hot-hot stuffs meletops gittew u'ollss kau tau lah kan budak sekolah sekarang ni bergaya macam mana. Then, maybe dia nak join tapi kena rejek and dia meluahkan rasa hatinya di YouTube.

*     *     *     *     *

2. Berdasarkan komen-komen penonton YouTube, ramai yang agak tak berpuas hati sebab isu yang diketengahkan tak memberikan info atau pro and cons untuk penonton. Dan cara penyampaiannya tak menunjukkan keikhlasan untuk berkongsi cuma lebih kepada mengomel ngomel seorang diri tentang nasib sendiri yang tak pernah couple, yang dihina, yang tidak diajak untuk berjalan-jalan dengan kawan-kawan.

Sebab tu penonton di YouTube berasa video yang diupload adalah tak sepatutnya diupload. Mungkin sesuai untuk koleksi sendiri saja. Ada juga yang menekankan kewajipan menutup aurat di mana aku pun bersetuju.

Dan mungkin disebabkan dia masih status 'budak sekolah' maka perlunya ada yang membimbing dia berfikir sebelum membuat sesuatu. Ya. Mungkin silap dia rakam waktu azan..waktu orang mengaji..menyebabkan komentar YouTube begitu peka dengan tindakan dia dan merasakan videonya tak sepatutnya diupload tapi 50k gak view kehkeh.

*     *     *     *     *

3. Tak kurang jugak dengan komentar atau vlogger lain yang menyokong tindakan dia di mana memberi semangat untuk meneruskan perjuangan ber-vlogging dengan menerima kritikan dari penonton sebagai balapan (gitu sampai ayat aku hah!) untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui video. Yang buat video parodi tak ketinggalan jugak.

Cuma bagi pendapat aku, macam nilah, sekarang ni zaman IT. Everywhere you go, the internet won't leave you OR you won't leave the internet. Macam menghantui gitu. Nak tidur, check out FB dulu, nak keluar rumah, update lagi, dah sampai nak check-in pulak. Well, aku pun salah seorang yang dihantui dengan internet ni. Nak kata tak boleh hidup takde internet tu, takdelah sampai macam tu kaaannn. Hewhew. So senang sangat benda-benda tak elok ni nak tersebar kat internet dengan laju dan jayanya. Terlajak perahu boleh diundur....

*     *     *     *     *

So, sebagai generasi yang membesar dengan kelengkapan teknologi ni, pemikiran kita pun kenal seiringan jugak canggihnya. Mungkin budak tu just fikir untuk seronok je main upload-upload gitu nampak macam kiut kan. Nama pun budak, mesti dia tak mampu lagi nak fikir macam..

'eh, betul ke apa aku cakap ni'.
'eh, boleh ke aku upload ni'.
'eh, orang tak kutuk ke nanti'.
'eh, budak kelas tak tengok ke nanti'.

'eh, eh, eh.'

 Atau mungkin budak tu lupa perkataan 'eh' tu sendiri. =.=

Berbalik kepada internet tadi, aku setuju sangat ibu bapa yang bertanggungjawab memantau aktiviti anak-anak dengan internet. Macam adik aku sendiri darjah empat, dah pandai cari-cari video kat YouTube. Nasib baik lagu Najwa Latif je. Siap pakai headphone bagai. Kalau video lain? If you know what I mean lah kan hewhew.

Dan ya. Parents aku tak berapa alert sebab malas nak layan adik aku tu haha tapi kemungkinan jugak sebab diaorang sendiri tak tau sangat pasal internet ni dah tua kan. Dan aku lah yang me-warning adik aku jangan tengok YouTube je dan dah pesan jugak kat mak aku pantau sikit adik aku tu. Baik bagi tengok kartun limabelasjam dari main internet kan? Lainlah kalau parents zaman sekarang ni. Dah tau kesan-kesan internet ni haruslah pantau aktiviti anak-anak.

Eh, betul la. Aku rasa mak aku tak reti bukak YouTube.

