Friday, 19 October 2012

Qiblat Yang Sama

Saat malam mulai larut
Seakan menggugurkan sejuta harapan
Aku terbujur dalam kekakuan
Kerana hati terpasung dalam kesepian
Kesedihan dengan kesendirian

Sepikah aku
Sedihkah aku
Sendirikah aku

Aku terbangun dari panjangnya malam
Pagi datang mengawali hari baru
Sinaran mentari menghempas semua khayalan kepahitan malam
Berpusu nafas menghembus rasa lega

Syukurkah aku
Redhakah aku
Nikmatkah aku

Malam berganti siang
Menjalankan rutin tanpa jemu
Memberi peluang manusia mencorakkan kehidupan

Kadang beri rasa gembira
Berkongsi hanya dengan manusia
Kadang diberi sedih terluka sepanjang masa
Baru menyujud mohon sembuh dariNya

Bukan aku mengawal segala, bukan dengan cara khurafat
Bukan aku pembuka rezeki, rezeki sendiri ku mohon berkat
Bukan aku penentu jodoh, maut juga entahkan bila
Bukan aku tetapkan hukum, diri sendiri tidak sempurna

Aku, engkau, dia, mereka
Hamba kepada Pencipta
Mari bersama mohon keredhaan, penuhi segala tuntutan
Sesempurna yang mungkin

Perbaiki segala kelemahan
Perelok segala keburukkan
Agar hidup penuh barakah

Dengan meminta
Meminta dan berusaha
Meminta berkat orang tua
Dan
Meminta hanya padaNya!

Kerana kita
Sujud pada Qiblat Yang Sama

Sumber : Google

Friday, 12 October 2012

Aku Terculik Kau Menculik Dia Diculik?

Ok. Tajuk tak payah nak saspen sangatla nadia. Padahal takde menda pun nak cerita. Jaga-jaga ada yang merati nadia. Hewhew. Ok then, straight to the point, aku layan movie Taken 2 dengan housemate tempoh hari. Di bawah adalah secara terperinci aktiviti yang dijalankan:

Tarikh : 10 Oktober 2012
Lokasi : Alamanda, Putrajaya
Pengangkutan : Proton Saga putih
Masa Tayangan : 9.00 malam
Masa Bertolak : 8.15 malam
Masa Sampai : 8.45 malam
Masa Tamat : 10.30 malam
Cuaca : Hujan suam-suam kuku 
Peserta : Aku, housemate, housemate, kawan housemate, kawan housamate punye kawan
Menu : Chicken Meatball, Karipap, Soft drink, Mash Potato

Fuuuu..Habis detail gila vavi aku bagi ni. Manelah tau kot-kot yang merati tu nak sangat tau detail kan. Then, aku dah bagitau semua dah kat sini takyah main teka-teka dah buat sakit kepala hotak je pikir baik buat kerja ye dop.

*   *   *   *

Liam Neeson yang cool habis!

Ok, back to story line. Cerita Taken 2 bersambungan dari cerita Taken. Kisah culik menculik. Memula anak si Bryan Mills (Liam Neeson) namenye Kim (Maggie Grace) kene culik dalam Taken, so dalam Taken 2 ni ayah kepada penculik Kim yang telah ditembak pow! pow! pow! sampai mati oleh Bryan membalas dendam dengan menculik kesemuanya sekali. Tapi, hanya Bryan dan orang rumahnya Lenore (Famke Janssen) diculik. So kira macam anak dia pulak la yang selamatkan parents dia.

Scene cemas nak kena culik sempat buat fon call.
Penculik pun baik tunggu dan dengar kehkeh.


Orang rumah yang suka pengsan dan menyampuk.
Bestla watak pengsan je. Huehue.


Part paling best dengan guna peta dan bom,
abahnye boleh tau di mana lokasi dia dikurung.


Ok. Ni watak paling penting. Keluar masa awal cerita
dan akhir. Pakwe kepada Kim. Peranan: Cium-cium pastu cuak sebab 
kantoi dengan bakal apak mentua hihi.

*   *   *   *

Memang ohsem cerita ni sebab aku dah tengok yang sebelum ni tapi kalau tak tengok lagi yang sebelum ni pon boleh je layan Taken 2 ni. Jalan cerita ringan tapi padat. Boleh faham jugak la tak macam Resident Evil. Kalau tak tengok previous movie, susah sikitlah nak faham. Mungkin kena buat ulangkaji atau baca sinopsis kat mana-mana kedai buku dulu sebelum masuk supaya tak terkial-kial di dalam punggung eh panggung.

Tapi kalau dinilai dari sudut lain, setelah berbincang dengan peserta lain yang tengok dengan aku, cerita ni ada sedikit kontroversi sebab macam cuba nak menyampaikan yang orang Islam ni jahatlah sanggup culik  satu keluarga lepas tu siap panggil geng semua untuk balas dendam. Tapi disebabkan si Liam Neeson ni pernah admit terpesona dengan laungan Azan mase shoot kat Istanbul, takdelah nak kontroversi sangat cerita ni kan. Hewhew.

Aku nak letak gambar semua peserta masa aktiviti berlangsung tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak share kat sini. Betul nak sangat letak gambar. Siriyes gila vavi nak letak eh? Why so serious? Huehue. Like I said before.. Jaga-jaga ada yang merati!