Thursday, 5 January 2012

Menetek Atas Bawah - 18SG ke 18 SX?

Sebelum lu orang meneruskan pembacaan mengenai topik lucah akademik yang akan gua bentangkan di sini, gua rasa macam nak ucap sepatah gua kata. Tahun sudah baru, hari baru, semua baru. Happy New Year lah kan? Gua tertanya-tanya, apa perlukah azam tahun baru? Post checklist azam tahun baru kat facebook bagi tahu satu dunia padahal yang post tu memang dah tahu itu bukan azam cumalah mencari publisiti murahan.

Terasa? Ini realiti. Sebab? Bagi gua, azam lu orang, lu tahu sendiri sudah apa yang lu orang nak dalam hidup. Itu perjanjian mati antara lu dengan kehidupan lu. Action speaks louder than words am I right? Ciss..gua speaking sudah. 

The next things, bagi gua lagi janganlah sesekali bagitahu orang azam lu yang tinggi sangat nak dicapai. Bukan gua nak memandang remeh tapi dah letak azam, lu orang kena fikir kenapa lu nak azam tu. Macam mana lu nak capai azam tu. Apa lu kena laburkan. Apa kesan kat orang sekeliling lu. Kalau lu orang post kemaen banyak lagi azam tapi at last none of the list you achieve, you are loser. Shame on you. Ciss. Speaking lagi. 

Contohnya, gua ada terbaca sikit checklist siapa entah, salah satunya nak senangkan parents bila dah kerja. Maksudnya nak bagi duit tiap bulan kat mak ayah. Dude, siriyesly, bukan senang nak buat macam tu bila dah pegang duit sendiri. Lu orang akan bergaduh dengan kata hati sendiri. Tak percaya, lu orang tunggu jelah masa tu nanti. 

Macam gua, gua tahu apa gua nak buat tahun ni tapi gua je tahu. Gua akan cuba dan kalau berjaya, gua bangga, kalau tak berjaya gua takdelah malu sangat kan? Azam baru sangat bagus tapi yang penting, how you gonna to achieve it not showing it. Gua benci bila gua speaking =.='

Berbalik kepada topik lucah akademik gua tadi, apa pendapat lu orang tentang menetek? Ya. Gua tahu. Benda pertama yang terlintas di fikiran lu orang mesti perempuan kan? Hooomaigod. Puhleaseee lah uols~. Why perempuan? Sang arjuna tiada empunyakah? Haha. Gua taknak lelebih. Nanti kena ban.

Straight to the point, topik ni gua tujukan kepada Midory Kaspersky. Ini bukan produk antivirus untuk laptop lu orang. Ini adalah kucing. Kucing rebutan manusia. Beliau tengah sarat mengandung dan bakal melahirkan dalam dua minggu lagi. Apa kaitan dengan topik lucah akademik gua? Semakin bunting seseekor kucing betina itu, semakin besar puting teteknya yang adalah lapan jumlah kesemuanya jika dikira. Dan sudah tentu anak-anak beliau nanti akan menetek dari atas ke bawah sebab ada lapan kan? Haha. Tulah info akademik tentang kucing yang kita belajar kali ni.

Friday, 23 December 2011

Kenikmatan Malam Jumaat

Lama juga gua tak update blog gua nih. Disebabkan kelambatan itu, gua akan pastikan entry kali ini adalah lucah menarik sekali. Ada apa dengan malam Jumaat? Atau kata lainnya pada waktu malam Khamis jam 10 malam dan ke atas iaitu 2 jam sebelum jam 12 malam nak memasuki pagi Jumaat. Ya. Tulah makna malam Jumaat.

Apa lu orang terfikir bila baca malam Jumaat? As a typical Malaysian, I do believe uols fikir malam ni khas untuk yang dah kahwin. Its ok. Adalah normal untuk kita berfikir macam tu. Tipulah kalau lu orang cakap "Euuww.. Tak terlintas pun taww". Gelieeww la kiteeww nak cakap pasal ni". Ok. Tu memang nampak menipu.

Straight to the point. Gua ada pernah terbaca kat mana entah, ada orang persoalkan kenapa setiap kali Khamis malam Jumaat aje nak dikaitkan dengan aktiviti berumahtangga? Kenapa kalau Jumaat pagi tu nampak penat sikit je, orang akan sound "Berape round malam tadi Kiah ooii letih benau gamaknye". 

Ada sesetengah orang tak berapa setuju dengan fakta macam ni. Ada yang kata tak semestinya macam ni. Tapi bagi gua, ada serba sedikit kebenarannya tentang fakta Khamis malam Jumaat ni. Siriyes. Gua dah buat eksperimen dah. Bukan eksperimen mengaplikasikan aktiviti tersebut ya. Eksperimen kesan-kesan Khamis malam Jumaat ni.


1. Semakin sejuk suhu Khamis malam Jumaat, semakin lengang kondisi trafik pagi Jumaat.

Sebab: Ramai yang menikmati suhu sejuk dengan sepenuhnya menyebabkan lambat bangun pagi.

2. Semakin lengang kondisi trafik pagi Jumaat, semakin dahsyat trafik petang Jumaat.

Sebab: Ramai yang masuk kerja lambat disebabkan kesedapan suhu Khamis malam Jumaat dan terpaksa balik lambat untuk topup masa yang masuk lambat tadi.

3. Semakin orang sibuk dengan suhu Khamis malam Jumaat yang nikmat, semakin yang lupa nak pergi sembahyang Jumaat.

Sebab: Buat-buat lupa la tu. Penat katanya. =.=''


Siriyes. Kalau lu rasa lu tak nak pergi sembahyang Jumaat, lu tak payah pakai baju melayu segak nak bagai padahal orang lain tengah dengar khutbah, lu orang bantai nasi ayam saing-saing gegadis yang lain.