Mungkin budak tu menyesal atau mungkin makin bersemangat untuk bervlogging siapa tau kan? Cuma aku bersetuju di mana dia harus wajib menutup aurat kalau nak menangis kat YouTube sekalipun. Dan aku rasa sebab penyampaiannya yang agak mengada sikit tu lah yang membuatkan komentar bukan main marah lagi.

"kalau tak suka, tak payahla tengok"

"tak pakai tudung tak semestinya jahat"

Dah nama pun YouTube, mestilah orang tengok. Orang tengok Kalau taknak orang tengok, marah-marah, kutuk-kutuk, jangan upload yang bukan-bukan. Kalau nak upload gak, hati kena kental nak baca komen-komen orang. Macam aku tulis kat sini pun mesti ada orang suka atau tak jugak. Itulah namanya berani buat berani tanggung.




Disebabkan awak budak-budak lagi, tak dapat nak fikir kesan-kesan yang datang macam sekarang ni, terpaksalah awak terima seadanya dengan hati terbuka. Kepada ibu bapa zaman teknologi di luar sana, pantaulah anak-anak anda. Bila dah jadik macam ni, nama parents gak yang buruk.

Tapi ada jugak parents dah pantau tapi anak yang degil. Nak salahkan siapa pulak?

Wednesday, 12 December 2012

I Don't Always Criticize, But When I Do..

Hello people. Let's write and read in English a little bit today for mind refreshing. It's been a long time for me to update here as the last topic was about daging goreng kering right? Oh, by the way, please correct me if my spelling is wrong. Hewhew.

Last week was very rough for me. Sabtu went to annual dinner at Kampung Pandan, Ahad bring my Sagatron to servis at Gombak, Isnin go back to Malacca just to bring back to KL my brother's car on Selasa. Pheeww.. What a week huh?? *tetiba rasa macam mat saleh-lah-sangat speaking siap nak huh-huh bagai* 

Ok. Back to the topic as mention above. Today I want to be a little bit serious. No no no no. Please not serious, why so serious? Maybe a little bit criticize. Yes. Criticize. Recrimination. Judgement. Excoriate. Castigate. Censure. 

*     *     *     *     *

1. Please. Kalau diterjemahkan please adalah sebagai meminta pertolongan. Ya. Meminta. Memberi lebih baik dari yang menerima. Bila dah meminta, akan menerima. Jika yang dipinta sudi memberi. Jadi, di sini  meminta dalam mengkritik sedikit mungkin. 

Please consume yourself into places where you are living. It doesn't matter your home-grown, your college, or even your house rent. Please don't treat yourselves like you are home alone but the fact, you accompanied by others. Have you thinking about others feeling?

Macam mana Malaysia nak bersatu kalau satu rumah nak bersatu pun tak mampu? Sudi ke nak memberi pertolongan yang diminta? Cuma minta tolong bekerjasama sikit je. Tak banyak pun. Tapi, tau sendirilah apa yang nak ditolong ye dak? 

*     *     *     *     *

2.  Please again. Yes. Indeed please will be the proper appeal to clear a certain situation. Ada orang cakap, umur dah banyak jumlahnya, perangai kenalah matang sikit banyak. Ada orang cakap, umur tu nombor je, hati sentiasa muda. Ada orang cakaplah...

But please, it just don't bother if you can behave your attitude even-tough you are aged and you want to feel young and be young - inside or you are young. Seriously, it just don't bother but please behave. It's quite annoying to saw drama swasta what-so-ever depan mata. Chooii.

Kalau dah berumur, nak comel-comel sangat, geli jugak. Kalau memang muda, gedik-gedik pulak tu, rimas jugak. Tapi tulah, behave yourselves based on situation. Contoh macam nak jumpa bos, komfem serius kan? Takkan nak selamba bapak kodok kau je pangil-panggil macam nak lepak kat mamak. Kan? Behave..Behave..

*     *     *     *     *


I Don't Always Criticize, But When I Do.. Someone Must Be Hurt

Monday, 12 November 2012

Menu Bujang : Daging Goreng Kering

Ok. Salam Isnin bagi yang bekerja. Laporan trafik lancar pagi ni disebabkan cuti raya Deepavali + cuti sekolah + cuti midsem untuk budak universitinurhaliza eh? Diharapkan diberi cuti selama mungkin bagi melancarkan perjalanan ke tempat kerja kehkeh.

