Thursday, 17 May 2012

Naik Pangkat Dari Bawah Tanah Ke Tepi Jalan

Dulu gua kerja sebagai tukang paip. Sekarang gua dah naik pangkat. Bukan naik darjat. Gua nak mendabik dada pun gua tak sanggup sebab kerja baru gua tak lah tinggi mana. Pereka Jalanan je. Gua just nak bagitahu nama blog gua pun akan berubah seiring dengan kerjaya gua iaitu Pereka Jalanan. Nama baru ni akan ditukar mase next entry gua nanti. By the way....

Kalau gua ditawar menjadi pegawai polis, blog gua akan ditukar 'Seragam Keamanan'. (jilake cantik sungguh tajuk) 

Kalau gua ditawar menjadi guru, blog gua akan ditukar 'Punca Ilmu'.

Kalau gua ditawar menjadi jurutera, blog gua akan ditukar 'Buruh Kasar'.


Dan kalau gua ditawar menjadi isteri, blog gua akan ditukar 'Isteri Mengganas Mithali'. kahkah




Orang dah bayar gaji,kita kerja. Kalau dibayar tak kerja, duduk rumah lakukan 'tugas-tugas' isteri mithali ye.

Monday, 7 May 2012

Ahli Kongsi Gelap




Waahh.. Agak lama gua tak jengah blog gua nih. Dashboard berbeza belaka! Mujur gua masih belum buta IT. Okaylah. Kekurangan masa dalam hidup gua semenjak dua menjak ni yang menyebabkan gua tidak memiliki masa hatta sesaat pun untuk bukak blog gua tapi bukak blog orang lain, gua banyak masa. 

Lumrah hidup sebagai orang gelandangan. Mencari ruang dan peluang untuk meneruskan keberlangsungan hidup. Sangat celaka manis gua guna bahasa baku. Macam nilah. Dipendekkan cerita, gua start blog gua ni masa gua kerja di company lama. Biarlah namanya dirahsiakan. Mungkin keberkatan hidup gua takde masa kerja kat situ,lepas gua angkat kereta baru tak sampai 2 bulan,lepas gua berpenat lelah tolong kewangan company tu,lepas keta gua eksiden langgar tak sempat lari, gua diberhentikan. Atas sebab yang...Ah! Memalukan. Lagi sekali ayat gua celaka manis.

Dipendekkan cerita lagi, gua menyalahkan takdir. Kenapa harus gua yang terima padah sebegini. Sungguh gua kufur nikmat masa gua diuji. Even gua tahu kalau kita diuji,tanda-Nya ingat kat kita. Malu gua nak ingat balik yang gua sangat kufur nikmat masa tu.

Seminggu gua menunggu nasib hidup gua yang takde arah. Gua golek ke kiri,ke kanan,ke kiri balik, masih di atas tilam. Dan alhamdulillah,setiap perkara yang jadik,ada hikmahnya. Gua dapat kerja di company yang lebih stabil, lebih memajukan diri gua dan yang penting,bangsa gua sendiri. Alhamdulillah sekali lagi.

Ok. Tajuk takda kaitan dengan intro. Gua nak introduce ahli kongsi gelap gua sebenarnya. Dalam diam gua produce group nih sebab gua tahu, hidup gua takkan lengkap tanpe kumpulan gua nih! Arrgghh.. Gua addict! Kahkah. Bila dah ada group,semangat ke-group-an sangat penting okay. Dan semangat tu gua panggil 'sisterhood'. Bila lu orang kesenangan, semangat inilah yang lu orang lupa dan bila lu orang kesusahan... Paham-paham sendirilah...Gua malas dah nak cakap panjang, nilah ahli kongsi gelap yang gua tubuhkan.

Nilah dua orang ahli kumpulan kongsi gelap gua.

Ada persamaan tak? Kahkah.


Kesimpulannya, gua suka adik adik gua yang suka menyibuk tak tentu hala. Gua harap, adik gua baca kikiki. Kepada adik lelaki gua, jangan terasa, next time gua letak gambar lu besaq besaq. Bangga la weh! Bangga!