Tuesday, 26 June 2012

Memecap. If You Know What I Mean.

Gua dah lama fikir apa gua nak tulis kali ni. Lama sangat dah gua fikir sampai dah tak terfikir dah. Tapi saat nak mencurahkan idea hari ni rupanya. Ya hari ni dan saat ni tika supervisor gua takde. Inilah masa yang sesuai sangat untuk gua berkarya. Dengan tajuk entry yang menyenggama minda anda semua, memecap. Bukan seperti apa yang anda fikir.

Gua bagi gambaran kat mana memecap ni selalu muncul. Kalau nak ikutkan, jarang sangat nak dapat dengar bunyi memecap ni. Kadang kadang je boleh dengar itupun kalau ada tuah lah sangat kan. Bunyi memecap ni agak kebasahan sikit dan ikut orang kuat ke perlahan ke bunyi memecap tu. Bukan semua orang boleh buat dan bukan semua orang suka! Gua maksudkan memecap ye bukan me-me seperti yang anda fikir.

Cepat cepat google apa maksud memecap! Kahkah. Jangan fikir apa yang tak patut anda bayangkan. Ok, memecap ni ekceli tabiat buruk yang tak patut diamalkan oleh manusia sejagat bagi menjaga keharmonian bermasyarakat dan menjaga persekitaran yang sihat, bersih maka amalkanlah kitar semula. Eh?

Jilake sopan sungguh bahasa gua kali ni. Ya, gua nak bagi pendapat sikit pasal memecap atau mecap ataupun makan berbunyi. Diulang sekali lagi makan berbunyi ya adik adik sekelian. Oh siriyes gua sangat anti dengan perbuatan makan berbunyi ni. Nak sebut pun gua dah naik darah sampai otak rasa nak lempang je sape sape yang ade kat sebelah gua ni tapi takde sape nak dilempangkan. Apatah lagi gua nak membayangkan bunyi itu.

Gua buat research (lah sangat) sikit pasal memecap ni. Rupanya ada jugak orang yang bercerita pasal memecap. Ada juga orang yang macam gua nak lempang sape yang memecap ni. Ada juga yang masih menjaga dan mementingkan adab dan sopan macam gua ni. Kahkah. Kalau nak dipraktikkan, memecap ni akan berbunyi 'cap cap cap' atau kalau nak lagi efektif untuk bayangan anda, 'chhaapp chhaapp chhaapp'. See? Anda dah dapat bayang betapa annoyed nya bunyi itu dengan sound efek air liur lagi perrgghh jilake geliew sungguh.




Dalam penyiasatan gua, memecap ni menggambarkan seseorang itu nampak tamak dan kurang empati terhadap orang sekeliling. Bagi gua pulak, orang yang memecap ni sengaja nak tarik perhatian ataupun lebih spesifik nak tarik lempangan dari gua. Tapi! Ada tetapi di sini. Ada orang yang memecap ini tanpa sedar melakukan cecapan di mana tabiat ini berlaku secara automatik. Kalau orang orang ini adalah sahabat anda, tegurlah dia tapi kalau orang itu adalah sahabat yang tak mampu anda tegur, lempanglah dia kalau mampu. Ok.

Orang tua tua pun ada pesan makan ni biarlah sopam dan santun senyap senyap gitu kan elok semua dapat menikmati makanan dengan aman. Tapi anda bayangkan dalam keadaan yang senyap sunyi tetiba ada yang memecap padahal makan kuih sebijik je gaya makan macam tengah jilat gigit gigit tulang ayam kepci sampai licin memang mood satu hari boleh hilang gua cakap sama lu.




Nak ditegur, kalau yang baru nak menjadi muda tu boleh lagi rasanya tapi kalau yang dah cukup sangat makan garamnye acamane nak tegur? Apatah lagi nak dilempangkan =.=". Gua bukan berniat nak bergurau kasar mahupun menjadikan sesiapa untuk dikaitkan dalam isu ni. Gua cuma membincangkan dengan siriyes masalah makan berbunyi ni dan cuma nasihat kasar jeeee. Gua memang nampak selekeh tak berilmu tapi gua sangat particular dan mementingkan kalau bab bab macam ni. Oh please stop smoking (tetiba?) and please stop chapping chapping. Please. Tu saja.

Friday, 8 June 2012

Bisikan Malam Pertama

Entah kenapa tajuk ni yang keluar dari kepala bila gua bukak je blog gua nih. Mungkinkah kerana malam tadi malam Jumaat? Atau mungkinkah gua je yang terfikir begitu? Atau mungkinkah sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni empat menjak lima menjak ni, ramai kengkawan gua yang dah membina mesjid. Hewhew. Gua dah gelak gatal dah nih kahkah. Tapi sebelum tu kenapa dua tiga menjak? Apa itu menjak? Gua google 'menjak' kat kamus dewan online. Menjak  bersamaan dengan; mulai,sejak,semenjak. Ok, mari tukar ayat gua tadi:

1. ...sebab sejak dua sejak tiga sejak empat sejak lima sejak...
2. ...sebab mulai dua mulai tiga mulai empat mulai lima mulai...
3. ...sebab semenjak dua semenjak tiga semenjak empat semenjak lima semenjak...

See? Agak kekok disitu ye. Jadi, marilah guna semenjak dua tiga menjak sahaja. Begitu tinggi nilainya bahasa ibunda kita. Cilake Indah sungguh bahasa baku gua. Gua ternampak satu puisi dalam kamus dewan online tadi. Gua tujukan khas untuk kengkawan gua yang dah jadik bini orang tuh! Hewhew.

Burung Merpati Terbang Sekawan
Terbang Mari Ke Awan Biru
Semenjak Berkasih Dengan Tuan 
Siang Malam Menanggung Rindu

Haa.. Gitu gaya orang dulu bermadah punya sakit kepala sampai migrain nak pikir ayat nak fowad ke sang teruna. Kau ada? Sekarang punye style.. Main hantar emoticon yang kiut-kiut kat wassap je... Takde dah kata-kata puitis bagai ni haa... Oh.. Gua rindu zaman dulu hantar surat cinta dengan lipatan cinta siap bedak lagi haa. Kalau yang berada sikit, bedak Enchanter, kalau yang tak mampu tapi nak bercinta jugak, bedak kutikura pun jadiklaa...

 Sumber: Google

Bila gua cerita kat mak gua ramai kawan gua yang dah langsung, baju cantik-cantik, mekap pun cantik, kek brape tingkat (padahal gua tak pergi pun majlis hewhew) then mak gua sound gua balik.

Mak Gua : Tulah dio, orang semo dah kawin, ekau pakwo pun takdo.

Gua : Ala.. Mak la carik kan. I busy lah kerja carik duit (Kejadah ber I-U dengan mak?)

Mak Gua : Ah tak kose aku. Banyak lagi koje aku nak buek dari carik pakwo ntok ekau.


***Tetiba abah gua mencelah***


Abah Gua : Mak ekau ni kalo buleh nak carik ke ekau anak rajo. Kahkah (abah gua gelak berdekah dekah). 

Mak Gua : Hmm.. Yolah tu.. Betuoh laaa dapek anok rajo..

Abah Gua : Nak kawin dengan rajo buleh jo.. Haaa.. Tu Rajagobal tu kahkah (sekali lagi abah gua berdekah)

Gua:


Simpanlah bisikan malam pertamamu dengan satu-satunya suamimu/isterimu sebagai sebab utama mengapa kamu memilih beliau dalam membina masjid bersama.