So, hari ni mari kita beralih topik dari panggung wayang ke dapur ye kawan-kawan. Al-maklumlah nampok beno tak cun aweks asip layan wayang je. Kalu bakal mentua gheti berblog, direct kansel nak hire jadik menantu ye dak? Sekali sekala mari kita mengasah bakat di dapur yang dah lama tak berasap ni. Hewhew. 


Kejadah memasak rasa seksi? Kehkeh.


Menu kita hari ni adalah Daging Goreng Kering. Hari Raya Korban yang lepas mak aku bagi satu plastik daging tapi baru semalam aku menggunakannya. Maafkan saya mak, bukan tak sudi cuma tak berkempatan nak ke dapur macam dapur itu satu kilometer jauhnya =.=

Masak-masak ni kira testing la sebab tak pernah masak lauk daging so kuantiti dia cukup-cukuplah untuk dua orang meratah dan beberapa ekor kucing mengambil bau hewhew. Aku terlupa nak ambik gambar daging sebelum dihiris nipis bila dah masuk kuali baru terfikir 'oh, nak update blog la aktiviti masak-masak arini' bisik hatiku kepada kucing. So bahan-bahannya adalah :

Daging
Bawang merah besar sebijik
Bawang putih seulas
Halia (kalau takda takpe je hihi)
Cili api
Sos tiram
Kicap Jalen
Lada sulah
Minyak masak
Nafsu makan


Ini bebawang dan cili yang telah dipotong.
Daging tak sempat snap le puleks.
Halia pun takda hewhew.

*     *     *     *     *

1. Pertama, hiris daging ikut banyak mana nafsu makan masa tu. Basuh sampai bersih, lepas tu gaul dengan garam dan kunyit sesuka sesedap rasa. Dah sekata, masuk dalam kuali panas tanpa minyak ya kawan-kawan!


Kira macam salai la sebab takde minyak kan.


2. Salailah daging tu sampai masak. Balikkan, golekkan, balingkan ikut gaya masakan anda yang tersendiri. Jangan lupa pastikan daging empuk dan tambah air kalau belum empuk. Kalau dah tambah air tapi tak empuk, sepuk sajalah daging itu ke dinding kehkeh.


Proses mengempukkan daging.


3. Sementara tunggu daging empuk, bolehlah ke pasar malam ataupun tengok wayang bersama kawan-kawan. Situasi ini boleh diamalkan jika gas dirumah habis dan terpaksa tunggu gas delivery sampai pheww. Aku tunggu adalah dalam sejam baru sambung masak balik kehkeh nampak kan dah lama tak masuk dapur kantoi sudeeyy.


Daging yang telah dimasak sampai empuk ya kawan-kawan.


4. Lepas tu, masuk daging tadi dalam kuali yang ada minyak dalam 2,3 sudu besar la kuantitinya. Nak masuk minyak dalam kuali yang sama pun takpe sebab aku tak marah pun kan. Hewhew. Goreng seketika daging dengan minyak tadi. Berapa ketika tu terpulang pada nafsu makan ya. Kalau tak sabar, seminit pun boleh.


Nampak minyak sikit kan? Tapi terbanyak pula maklumlah pertama kali lah sangat.


5. Bila agak-agak daging dah cun melecun, bolehlah masukkan segala bebawang dan cili yang telah dihiris tadi ye. Jangan lupa sos tiram, kicap Jalen, dan lada sulah. Campur dan goreng sampai bawangnya layu gitu.


Nampak tak sos tiram dgn kicap kat tengah tu.
Kuantiti sebati dengan bilangan daging.


6. Lepas tu, kacaulah sampai sebati dan masak secukup rasa dan bolehlah dimakan begitu saja. Tak perlu tambah garam sebab sos tiram dah melengkapkan rasa sekali dengan lada sulah tadi. Lagi sedap makan dengan nasi panas-panas gitu. Tapi aku makan macam tu je sebab malas nak masak nasi kehkeh. So, enjoy the orang bujang menu.


Daging Goreng Kering siap siaga untuk dimakan. Selamat mencuba!