Friday, 8 June 2012

Bisikan Malam Pertama

Entah kenapa tajuk ni yang keluar dari kepala bila gua bukak je blog gua nih. Mungkinkah kerana malam tadi malam Jumaat? Atau mungkinkah gua je yang terfikir begitu? Atau mungkinkah sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni empat menjak lima menjak ni, ramai kengkawan gua yang dah membina mesjid. Hewhew. Gua dah gelak gatal dah nih kahkah. Tapi sebelum tu kenapa dua tiga menjak? Apa itu menjak? Gua google 'menjak' kat kamus dewan online. Menjak  bersamaan dengan; mulai,sejak,semenjak. Ok, mari tukar ayat gua tadi:

1. ...sebab sejak dua sejak tiga sejak empat sejak lima sejak...
2. ...sebab mulai dua mulai tiga mulai empat mulai lima mulai...
3. ...sebab semenjak dua semenjak tiga semenjak empat semenjak lima semenjak...

See? Agak kekok disitu ye. Jadi, marilah guna semenjak dua tiga menjak sahaja. Begitu tinggi nilainya bahasa ibunda kita. Cilake Indah sungguh bahasa baku gua. Gua ternampak satu puisi dalam kamus dewan online tadi. Gua tujukan khas untuk kengkawan gua yang dah jadik bini orang tuh! Hewhew.

Burung Merpati Terbang Sekawan
Terbang Mari Ke Awan Biru
Semenjak Berkasih Dengan Tuan 
Siang Malam Menanggung Rindu

Haa.. Gitu gaya orang dulu bermadah punya sakit kepala sampai migrain nak pikir ayat nak fowad ke sang teruna. Kau ada? Sekarang punye style.. Main hantar emoticon yang kiut-kiut kat wassap je... Takde dah kata-kata puitis bagai ni haa... Oh.. Gua rindu zaman dulu hantar surat cinta dengan lipatan cinta siap bedak lagi haa. Kalau yang berada sikit, bedak Enchanter, kalau yang tak mampu tapi nak bercinta jugak, bedak kutikura pun jadiklaa...

 Sumber: Google

Bila gua cerita kat mak gua ramai kawan gua yang dah langsung, baju cantik-cantik, mekap pun cantik, kek brape tingkat (padahal gua tak pergi pun majlis hewhew) then mak gua sound gua balik.

Mak Gua : Tulah dio, orang semo dah kawin, ekau pakwo pun takdo.

Gua : Ala.. Mak la carik kan. I busy lah kerja carik duit (Kejadah ber I-U dengan mak?)

Mak Gua : Ah tak kose aku. Banyak lagi koje aku nak buek dari carik pakwo ntok ekau.


***Tetiba abah gua mencelah***


Abah Gua : Mak ekau ni kalo buleh nak carik ke ekau anak rajo. Kahkah (abah gua gelak berdekah dekah). 

Mak Gua : Hmm.. Yolah tu.. Betuoh laaa dapek anok rajo..

Abah Gua : Nak kawin dengan rajo buleh jo.. Haaa.. Tu Rajagobal tu kahkah (sekali lagi abah gua berdekah)

Gua:


Simpanlah bisikan malam pertamamu dengan satu-satunya suamimu/isterimu sebagai sebab utama mengapa kamu memilih beliau dalam membina masjid bersama.  

Tuesday, 5 June 2012

Kotex Di Kepala?

Seronok rasanya bercuti di Melaka selama empat hari... Dengan keletah adik-adik yg menyakitkan mencuit hati... Dengan aktiviti-aktiviti tengok wayang yang berfaedah... Indah sungguh!

Ok. Cilake Cantik intro gua.

Tak payah nak saspen sangat dengan tajuk entry gua kali ni. Kotex je pun. Lampin untuk wanita macam gua disaat dibanjiri dengan peperangan berdarah. Libresse ada, Laurier ada, Sofy pun ada. Keistimewaan wanita ye dak? Berbalik pada tajuk entry. Gua nak kongsi sikit kehidupan silam gua dulu kala. (Macamla gua ni dah hidup 100 tahun ye dak?).

*    *    *    *

Lima belas tahun dahulu...

Kalau kira dengan kalkulator, gua dalam sembilan tahun masa tu. Mungkin lapan tahun gua tak pasti. Permulaannya mak abah gua nak bawak gua dan abang-abang gua dan adik gua jenjalan. Pergi mana gua tak ingat tapi yang pasti gua mengenakan busana skirt labuh bunga-bunga ada tali ikat kat belakang pinggang gitu macam cilake cute pulak kan. Geli bila gua kenang kembali. Kahkah.

Dipendekkan cerita, masa mak abah gua tengah bersiap, abang-abang gua yang dah siap awal-awal dah bantai main kat luar dengan kengkawan yang lain. Gua pun tak sabar nak main jugak. Maklumlah ada abang dua orang gua memang lasak sikit dulu-dulu. Eh? Sekarang pun kot kahkah. Tapi sekarang lasak-lasak ayu la gitu. Nak lasak nak lembut jugak macam Avril Lavinge gitu gaya. Ok sesat jauh dah ni. =.=''

Masa mak gua tepek bedak kutikura kat muka gua, mata gua jeling je abang gua kat luar. Perasaan membuak-buak nak main jugak menghantui diri gua serta merta gitu. Lebih-lebih lagi abang gua main lumba basikal. Lagilah gua tensen nape mak gua tepek bedak lame sangat. Kepala dah terteleng-teleng dah. Lepas je mak gua bagi green light, laju gua lari keluar dengan busana skirt labuh tadi. 

Perkara pertama gua buat, gua ambik basikal kecik gua kaler biru kat depan rumah. Gua panggil member gua.

'Jom lumba basikal. Kau keri aku' (kau bawak aku / kau bonceng aku)
**keri = carry

Member gua setuju. Beliau keri gua terus pecut dalam 20km/jam. Dah cukup laju dah bagi basikal kecik kaler biru tu. Gua kat belakang bagi sokongan kat member gua. 'Laju lagi! Laju lagila!' Bagai menggila member gua kayuh basikal. Sikit lagi nak dapat potong abang gua kat depan, tetiba ada bumper. Eh? Tetiba ke? Bukan bumper memang dah ada ke? Member gua pun belum akil baligh lagi masa tu. Kat bumper komfem tak brek. Hah. Apa lagi. Berguling gua dengan beliau dalam dua tiga kali guling macam dalam filem hindustan gitu gaya haaa kemudian dah berhenti baru gua sedar. Mungkin dalam dua tiga saat gua pitam.

*    *    *    *

Abang gua entah kat mana. Member gua pun gua tak nampak dah. Dengan terhuyung-hayang gua terus balik rumah. Alangkah indahnya dunia gua bila balik rumah dengan busana skirt baru lepas jatuh basikal gua dihadiahkan dengan sebatan rotan di bontot pinggul dua kali sebab buat hal sebelum pergi jenjalan. Pheww. Kenangan terbaik dalam hidup gua. Ada tiga lubang di dahi sebelah kanan akibat dari jatuh basikal dengan kelajuan 20km/jam tu. Patutlah gua kene rotan.


Macam nilah gambaran luka kat kepala gua. Bukan illuminati bukan juga freemason. 


Lepas dah kena rotan,pergi klinik la ape lagi kan. Dahi gua pun berbalut.. Macam tepek kotex kat dahi rasanya. Terus kansel keluar jenjalan akibat spoil yang gua buat. Siape nak jalan dengan kotex di dahi? Kahkah. Gua sangat sebati dah dengan rotan abah gua. Last gua kena rotan darjah 6. Lu orang mampu? Hewhew.